Pages

Kuih Nona Manis



Kuih nona manis ni rasanya semanis dan sesedap rupanya. Teriongat dim awal saya kenal akan kuih ini, hati begitu kagum dengan cara pembuatan jika dilihat dari hasil kuih tu, Bayangkan saja, kuih yang lembut itu boleh elok je ada setompok inti berwarna putih dengan rasa lemak masin. Bila bergabung dengan adunan luar berwarna hijau yang manis dan beraroma pandan itu, memang sungguh sempurna rasanya. Hati tertanya2 dan semangat untuk mencuba berkobar-kobar. Nak juga buat walau dah terbayang kesukarannya itu. 

Tapi yang membuatkan saya jadi sangat gembira bila cara pembuatannya, ya allah mudahnya dan tak sangka sebegitu cara buatnya. Dalam hati terdetik rasa kagum dengan seni orang dulu-dulu buat kuih. Kuih melayu memang sangat berseni dan tak kurang juga akan rasanya.... 

Bermula dari itu, saya kerap membuatnya dan ianya menjasi kegemaran puteri saya Nr Dania Sara seawal usianya 5 tahun dan sehingga kini dia masih kekal sebagai kuih kegemarannya. Saya juga pernah menjual kuih ini. Harganya seketul RM0.50. Agak mahal juga berbanding kuih lain yang berharga RM1 untuk 3 ketul.




RESEPI KUIH NONA MANIS


Bahan-bahannya


Bhgn A

    1 biji telur

    1/2 cawan gula halus

    1 cawan santan

    1 cawan tepung gandum


Pukul telur sehingga kembang. Satukan bersama tepung, gula dan santan. Kacau sebati dan ketepikan.


Bhgn B

1/2 cawan santan pekat

1/2 cawan air daun pandan

1.4 cawan gula

1.4 cawan tepung jagung

Secubit garam

sedikit pewarna hijau


Satukan semua bahan2 dan kacau sebati. Masak dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.

*Satukan Bhn A dan Bhn B. Kacau rata hingga adunan pekat dan licin


Bhgn C

1 cawan santan pekat

1 sudu besar tepung gandum

1/2 tsp garam

Satukan semua bahan dan masak atas api hingga pekat. Tunggu suan dan masukkan dalam botol sos plastik


Cara membuatnya :-


1. Sapukan minyak di dalam acuan lompang.

2. Tuang adunan hijau ke dalam acaun.

3. Tuang adunan putih menggunakan botol sos dalam keadaan botol menegak. Ia akan menghasilkan          satu tompokan bulat di tengah2 adunan hijau.

4. Kukus selama 7- 10 minit atau sehingga masak.

5. Tunggu sehingga sejuk kemudian keluarkan dari acuan. 

6. Hias dengan daun pandan yang dipotong serong.

7. Siap.

 






 

Bingka ubi kayu



Bingka ubi kayu adalah satu jenis kuih tradisonal yang sangat mudah dan sangat sedap. Kuih ini hanya memerlukan bahan yang sangat sedikit dan mudah je pun, bahan asas yang utama hanyalah parutan ubi kayu, santan dan gula merah. Atau boleh juga menggunakan gula pasir dengan sedikit pewarna kuning. 

Ini adalah kuih kegemaran saya dan banyak kenangan dengan kuih ini. Alkisah arwah datuk saya sangat rajin dan suka buat kuih ni. Di kampung segalanya ditanam sendiri sahaja. Saya pernah membantu mengorek ubi dan menyagat ubi ni. Sekarang ada yang suka blend sahaja tapi jangan hairan jikalau rasanya tidak sama. Pada saya jika diparut ubinya akan menghasilkan tekstur kuih yang lebih sedap dan lebih terasa.  

Jadi adalah lebih elok jika kita rajinkan diri sikit menyagat ubi walaupun agak sukar dan memakan masa tapi percayalah anda akan suka akan hasilnya. Satu lagi tips dari arwah atuk saya, ubi yang telah disagat jika boleh perah buang airnya kerana air ubi itu akan membuatkan bingka kita akan rasa sedikit kelat dan pahit.


Resepi Bingka Ubi Kayu


Bahan-bahannya

4 cawan ubi kayu yang telah diparut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
sedikit garam
sedikit mentega

Cara-caranya

1. Sagat ubi kayu dan perah buang airnya.

2. Campurkan gula merah ke dalam santan, hancurkan dan tapis,

3. Satukan santan, ubi kayu, gula pasir, sedikit garam. Kacau sebati

4. Lengserkan mentega diloyang, tuang adunan ke dalam loyang

5. Sudukan sedikit mentega di permukaan adunan.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree selama 40 minit.


Selamat mencuba.




