Pages

Caramel Chocolate Moist Cake




                         



                        




Kek Karemel lagi...... tapi yang ni lain. Sedap sangat dengan rasa coklat dan karemelnya membuatkan gabungan ni terasa amat istimewa. Bayangkan saja, suami saya yang memang suka komplen pasal kek tapi untuk yang ini dia tak komplen malah siap cakap awal-awal lagi, " esok saya nak bawa gi office, boleh?"  haha apa saja untukmu sayang.... yelah takkanlah saya nak kata tak boleh pulak kan?
                         

                     


Paling menggembirakan hati saya bila dia suruh saya membuatnya lagi, jarang suami saya begitu. Kebiasaannya dia hanya akan makan dan diam saja. Kalau dia mahu membawa ke pejabat pun dia akan minta waktu dia nak bertolak ke pejabat awal pagi, itupun hanya sekadar bertanya saja. Tapi untuk yang ini dia siap berpesan agar saya tidak lupa...hhmmm faham sangatla saya kalau begitu sikapnya...bermakna dia memang gemarkan kek ini.


Pada saya sendiri, kek ini memang sedap. Rasa coklat dan karemel bersatu membuatkan dia agak berbeza dengan Kek Ombak Rindu. Kek coklat yang lembut dan lembap dengan basahan dari karemel  membuatkan kita terasa sangat puas menjamahnya. 





Rakan-rakan yang melihat kek ini sudah tergoda dengan penampilannya. Jadi ramai yang bertanya-tanya kerana ingin mencuba membuatnya.... baiklah sahabat semua yang bertanya, di sini saya kongsikan resepinya dan berharap agar anda semua dapat membuatnya juga. Pasti kalian akan berpuashati seperti mana saya merasainya.





Okey...mari kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan..... mudah sahaja tiada bahan yang pelik untuk menyediakan kek ini ye...hanya bahan biasa... jom ke dapur...


Caramel Chocolate Moist Cake

Bahan-bahannya;

2 sudu gula pasir - dihanguskan dalam loyang kek (jgn sampai pahit pula ye). Ketepikan

Bahan untuk karemel;

1/2 cawan susu cair
50gm gula castor
3 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanilla

1. Satukan susu, gula dan esen vanilla, sebatikan sehingga gula larut kemudian 
2. masukkan kuning telur. Kacau perlahan (jangan sampai berbuih nanti tak cantik karemel kita.)
3. Tuangkan ke dalam loyang gula hagus tadi
4. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 170 degree dengan kaedah waterbath/bain marie

okey sementara itu bolehlah sediakan bahan untuk kek pula....

Bahan A

3/4 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (saya letak 1/2 cwn saja)
1 cwn gula (saya letak 1/2 cwn saja)
1 cwn minyak masak

* saya kurangkan kerana tak suka manis sgt dan gemarkan rasa coklat yang agak kelat sedikit). Jadi kalau nak manis boleh tambah ye.

Satukan semua bahan dan masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga gula larut dan adunan menjadi sedikit berkilat. Sejukkan

Bahan B

3/4 cwn tepung gandum
1 tsp soda
1 tsp baking powder

Semuanya diayak .

Bahan C 

4 biji telur

Dipukul sehingga kembang,


Okey, untuk membuat kek ni kita satukan bahan B dan bahan C berselang seli ke dalam bahan A. Diakhiri dengan bahan kering. Sebatikan dan tuang perlahan-lahan kedalam loyang karemel tadi. Kemudian bakar semula dengan kaedah yang sama selama 1 jam 15minit atau sehingga kek masak. Sejukkan dan baru boleh diterbalikkan, kalau tidak karemelnya akan hancur. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba.














