Pages

Tanjung Piai, Johor

Titik paling selatan di benua Asia, betul-betul di hujung Semenanjung Malaysia, Tanjung Piai, Johor. Kali pertama menjejakkan kaki di sini. Terasa bangga, sayu pun ada bila berpijak di kawasan itu dan menyedari itulah tanah paling hujung dalam peta semenanjung Malaysia. Hhmm... bayangkan saja selama hari ni, kita lihat bentuk peta tersebut sepanjang saya bersekolah, belajar perkara tersebut, terdetik juga keluk terakhir peta tersebut, dapatkah aku jejakkan kaki ke situ...... dan akhirnya setelah usia 42tahun, pertama kalinya sampai juga saya ke pelusuk itu pada tanggal 8hb Februari 2016.

Sebetulnya kami ke sana atas urusan meminang anak dara orang untuk adik ipar yang bongsu, dan usai urusan tersebut, kami pun melajakkan perjalanan ke kawasan tersebut. Alang-alang dan sampai sejauh itu, rugi pula kalau tidak melajak hingga ke sana. Bukan senang nak sampai kalau tidak ada urusan, betul tak?? hehe

Indah tempat itu telah dihiasi bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke situ dan landskapnya masih mengekalkan hutan bakau ciri asli tempat tersebut. 


Tempat paling utama menyambut kehadiran pengunjung adalah tugu mercu tanda Tanjung Piai yang tersergam kukuh di pintu masuk kawasan tersebut. Saya lupa bayaran yang dikenakan untuk setiap pengunjung, kalau tak silap RM 3 untuk setiap orang.



Lihat saja jalan jambatan kayu yang di bina menyusuri sepanjang jalan untuk sampai ke penghujung tanjung, Cantik dan kami tak melepasklan peluang bergambar, turut sama pengunjung lain yang menikmati susur jalan dengan disambut bunyi ciap burung dan hijau pohon bakau. 


Kami anak beranak pun turut sama terpukau dengan hidangan santapan mata bersama kehijauan sekeliling yang sungguh mendamaikan. Sejuk pandangan mata.


Sesampai ke penghujung tanjung, kelihatan begitu dekat Singapura di hadapan mata diseberang selat. Sayup saja kelihatan begitu hampir....hehe tapi kalau berenang rasanya tak sampai saya...


Bergambar bersama Maksu Faridah, makcik kepada suami yang turut sama terpukau dengan pengalaman pertama kali kami itu.


 Rasa macam setiap sudut pandangan begitu indah dan ingin diphotokan sebagai kenangan. Suami yang m,emegang kamera begiru bersemangat memberi arahan pada anak2 supaya bersedia untuk diabadikan kenangan dalam suasana tempat itu



Seronok kami melilau setiap sudut kawasan sambil mengagumi keindahan tempat tersebut. 



Rasa tak puas bergambar... lihat tu papa bersungguh sebagai photographer untuk hari ini.... nanti kami akan datang lagi in shaa allah kerana pinangan tadi diterima dan majlis akan dilangsungkan pada bulan May. Alhamdulillah....



No comments:

Post a Comment