Pages

Tasik Banding, Perak.


Indah, tenang dan sungguh mendamaikan............ 



permandangan yang sungguh memukau



terasa ingin menerokai setiap sudut alam mencari rahsia bumi yang tersembunyi....

Pulau Banding terletak di Tasik Temenggor di Timur Perak. Tempat indah ini terdiri daripada aura hutan hujan tropika yang berusia berjuta tahun lamanya. Ia adalah sebuah lokasi yang menarik untuk merehatkan diri di dalam suasana yang aman dan damai. Di sini kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang hijau dan tenteram. Keindahan alam di sekitar resort ini membuatkan para pengunjung merasakan dirinya adalah sebahagian daripada alam.

Memperlihatkan tasik yang tenang dan mendamaikan jiwa serta kehijauan hutan disekelilingnya membuatkan kita merasai diri terpanggil untuk pergi menerokai hutan mencari rahsia alam yang penuh misteri. Hutan adalah satu tempat yang penuh dengan 1001 rahsia alam. Pelbagai jenis hidupan yang tak pernah kita lihat dan ketahui ada di sini.



baru sampai dah teruja dengan keindahan tasik ni

Tak sabar nak bermalam dalam suasana di sini

Pada 16 Mac 2012 yang lalu, kami sekeluarga telah memilih lokasi percutian ini. Mendengar cerita dan melayari laman web berkaitan lokasi ini menarik minat kami untuk turut sama merasai keindahannya. Sebetulnya kami baru pulang dari Kota Bharu, Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang sekadar memenuhi ruang musim cuti sekolah anak-anak. Perjalanan pulang melalui Gerik  seterusnya ke lokasi pilihan ini.

Sesampainya kami di sini, memang terasa sangat teruja dengan keindahannya. Sempat bergambar di sekitar jambatan dan menghampiri tebing tasik dengan lebih dekat lagi. Kelihatan beberapa orang sedang memancing.

Setelah melihat-lihat persekitaran tasik Banding dan hutan Belum ni, kami terus ke Banding Lake Side Inn, sebab dah booking untuk bermalam kebetulan tengah promotion RM 7o satu malam. Jom kita pergi. Dah penat berjalan jauh ni, sakit pinggang dan badan, lenguh memangku Dania dalam kereta. Kebas kaki dan tangan. 


Sambil suami sibuk nak daftar masuk, saya melihat-lihat persekitaran resort ni, cantik, permandangan indah dan suasana begitu tenang sekali. Tidak banyak kenderaan lalu lalang, tiada juga kedai-kedai berhampiran. Difahamkan kedai atau pekan paling hampir lebih kurang 20 minit menaiki kereta. Hhmmm jauh tu, alamak bekalan jajan untuk anak-anak pun takde. Kena keluar sebelum malam. Dah malam nanti sunyi seram plak nak keluar.


Terus membelek pamplet untuk aktiviti yang ditawarkan, rupanya ada aktiviti rekreasi disediakan dalam pelbagai pilihan kita boleh mencuba kemahiran dalam aktiviti memancing, harungi cabaran menawan 'Kelah' dan 'Toman'. Kita juga boleh menaiki bot atau berakit di mana-mana air terjun yang terdapat di sekitar tasik. Selain itu, kita boleh mengembara bersama penduduk orang Asli di dalam hutan yang mana terdapat banyak rahsia alam yang boleh dibongkar dan di terokai sepanjang perjalanan. Wah seronoknya kalau dapat ikuti aktiviti ni tapi kami hanya bermalam sehari je. Mana sempat dan kalaupun sempat macamana nak ikut dengan Dania sekali. Haish.... mimpi jelah....hehehe


sejuk mata memandang....


Terus masuk bilik dan berehat. Biliknya agak selesa dengan katil kelamin dan katil bujang. Kami cantumkan jadi sebuah katil yang sangat besar.  Danial dan Danish dah tak sabar nak mandi kolam. Dah nampak kolam renang yang sangat cantik berlatarbelakangkan tasik yang begitu permai sekali.







Bilik yang kami dapat tidak mengadap tasik oleh kerana kami mengambil harga promosi, jadi bilik yang disediakan hanyalah yang sebegitu. Takpelah...... boleh keluar jalan-jalan kalau nak tengok tasik.


cantik kan tasik ni..




suasana sunyi dan damai sekali








kolam renang yang cantik 



seronoknya anak-anak mandi manda



cik abang juga...



Suami dan anak-anak mandi kolam sampai tak sedar hari dah lewat petang. Oleh kerana bukan cuti umum jadi tidak ramai pengunjung yang datang, kolam tu hanya kami sahaja yang guna..... boleh berenang pelbagai gaya dengan bebasnya....





suasana pagi



Waktu subuh hari itu hanya berkabus nipis. Alangkah indahnya kalau ianya berkabus tebal dan dengan cahaya matahari naik berwarna jingga. Saya membayangkan itu yang akan berlaku.... tapi sayang...



sejuk segar di pagi hari



Langit cerah dan awan memutih menambahkan lagi keindahan tasik Banding. Angin lembut bertiup menyapa muka kami yang sedikit kesejukan.Tak mandi lagi sebenarnya...hahaha







Lihatlah sendiri keindahan permandangan Tasik Banding ini begitu menggamit sekali untuk turut sama merasai kedamaian dan ketenangan yang ada di sini. Pasti kunjungan yang akan menjadi sebuah memori indah yang abadi....... indahnya alam...hehehe saya dah mula jiwang berada di sini.











Kemudian kami berjalan mengelilingi kawasan resort ini dan terus ke kolam renang. Sepi tiada siapa yang mandi seawal pagi begitu. Bergambar lagi di tepi kolam berlatarbelakangkan tasik dengan cahaya redup matahari mula nak naik. Sejuk segar dan sungguh mendamaikan jiwa. Ya Allah terasa bahagianya diri ini ditempat sebegitu mendamaikan bersama insan tersayang. Rasanya kalau orang berbulan madu memang sesuai. Pada sesiapa yang ingin mencari ilham juga bagus berkunjung di sini. Mesti ilham akan datang mencurah-curah....















terdapat pondok di tepi kolam














Puas memusing mengelilingi resort, akhirnya kami duduk ditepi kolam sambil menikmati keindahan alam. Memerhatikan tasik dan juga kehijauan bumi hutan Belum.













Terfikir juga di dalam hati dimanakah agaknya perkampungan orang asli. Teringin juga nak melihat kebesaran bunga rafflessia di depan mata.... kena tunggu Dania besar sikitlah baru boleh turut serta aktiviti macam tu..







jalan menuju ke pelantar untuk menaiki bot ke kg org asli.



Hari menjelang tengahari, bermakna masa untuk kami berangkat pulang sudah tiba. Kami harus keluar sebelum pukul 12 tengahari. Tak puas rasanya menikmati keindahan Tasik Banding dan sayang nak tinggalkan kedamaian yang ada di sini. Sayu nak padamkan ketenangan yang kami kecapi di sini.












Hidup harus diteruskan dengan rutin harian yang menanti. Jangan asyik bermimpi, hadapi realiti. Tasik Banding pasti akan menjanjikan kedamaian dan ketenangan yang di cari. Kata suami nanti kita datang lagi...... saya mesti tuntut janji ini. Seronok terasa seolah-olah berada di alam fantasi....... 



Tasik Banding, nikmatilah 1001 rahsia alami bumi ini.......

No comments:

Post a Comment