Pages

Pancake

Sarapan berkhasiat dan lazat terutamanya buat kanak-kanak.......

pancake yang menggamit selera anak-anak....
Pagi-pagi lagi anak-anak akan bertanya " Mama, masak sarapan apa pagi ni?" Huh! kalaulah saya demam tak memasak pasti muncung je muka memasing. Sudahnya mereka akan minta duit untuk beli nasi lemak  kat gerai aje. Selalunya mereka minta yang berat walaupun untuk sarapan pagi. Dah terbiasa mengikut selera papanya yang suka makan nasi lemak atau nasi goreng. Kalau ikut belah suami memang mereka dah terbiasa bersarapan dengan makanan berat. Kalau keluarga sebelah saya dulu, mak akan hidang yang agak ringan sedikit seperti goreng pisang, cucur udang atau paling tidak pun kuih muih. Makanan berat akan menyusul awal di waktu makan tengahari. Jadi anak-anak saya, mereka terpengaruhlah dengan resmi keluarga belah saya dan suami.

Pagi tadi Danish seperti biasa dah menanyakan sarapan, kebetulan Dania juga belum makan lagi jadi saya buat pancake untuk mereka. Danish senyum aje kerana memang dari dua hari lepas dah minta saya buatkan pancake untuknya. Bagus juga, pancake memang sedap, berkhasiat dan paling penting tak lah susah sangat pun nak buat. Tinggal rajin atau malas aje. Mood tengah rajin dan kasihankan Dania yang masih lagi demam dan tak mahu makan. Harap-harap dia akan makan banyak kalau dihidangkan pancake ni.... Saya hidangkannya bersama toffee sos dan aiskrim.

Pancake ni ada yang dah siap dijual di pasaraya. Senang aje, tinggal masukkan air dan siap untuk di masak. Tapi harganya mahal sangat, dulu saya pernah beli. Harga sekotak mencecah RM 15. Tapi sekarang bila dah dapat resepi, rasanya lagi mudah dan murah buat sendiri. Bukannya susah sangat  dan bahan-bahannya pun  tak mahal. Terfikir pula saya, mengapa yang dijual kat pasaraya tu mahal sangat. Mungkin lebih mudah kot sebab tu dijual dengan harga yang sebegitu. Mari saya tunjukkan cara membuatnya.  Jom ke dapur....


PANCAKE

bahan-bahannya;

3/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1 biji telur
30gm mentega cair
1/2 cawn dan 2 tbsp susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
1 tbsp mayonnaise
1 1/2 tbsp gula castor

Cara membuatnya;

  1. Ayak tepung bersama baking powder
  2. Di bekas lain, satukan semua bahan lain kecuali tepung dan mentega cair.
  3. Kacau menggunakan whisk, kemudian masukkan tepung demi sedikit , kacau agar jangan ia berbintil-bintil
  4. Akhir sekali masukkan mentega cair. Siap.
  5. Biarkan sekejap sebelum mula membakar.


Adunan yang siap dibancuh

beginilah rupanya dari dekat, adunan keliahatan agak likat sedikit.



sedang dibakar di atas kuali leper yang tidak melekat

biarkan ia kelihatan seperti ini, baru terbalikkan...

beginilah rupanya setelah diterbalikkan

siap untuk dimakan....angkat dan hias ikut selera


Pancake boleh di makan mengikut selera anda. Ia boleh dimakan bersama madu, toffee sos, ataupun maple sirap. Atau juga boleh dihidangkan bersama strawberry sos, atau coklat cair. Bagi menambah selera bolehlah juga dihidangkan bersama aiskrim dan buah-buahan campuran. Pasti anak-anak akan berselera bila dapat makan pancake sekali-sekala untuk sarapan pagi terutamanya dihujung minggu......

Alhamdulillah Danish dan Dania makan banyak dan sungguh berselera sekali menikmati sarapan mereka tadi. Cubalah untuk anak-anak anda juga.

No comments:

Post a Comment