 

Bingka Cream Crackers


Bingka ni amat mudah untuk dibuat dan rasanya juga amat sedap. Boleh dihidang untuk menu minum petang atau bila2 masa sahaja. Bahan-bahannya juga mudah sahaja cuma memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang sebegitu.Jika tidak boleh juga disatukan sahaja dan terus dibakar tanpa membuat 2 lapisan. 

Biskut cream crackers ini digunakan sebagai salah satu bahan yang diperlukan. Jadi eloklah juga daripada biskut kita yang terkadang tidak habis atau sudah masuk angin. Jadi tidak lah membazir daripada terbuang begitu sahaja, kan..




Mari kita tengok resepi, dan bolehlah mencuba  bagi yang berminat ye.

Bingka Cream Crackers

Bahan-bahannya;

20 keping biskut cream crackers
85gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710ml santan / susu segar
secubit garam
1 tbsp butter
1 tsp pandan emulco/pewarna hijau
1 tsp coklat emulco
1 tsp esen vanilla
sedikit bijan hitam dam putih untuk hiasan


Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan oven dan oleskan loyang dengan butter
2. Kisar semua bahan  hingga hancur (kecuali bijan dan pewarna)
3. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dengan pandan emulco dan satu lagi biarkan warna            putih. Asingkan sesenduk adunan dicampur dengan coklat emulco.
4. Tuang adunan vanilla dalam loyang dan lorekkan adunan coklat membentuk marble. Bakar selama        25 minit.
5. Keluarkan dan tuangkan adunan pandan, taburkan bijan hitam dan putih. Bakar selama 45 minit atau      hingga masak.
6. Tunggu sehinnga sejuk dan kemudian bolehlah dipotong.



Lihatlah anak saya Nur Dania Sara, dia memang sangat suka makan kuih bingka ni. Berulang kali dia akan meminta saya potongkan untuknya. 

Baiklah selamat mencuba ye dan selamat menjamu selera juga. 



Biskut tart nenas



Tart nenas ni memang biskut yang sangat sinonim dengan perayaan apapun. Tak kira bangsa dan tidak kira perayaan apa pun, kalau tidak raya pun pasti biskut ni akan menjadi pilihan. Walaupun sekarang telah banyak diolah dengan pelbagai pilihan jem tapi nenas akan tetap menjadi legend dihati peminat biskut ni.        

Biskut ini juga dibentuk mengikut citarasa dan kreativiti si pembuat. dan unuk kali ini saya buat bentuk yang agak lama juga tp jarang dibuat orang kerana renyak tapi hasilnya menarik iaiu berbentuk buah nenas. Gabungan 2 warna hijau dan kunin menambah lagi keunikan dan kecomelan biskut ini. Tangkainya menggunakan bunga cengkih menambah lagi kewangian aroma seteah dibakar.       

Bentuk buah nenas dan buah cermai
                         

yang telah siap dibentuk dan menugggu untuk dibakar



Resepinya mudah sahaja. Jemnya saya beli yang dah siap dari kedai bakeri lebih mudah. Jom kita lihat resepinya:-

Bahan-bahannya

250 gm butter
1 tbsp minyak sapi (optional)
60gm gula aising
1 biji kuning telur
1 tsp baking powder
sedikit esen vanilla
50gm tepung jagung
 320gm tepung gandum
Sedikit bunga cengkih (utk dibuat tangkai)

Cara membuatnya:- 

1. Sebatikan butter, minyak sapi dan gula.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh
4. Bulatkan sedikit doh, masukkan inti nenas. Bentukkan dan gunting.
5. Cucukkan bunga centkih dihujung sebagai tangkai
6. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut
7. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160 selama 15-20 minit. 






Bila dah ada terhidang seperti ini di atas meja memang tampak manis dan menarik perhatian tetamu yang datang berkunjung. Juga untuk santapan bersama yang tersayang diwaktu minum petang. Kalau nak buat hantaran pertunangan atau perkahwinan juga cantik. 



Kuih kaswi


Kuih mudah dan ringkas sahaja bahan2nya tetapi sungguh sedap. Paling penting adalah tekstur bergoyang2 kuih tersebut selain daripada rasanya. Kalau salah sukatan memang akan jadi gagal. 
Kuih ni paling best kalau dapat dihidang bersama kelapa muda parut, terasa lemak dan lembut kelapa parut yang bergabung dengan rasa kuih yang manis gula merah. Resepi ini janganlah diringkaskan contohnya kalau takde air kapur pun takpe...tak boleh ye. Ada sebabnya kenapa air kapur itu diletakan di dalam resepi. Ianya juga janganlah berlebihan pula tidak mengikut sukatan kerana jika terlebih air kapur akan menjadikan tekstur kuih sedikit keras.... okey faham ye...

