Kek gula hangus ni memang menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi. Teringat masa mula mula menjamah kek ni di kenduri saudara saya di kampung. Asalnya memang tak berselera nak makan kerana permukaan kek yang agak hitam seolah-olah hangus. Tapi oleh kerana saya tak tahu nak buat apa sementara menunggu mak berbual bersama salah seorang saudara jadi saya pun menjamah laa kek tersebut. Rupanya sedap rasa kek tersebut.Tapi peliknya kenapa dimasak sehingga hangus begitu yangmana telah mematahkan selera saya...hehe
Tapi setelah dapat resepi tersebut barulah saya tahu, adunan kek ini yang agak cair menjadikannya agak lambat untuk masak jadinya kalau kita menggunakan ketuhar memang permukaan kek akan hangus sedikit......haha dah buat sendiri baru lah tau.....
Untungnya saya kerana saya mempunyai rakan yang suka memasak dan berkongsi ilmu bersama saya sambil berniaga. Saya diperkenalkan dengan periuk magic Amway dan sebagai demonstrasi kek ini dimasak didalam periuk tersebut. Wah dalam masa 30 minit, kek ini siap dimasak dan tiada hangus sedikit pun dan semestinya kerak pun tiada. Alhamdulillah...syukur. kek kegemaran saya menjadi mudah untuk dinikmati sekarang dengan adanya periuk tersebut.
Lihatlah sarangnya yang menjadi cantik....meh kita tengok resepinya
Bahan 1
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu makan butter
Cairkan gula diatas api sehingga sedikit perang.
kemudian masukkan air panas sedikit-sedikit. (tutup api dan masukkan butter, gaul sebati)
Bahan 2
6 biji telur
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
2 tsp bicarbonate soda
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
1. Pukul telur sampai kembang,
2. masukkan susu pekat manis- gaul sebati
3. kemudian masukkan tepung, soda dan baking powder - sebatikan
4. Akhir sekali masukkan bahan 1 kedalam adunan - panas-panas.
Adunan ini hendaklah diperam paling elok 6 jam. Tapi saya buat 3 jam sahaja. Kalau teman saya tu buat tak sampai 30 minit dah bakar.... tetap juga cantik kejadian sarangnya. jadi ikutlah mana yang mudah buat semua. Setelah masak ( jika menggunakan periuk magic tu) matikan suis dan keluarkan dari periuk. untuk lebih mudah dan jika tidak mahu berkerak, lapikkan kertas di dasar periuk setelah disapukan butter.
Bila sejuk siap dan bolehlah dihidang.....
No comments:
Post a Comment