Pages

Bingka Cream Crackers


Bingka ni amat mudah untuk dibuat dan rasanya juga amat sedap. Boleh dihidang untuk menu minum petang atau bila2 masa sahaja. Bahan-bahannya juga mudah sahaja cuma memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang sebegitu.Jika tidak boleh juga disatukan sahaja dan terus dibakar tanpa membuat 2 lapisan. 

Biskut cream crackers ini digunakan sebagai salah satu bahan yang diperlukan. Jadi eloklah juga daripada biskut kita yang terkadang tidak habis atau sudah masuk angin. Jadi tidak lah membazir daripada terbuang begitu sahaja, kan..




Mari kita tengok resepi, dan bolehlah mencuba  bagi yang berminat ye.

Bingka Cream Crackers

Bahan-bahannya;

20 keping biskut cream crackers
85gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710ml santan / susu segar
secubit garam
1 tbsp butter
1 tsp pandan emulco/pewarna hijau
1 tsp coklat emulco
1 tsp esen vanilla
sedikit bijan hitam dam putih untuk hiasan


Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan oven dan oleskan loyang dengan butter
2. Kisar semua bahan  hingga hancur (kecuali bijan dan pewarna)
3. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dengan pandan emulco dan satu lagi biarkan warna            putih. Asingkan sesenduk adunan dicampur dengan coklat emulco.
4. Tuang adunan vanilla dalam loyang dan lorekkan adunan coklat membentuk marble. Bakar selama        25 minit.
5. Keluarkan dan tuangkan adunan pandan, taburkan bijan hitam dan putih. Bakar selama 45 minit atau      hingga masak.
6. Tunggu sehinnga sejuk dan kemudian bolehlah dipotong.



Lihatlah anak saya Nur Dania Sara, dia memang sangat suka makan kuih bingka ni. Berulang kali dia akan meminta saya potongkan untuknya. 

Baiklah selamat mencuba ye dan selamat menjamu selera juga. 



Biskut tart nenas



Tart nenas ni memang biskut yang sangat sinonim dengan perayaan apapun. Tak kira bangsa dan tidak kira perayaan apa pun, kalau tidak raya pun pasti biskut ni akan menjadi pilihan. Walaupun sekarang telah banyak diolah dengan pelbagai pilihan jem tapi nenas akan tetap menjadi legend dihati peminat biskut ni.        

Biskut ini juga dibentuk mengikut citarasa dan kreativiti si pembuat. dan unuk kali ini saya buat bentuk yang agak lama juga tp jarang dibuat orang kerana renyak tapi hasilnya menarik iaiu berbentuk buah nenas. Gabungan 2 warna hijau dan kunin menambah lagi keunikan dan kecomelan biskut ini. Tangkainya menggunakan bunga cengkih menambah lagi kewangian aroma seteah dibakar.       

Bentuk buah nenas dan buah cermai
                         

yang telah siap dibentuk dan menugggu untuk dibakar



Resepinya mudah sahaja. Jemnya saya beli yang dah siap dari kedai bakeri lebih mudah. Jom kita lihat resepinya:-

Bahan-bahannya

250 gm butter
1 tbsp minyak sapi (optional)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp baking powder
sedikit esen vanilla
50gm tepung jagung
 320gm tepung gandum
Sedikit bunga cengkih (utk dibuat tangkai)

Cara membuatnya:- 

1. Sebatikan butter, minyak sapi dan gula.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh
4. Bulatkan sedikit doh, masukkan inti nenas. Bentukkan dan gunting.
5. Cucukkan bunga centkih dihujung sebagai tangkai
6. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160 selama 15-20 minit. 






Bila dah ada terhidang seperti ini di atas meja memang tampak manis dan menarik perhatian tetamu yang datang berkunjung. Juga untuk santapan bersama yang tersayang diwaktu minum petang. Kalau nak buat hantaran pertunangan atau perkahwinan juga cantik. 



Kuih kaswi


Kuih mudah dan ringkas sahaja bahan2nya tetapi sungguh sedap. Paling penting adalah tekstur bergoyang2 kuih tersebut selain daripada rasanya. Kalau salah sukatan memang akan jadi gagal. 
Kuih ni paling best kalau dapat dihidang bersama kelapa muda parut, terasa lemak dan lembut kelapa parut yang bergabung dengan rasa kuih yang manis gula merah. Resepi ini janganlah diringkaskan contohnya kalau takde air kapur pun takpe...tak boleh ye. Ada sebabnya kenapa air kapur itu diletakan di dalam resepi. Ianya juga janganlah berlebihan pula tidak mengikut sukatan kerana jika terlebih air kapur akan menjadikan tekstur kuih sedikit keras.... okey faham ye...

Sebetulnya kuih kaswi ada 2 perisa, perisa gula merah dan juga pandan. Tapi pada saya enak lagi perisa gula merah....sebabnya jangan ditanya, ikut selera masing-masing. ;)

Jom kita tengok resepi ni, setelah dicuba berkali2 barulah saya dapat sukatan yang memenuhi citarasa saya. Mungkin ada lagi yang lebih sedap tapi setakat ini, resepi ini yang menjadi buat saya..... hehe



Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahannya;

1 1/2 cawang tepung gandum

3tsp tepung ubi

1/2 cawang gula pasir

1/2 cawan gula merah

3 tsp air kapur

4 1/2 cawan air

1 tbsp minyak masak

sedikit garam


Cara-caranya:-


1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 2 cawan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

2. Didalam bekas lain satukan tepungair kapur bersama baki air. 

    Kemudian masukkan air tapisan gula yang telah sejuk.

3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam serta minyak.

4. Kukus selama 25 - 30 minit.

5. Setelah sejuk, barulah dipotong untuk mendapatkan [potongan yang cantik.


Tips : Gunakan pisau plastik yang telah disapukan minyak masak untuk mendapatkan potongan yang licin.