Sebetulnya kuih kaswi ada 2 perisa, perisa gula merah dan juga pandan. Tapi pada saya enak lagi perisa gula merah....sebabnya jangan ditanya, ikut selera masing-masing. ;)

Jom kita tengok resepi ni, setelah dicuba berkali2 barulah saya dapat sukatan yang memenuhi citarasa saya. Mungkin ada lagi yang lebih sedap tapi setakat ini, resepi ini yang menjadi buat saya..... hehe



Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahannya;

1 1/2 cawang tepung gandum

3tsp tepung ubi

1/2 cawang gula pasir

1/2 cawan gula merah

3 tsp air kapur

4 1/2 cawan air

1 tbsp minyak masak

sedikit garam


Cara-caranya:-


1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 2 cawan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

2. Didalam bekas lain satukan tepungair kapur bersama baki air. 

    Kemudian masukkan air tapisan gula yang telah sejuk.

3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam serta minyak.

4. Kukus selama 25 - 30 minit.

5. Setelah sejuk, barulah dipotong untuk mendapatkan [potongan yang cantik.


Tips : Gunakan pisau plastik yang telah disapukan minyak masak untuk mendapatkan potongan yang licin.


 




Biskut kelapa legend


Saya memang penggemar kuih ataupun biskut yang berperisa dan beraroma kelapa. Tambahan pula kalau dicampurkan sekali didalan adunan...memang saya takkan menolak ...hehe

Alkisah resepi ni saya mencari hasil google sahaja setelah saya asyik teringatkan akan rasanya. Banyak resepi biskut yang saya jumpa cuma inaya tidak menepati citarasa saya. Saya rindukan resepi ini kerana rasanya yang asli dan  tidak berlebih2. Resepi orang dulu2 simple tapi sangat sedap, gebu rapuh dan berlemak rasa kelapa panggang tu.


Aida Azarina

Al kisah biskut ni bermula dari saya berkunjung  ke rumah seorang teman lama di penghujung Syawal beberapa tahun yang lalu. Biskut di rumahnya kebanyakannya telah habis dan hanya berbaki biskut hasil airtangan ibunya ini sahaja. Dia menjamu saya setelah memohon maaf tiada apa yang dapat dijamu kepada saya. Tak mengapa laa, saya datang hanya untuk bersilatulrahim sahaja dan kunjungan saya juga agak mengejut. Sambil berbula saya jamah juga biskut ini, dan makkk aaiiii sedapnya. Lama dah saya tak rasa biskut sebegini, dulu mak ada buat tapi katanya dia terlupa resepinya. 

Saya pulang dari rumah nya bersama kenangan dan memory akan rasa biskut ini tanpa sempat bertanya resepinya.  Dan pada 2 tahun lepas, setelah saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya, maka banyak masa terluang yang dapat saya gunakan untuk mengasah skill memasak saya dan mencuba resepi kegemaran saya, makanya saya terus teringat akan biskut ini. Alhamdulillah, saya temui resepi biskut yang saya minati. 

Jadinya sebelum saya kehilangan resepi ini , saya coretkan di sini untuk rujukan sendiri di masa akan datan juga buat anak2 tersayang..  Ini adalah biskut kegemaran mama.



Resepi Biskut Kelapa Legend

1 1/2 cawan majerin/planta
1 cawan gula mesin
1 biji telur
secubit garam
1 1/2 cawan kelapa parut disangai perang( beli siap tak sedap ehh)
1 tsp esen vanilla
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum


caranya:-

1. Pukul majerin dengan gula hingga sebati)tak perlu kembang)
2. Masukkan telur, garam dan esen vanilla
3. masukkan teppung dan uli hingga jadi doh lembut
4. canaikan doh dan terap dengan acuan
5. Sapukan permukaan biskut dengan kunin telur dan boleh dihias dengan roasted coconut flakes.
6. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 120 degree








Biskut Dahlia





Biskut ni sedap lembut, gebu dan mencair di dalam mulut. Biskut orang lama ni biasa nya bahannya mudah tapi memang sedap.

Sebetulnya resepi lama ni saya ambil daripada buku resepi lama mak. Mak kata dulu dia memang banyak mengumpul resepi tapi bukunya dah hampir hancur gara2 sering buka tutup dan kami juga sering berpindah randah. Almaklum anak askar.

Saya memang berusaha menyalin semula resepi lama mak atas permintaannya dulu semasa bercuti panjang selepas tamat SPM tp sehingga kini saya kerap membuka buku tersebut dan ianya juga hampir hilang dan kabur tulisannya.








