Pages

Memory Lane Di Ipoh

Percutian seketika sambil mencuci mata di Ipoh. Melawat ibu saudara di Chemor dan bermalam di sana membawa kami kepada satu pengalaman baru......

Siapa pernah pergi ke pasar jualan barangan lama di Ipoh... sangat terkenal dengan nama LOCKING (Memory Lane) hahaha actually looking kot dalam bahasa Inggeris. Di situ mmg banyak sangat barangan lama yang sangat antik dan barang yang ada terjual kat situ sampai ada yang kita tak sangka akan dijual. Mari saya bawa lihat beberapa yang sempat saya photokan untuk tatapan bersama...



Hhmm pasar tu berhampiran dengan Grand View Hotel Ipoh



Dania seperti biasa kena bagi kat papa dia, mama tak larat kendong sbb dia dah berat..hihi



Cuba perhatikan, antara barangan yang dijual mesin jahit lama, rantai besi yang dah berkarat, kukur kelapa yang dah berabad kot sebab design dia yang agak jarang dilihat. Cangkul pun ada, segala spanar yang dah karat, besi tah hapa-hapa lagi dan paling kelakar ada jugak handle motor yang dah tercabut. Peliknya, ada lagi ke kegunaan barang yang dah terlalu lama ni, kalau tidak masakan ada lagi orang yang nak menjual kalau tiada yang mahu membeli.. Pelik kan???
    

lenguh membelek sambil memikul si Dania ni tau....


hhmm.... lihatlah sendiri


Ni antara yang menjadi port kegemaran saya, pinggan mangkuk lama bercorak bunga kangkung. Kat rumah ada la sikit pemberian mak, sebab mak tahu saya suka menyimpan koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung ni. Entah kenapa ianya menarik minat saya. Saja membelek untuk menambah koleksi la konon, tetapi terpaksa membatalkan niat sebab mak ii.... cuba lihat teko yang saya pegang tu... hhmm harganya  RM 68 sebiji teko.... mahalkan??? Itulah orang kata jangan disangka orang yang menyimpan barangan buruk tu orang susah dan miskin. Sendiri boleh ukur sejauh mana nilainya dimata dan juga dihati...








Ni pulak barangan tembaga, segala jenis barang tembaga ada disitu, dan menariknya ianya terdiri daripada seni ukiran lama yang sekarang memang kita takkan dapat jumpa lagi. Seterika lama, telepon lama



inilah antara barangan yang dijual...


kelakarkan ... hairdryer lama, mesin pemotong jubin rasanya laa.... telepon lama beg, seluar.. semuanya mcm tak relevan untuk dijual dibawah satu kedai....haha






Yang ni pulak buat sesiapa yang suka mengumpul botol minuman sebagai koleksi. Dulu suami saya teringin nak menjadikan ianya sebagai hobi tapi sudahnya berkubur sebab anak2 suka main dan malas nak mencari.... ada tersimpan sikit kat rumah ni. Kenangan.....






Tengok lah tu, masih tersimpan lagi rupanya minat untuk mengumpul tapi sekadar memegang dan memandang saja la..... sebab cuaca yang panas terik dan juga mendukung Dania yang berat tu menghilangkan selera untuk membeli belah.... lenguh sebenarnya. So otak dah tak boleh berfikir lagi...






Klasik juga kan??? Masih ada air lagi tapi pastinya dah tak boleh diminum lagi... Dah terlalu lama kot, silap haribulan dah jadi air lain..... tak pasal je kannnn






Dah letih berjalan, tekak dah terasa kering. Ternampk orang jual air limau kasturi.... perghhhh sedap giler. Terasa masam limau , dengan sejuk ais batu dan rasa masam manis memang menghilangkan dahaga. Seronok walupun letih dan frust sebab tak habis pusing lagi. Terpaksa berundur kerana hari semakin panas, kesiankan Dania dan pasti kami akan ke sini lagi sambung balik looking- looking...



Locking Ipoh

No comments:

Post a Comment