KEK HIASAN INDAH DI MEJA MAKAN......
Terasa ingin menjamahnya........ silakanlah.. |
Boleh juga untuk dibuat hantaran pertunangan, perkahwinan.... showcase only. |
Jadi saya fokuskan kepada benda yang saya rasa saya nak guna sahaja sebab saya tahu perangai suami saya yang tak suka menunggu...hehe saya kena jaga hati dia sebab dia banker saya nanti melepas.... tapi mata saya tertarik pada susunan pinggan mangkuk bersama hidangan yang disertakan. Sungguh menarik perhatian dan menaikkan selera saya untuk merasa makanan tersebut. Hish takkanlah dia nak letak kek dan kuih muih yang sebenar, kan? Hhmm at last saya pun meraba-raba lah kek palsu tersebut. Comel-comel belaka, ada kek, cupcake, tarts, donut dan roti.... saya picit2 sebab nak tahu apakah itu sebab nampak sangat sempurna seolah-olah ianya yang asli... tak mustahil ada yang tertipu. Rupanya itu juga untuk dijual... perhatikan harganya kalau-kalau murah bolehlah ambil satu, saja nak hias meja.
Geram melihatkan warna dan rupanya, tapi terbantut niat saya sebab harganya sama dengan harga yang asli. Malah mahal lagi, kalau macam tu, lebih baik beli yang asli siap boleh makan lagi...kata suami saya la...hahaha kedekutlah tu.
Hati saya masih teringatkan kek tadi, saya minat sangat tapi terfikir alangkah bagusnya kalau saya pun boleh buat macam tu juga, boleh hias atas meja. Yelah kalau kek betul, tak tahan lama, lepas tu kena habiskan kalau tidak ia akan berkulat. Gemuk tak yah cakap lah...hihi. Saya dah terbayang dah dan merancang hiasan macamana yang saya nak buat kalau saya tahu teknik untuk membuat kek palsu ni... jeng...jeng...jeng.... akhirnya saya telah dapat idea.... harus mencuba. Tak kira, nak buat juga, suami dah ketawakan saya...... katanya kalau orang boleh buat sendiri takdelah SSF tu susah-susah nak jual pulak. Hish tak supportive langsung.... lantakla saya mesti buat gak. Tak rugi pun kalau tak menjadi... belanjanya kecil aje. Hanya perlukan gabus, simen dan sedikit hiasan....
Gabus ( saya guna yang dah terpakai kalau kat kedai hantaran pengantin ada jual yang second-hand)
Simen putih
Bunga dan buah-buahan hiasan
Papan alas kek
Spatula
Siapa yang sangka kek ini rupanya kek tiruan dan creamnya menggunakan bancuhan simen aje. Rumitla juga untuk menyiapkan sebiji kek. Agak payah juga kerana kek ini tidak boleh ditinggalkan dan lambat melepa sebab nanti simennya akan keras. Wah.... lebih susah dari menghias kek biasa.... tak hairanlah kenapa harganya mahal. Dah buat sendiri baru tahu, kan??? huhu cari penyakit betulll
Ni kek dua tingkat.... berpeluh juga.... heh |
Inilah hasilnya...walau tak seindah kat SSF tu tapi ada yang tertipu melihatkan kek saya ni. Siap anak buah dah siap pegang pisau sebab nak rasa kek saya... hahaha. nampak real tak? Malah masa hari jadi Danish yang ke7, saya letakkan kek ni sebagai hiasan sebab masa tu saya tak buat kek. Dia hanya nak pulut kuning, tak bestlah kalau harijadi takde kek, nasib ada kek hiasan ni, memeriahkan meja makan.... hihi
Tapi lihatlah sendiri, apabila dia berada bersama set hidangan minum petang tampak begitu asli .....
Tak sia-sia saya bersusah payah... tersenyum kepuasan..... arghhh seronoknya.
Rasanya hanya dua biji kek ini sajalah yang saya mampu mencuba setakat ini. Tak mahu lagi rasanya berpeluh-peluh menghias kek ini walaupun hajat dihati ada menyimpan niat untuk menyiapkan kek perkahwinan 3 tingkat. Bahan semua dah ada cuma keinginan sahaja yang semakin berkurang lantaran kesibukan kerja harian menguruskan rumah tangga .... hehe tapi saya pasti akan cuba usahakan juga untuk menghasilkan kek 3 tingkat itu. Nantikan sahaja nanti bila dah siap akan saya kongsikan di sini dan mungkin dengan caranya sekali akan saya tunjukkan....
assalamualaikum.. bole tak share cara2 nak buat kek hiasan ni.. rasa tertarik plak bla melihat .. terima kasih.. :)
ReplyDelete