Kek tema merah jambu

SELAMAT PENGANTIN BARU, 
MOGA BERBAHAGIA SELAMANYA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Tanggal 5hb Oktober 2013, tarikh pernikahan adik saya, Nurul Nadhirah Abdul Ghafar dengan pasangannya Sharifudin Murad. Hhmmm dah pun berumahtangga adik saya sorang ni. Teringat dulu masa majlis pernikahan saya dulu, umurnya sekitar 5 tahun, menjadi flower girl saya dengan gaun merah jambu. Tak sangka sampai dewasa dia sendiri nak menikah pun masih memilih warna merah jambu. Peminat tegar warna merah jambu....hehe



Oleh kerana adik saya sendiri yang kawin jadi memang wajib sangatla saya yang menyediakan kek, kan? hehe. Okey jadi saya telah membayangkan sebuah meja yang akan diletakkan lollipop cookies, kek 2 tingkat dan juga cupcake yang kesemuanya bertemakan warna merah jambu..... huhuhu.

Kata orang bila kita berangan baru datang impian, seterusnya menjadi cita-cita dan akhirnya in shaa allah akan terlaksana. Jadi begitulah juga saya....puas saya membayangkan dengan memikirkan kemampuan diri untuk menyediakannya almaklumlah ada banyak lagi kerja lain yang perlu saya siapkan juga. Ni baru adik yang kahwin, tak taulah nanti kalau anak sendiri yang kahwin. harap waktu itu saya masih kuat dan sihat bertenaga, bolehlah saya sediakan untuk anak sendiri pula..



kek pink ombre velvet..... 

akhirnya setelah semalaman tak tidur....







cupcake red velvet dengan creamcheese frosting








cookies yang sempat saya sediakan juga......


Checkered Rainbow Cake

Checkered rainbow cake...kek ni memang cantik dan sungguh mengujakan. Dengan memperlihatkan potongan pertama hati kita akan mula bertanya-tanya bagaimanakah caranya kotak warna warni itu tersusun begitu cantik. Paduan warna kontras dan susunannya memang akan membuatkan kepala kita ligat berfikir. Begitulah juga saya dahulu, tapi tidak lagi sekarang..... 


Hiasan white roses ni saya buat dari creamcheese frosting..... manakala keknya pula adalah kek butter lembap. 

...tak sabar rasa nak menjamahnya kan???






sangat menarik dengan paduan warna kontras yang memukau...








Okeylah, dahh puas lihat gambar kek, apakata kita lihat resepi dan cara membuat kek....

Moist Butter Cake

Bahan-bahannya;

250gm butter ( saya guna Anchor)
200gm gula castor
280gm self raising flour
4 biji telur
1/2 cup susu cair
1 tsp esen vanilla

Cara membuatnya;

1. Panaskan oven dengan suhu 180 degree
2. Pukul butter, esen vanilla dan gula sehingga kembang.
3. Dibekas berasingan pukul sedikit telur dan susu. Ketepikan
4. Masukkan adunan susu dan telur berselang seli dengan tepung dan kacu sebati
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan.
6. Kemudian alas loyang dengan kertas pembakar. bakar setiap satu adunan berasingan selama lebih kurang 25 minit. Sejukkan. 



Cream cheese frosting.

300gm creamcheese ( saya gunakan Philadelpia)
3/4 cup gula icing
sedikit perahan lemon

Pukul sehingga kembang. Dan siap untuk digunakan.



Sekarang kita lihat bagaimana saya lakukan susunan kek tadi agar menjadi susunan seperti dam...

kepingan kek yang telah di bakar dan disejukkan



kepingan tadi dipotong bulatan dengan saiz yang sama

beginilah rupanya setelah dipotong

kemudian susun berlapis seperti ini dan ulang hingga habis



dan selaputi lebihan cheese tadi dikeseluruhan kek.

sejukkan seketika didalam peti sejuk

kemudian bolehla memulakan deko ikut selera masing-masing


pilihan saya white roses swirl...dan siap....!!!!
dan ini ada lagi beberapa checkered rainbow yang pernah saya buat sebelum ini....


masa hari raya 2012



semasa hari jadi Danial yang ke -12




Hari jadi Suami 2013


Selamat Hari Jadi  buat suami tercinta, semoga panjang usia, murah rezeki, sihat tubuh badan, hidup diberkati dan senantiasa berada dibawah lindunganNya. Aamiin....kami semua sayang Papa.

