BAHAN-BAHAN:

  • Bahan-bahan lapisan hijau:
    • 2 biji telur saiz A
    • 1 cawan /200g gula kastor
    • 1 sudu kecil ovalette
    • 1 sudu kecil pewarna hijau
    • ¼ cawan /60ml jus pandan
    • ¾ cawan /190ml santan kotak
    • 1 ½ cawan /190g tepung gandum
    • ½ cawan /60g tepung jagung
    • (**boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa tepung jagung)
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • Bahan-bahan lapisan kelapa:
    • 2 cawan kelapa parut
    • 1 sudu besar tepung ubi
    • 1 sudu kecil garam halus (letak sikit-sikit dan rasa)

CARA-CARA:

  1. Cara-cara untuk lapisan kelapa:
    1. Gris sekata acuan dengan minyak masak.
    2. Gaul kelapa parut dengan tepung ubi dan garam halus.
    3. Masukkan adunan kelapa parut dalam acuan, lalu tekan sehingga padat ke dalam acuan.
    4. Kukus kelapa parut selama 10 minit.
  2. Cara-cara untuk lapisan hijau:
    1. Kisar halus potongan daun pandan dengan air, lalu tapis jus daun pandan.
    2. Masukkan santan kotak pada jus daun pandan.
    3. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
    4. Adunkan telur dan gula kastor sehingga kembang serta menjadi adunan berwarna kuning pucat.
    5. Tambah ovallete dan sambung adun sehingga adunan menjadi putih dan pekat.
    6. Masukkan pewarna hijau serta adunan santan dan pandan secara berselang-seli dengan bahan ayak. Adun kesemua bahan sekejap sahaja.
    7. Masukkan kedalam piping bag dan paip masuk kedalam acuan kelapa parut.
    8. Kukus lebih kurang dalam 15 minit atau sehingga kuih kembang.
    9. Kemudian, keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan. Kuih Puteri Ayu siap untuk dihidang.