Jadi saya abadikan di dalam blog ini untuk rujukan anak2 saya juga untuk sahabat yang melihat blog saya ini. moga resepi lama ini tidak ditelan zaman dan pupus begitu saja




Biskut ni memang biasanya dibuat berbentuk bunga, dah namanya dahlia. Biasanya hanya dengan satu warna. Tapi saya sukankan warna yang menarik perhatian saya, terasa indah dan sedap je bila dinikmati...makanya saya kongsikan beberapa warna bunga beserta daun yang pernah saya buat untuk biskut ini. cantikkan ??

Ok jom kita lihat bahan untuk biskut ini.


Resepi :

Bahan2nya:-

250gm butter
225gm tepung jagung
125gm tepung ubi
50gm tepung redrose/tepung gandum
1 biji telur
150gm gula icing
1 tsp esen vanilla
50gm susu tepung (optional)

Hiasan : ceri/ coklat chip

1. Sebatikan butter dan gula
2. Masukkan semua bahan lain dan uli hingga menjadi doh
3. Adunan mesti lembut dan gunakan nozle
4. Hiaskan ceri/coklat chip di atas biskut
5. Bajar dgn suhu 160° selama lebih kurang 20 minit.




Jadi bolehlah mencuba untuk yang berminat. Pasti anda akan suka akan rasanya. 

Selamat Mencuba

Apam fruity


Antara koleksi design apam

APAM FRUITY, sebenarnya apam ini lebih kurang sama dengan resepi apam polka dot. Cuma bezanya adalah pada sukatan baking powder yang digunakan dan apam ni lebih lembut berbanding apam polka dot. Ini juga boleh diisikan inti dan dihias pelbagai corak juga. 

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan dan di bulan ramadhan kebetulan jatuhnya tarikh ulangtahun Dania yang ke 9, makanya mama mencabar dia untuk sediakan satu juadah yang boleh dibuat berbuka dari airtangan dia. Ibarat sebagai hadiah dia buat keluarga tersayang waktu berbuka nanti. Jadi pilihan dia adalah nak membuat kuih apam, semestinya kegemaran dia dan diapun memang suka bermain dengan warna. Okey mama layankan saja.

Sebelum tu mari kita tengok resepinya

Bahan-bahannya:-

140gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
110gm gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 tbsp ovalette
1 tsp esen vanilla/ esen fruity berries
Filling ikut citarasa
Pewarna ikut kreativiti

Cara-caranya:-

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak terlebih dahulu berselang seli dengan susu.
3. Masukkan ovalette dan esen vanilla. Putar sebati sehingga kembang gebu dan likat
4. Bahagikan mengikut warna pilihan
5. Paipkan adunan didalam mangkuk kertas di dalam acuan cawan plastik
6. Kukus dengan api perlahan selama 20 minit sehingga masak.

#Nota penting: jangan gunakan api yang kuat utk mengelakkan apam merekah.

#Tips apam gebu ialah letakkan ovalette diakhir sekali selepas tepung diputar sebati.

Adunan yang siap dibancuh dan diwarnakan.

Setelah semua adunan dan segala kelengkapan siap tersedia, dia mula menyusun mangkuk kertas ke dalan acuan cawan plastik.





Mama menunjukkan contoh pertama kepadanya dan dia memerhati penuh minat, dan mungkin dengan penuh rasa tak sabar hendak berkarya.... hehe. Memang mama dah pesan padanya supaya dia yang akan meneruskan sehingga adunan abis. Mama hanya akan pantau sahaja.


Mama mnunjukkan contoh pada Dania


Dania memerhati penuh minat


Dania mencuba dengan kreativiti sendiri


Hasil seni Dania dengan pemantauan mama

Alhamdulillah, hasil selama hampir 1jam, Dania berjaya menyiapkan ke semua adunan dengan jayanya. Semestinya lah di bawah pemantauan mama. Boleh tahan juga hasil kerjanya... Proud of you baby... in shaa allah pasti akan lebih cantik jika minat dan rajin.



Dan tibalah masa untuk mengukus dan dia menyusun dengan begitu berhati2, takut tertumpah. Baru dia faham agaknya mama selalu akan marah jika datang mengganggu kalau mama tengah buat kuih sebab katanya kalau tertumpah mesti jadi tak cantik apam ni. Pandaipun nak kuih yang cantik.


apam yang siap dikukus
Alhamdulillah, apam siap dikukus dan naik dengan begitu cantik sekali. Dania teruja sangat dan tersenyum2 sambil menyusun di dalam pinggan. Bangga dengan hasil air tangan sendiri... dia cakap nak buat lagi... okey mama suka jika anak yang minat. 


menghidang pun nak cantik





bangga dan teruja dengan hasil kerja sendiri



Kenangan Dania menzahirkan kuih apamnya mama abadikan di dalam video ini. Proud of you my girl, boleh visit youtube channel Aida Azarina.

Add caption