Sambutan hari lahir suami, seperti biasa hanya kami sekeluarga sahaja yang akan meraikannya. Sebetulnya telah berlalu tapi pada tarikh tersebut kebetulan saya sibuk dengan persiapan kek perkahwinan adik saya, jadi waktu itu saya hanya berkesempatan menyediakan pavlova sahaja untuknya. Tapi hari ini saya tunaikan kebiasaan saya menyediakan kek untuk anggota keluarga yang menyambut hari lahir.... juz for you, on your day....hehe

Dan saya telah menyediakan Checkered Rainbow Cake...... dulu dah pernah buat  pada hari lahir Danial dan juga pada hari raya tahun 2012.



Ini memang mengejutkan buat suami saya kerana dia benar-benar tidak menyangka akan ada kek khas buatnya...yelah tarikhnya dah berlalu. Jadi kejutan untuknya menjadi...hehe. Pulang saja dari kerja dia terus bertanya tempahan dari siapa? Bila saya kata tempahan dari En. Saiful...kening nya agak berkerut sedikit dan kemudian senyum sinis mengejek saya.....huhu malu lah tu. 


Takpalah.... saya tunggu dia sudah mandi dan solat, terus kami makan bersama. Hidangan malam itu simple saja, kek bersama pan mee serta air limau serai pudina. Cukuplah untuk sajian waktu malam. Apa pun tertunai sudah hajat untuk membuat kek hari lahir buat suami saya., alhamdulillah...a


Beginilah rupa isi dalam kek tersebut. Menarik tak???



Alhamdulillah suami saya sangat menggemarinya dan itu yang paling penting. Walau pun tiada majlis besar-besaran tapi cukup bermakna buat kami sekeluarga dan begitulah resminya sambutan hari jadi dalam keluarga kecil kami. Hanya kami ......


















Kek Barbie



Kek Barbie Doll... inilah first time aku membuatnya dulu. Khas untuk anak sendiri pada Hari Lahir yang pertama Nur Dania Sara. Sambutan dibuat di Port Dickson, kebetulan kami semua pergi bercuti ke sana.






Rupanya patung barbie ni ada macam-macam harga. memula dulu terkejut juga bila tengok kat kedai kek harganya RM 15.90 satu. Mak ai...mahalnya. Patung tu bukannya bole makan pon. Pastu baru tau ada yang versi murah dengan harga RM 4.90 je. Bezanya hanya pada muka, tak comel sangattt ..... hehe




Kek Chocolate moist dan dihiasi dengan buttercream frosting. Dania suka sangat tengok kek dia tu. Berkali-kali dia tunjuk kat cousins, pakcik  dan makcik dia kek tu. ye lah cakap tak pandai sangat sebab baru umur setahun jagung....puashati mama tengok Dania terlompat-lompat suka.

Kelakarnya nak potong pun sayang, akhirnya memilih untuk memotong bahagian belakang gaun dulu....hah!!! gitulah rupa dalamannya.....






Bermula dari situ, anak buah saya pulak berminat nakkan kek Barbie juga untuk harijadinya...so ni kek untuk Nuur Amna Nuhaa



Kek ni ada base untuk Barbie berdiri..... ramai sikit boleh makan. Yelah keluarga saya besar, nanti berebut pula anak buah saya semua. Menangis melalak-lalak riuh rendah jadinya...





Kemudian, harijadi si kakak pula mahukan Kek Barbie juga. Jadi Kek Barbie gaun purple menjadi pilihan Nuur Jannah untuk kek harijadinya....

Tinggal lagi sorang punya birthdaay yang saya rasa takmampu nak buat kot sebab permintaannya nak kek Barbie yang berdiri tapi pakai seluar. Dia tak mau yang pakai gaun....haha camanala mama nak buat seluar dia..so pending dulu permintaan itu ye...