Kek chiffon ni mmg sgt gebu dan lembut macam memanggil anak tekak utk memberi isyarat kepada tangan supaya ambil dan ambil lagi hehehe rasanya tak sama macam kek chiffon yang jual tu sebab yang ni kita buat sendiri dan memang terasa perbezaannya, lembut dan padat berkrim. Kalau yang beli tu terasa ringan tetapi kosong ... kata orang macam tak menangkap anak tekak kita untuk menjamahnya. Tak percaya cubalah buat sendiri dan ketahui perbezaannya nanti.....
Di bawah sinaran matahari yang cerah diluar sana, menambahkan lagi warna natural kek ni. Hijaunya kelihatan sgt memikat dan lazat. Hanya pakai sedikit pandan paste jenama Nona dan sedikit pewarna apple green... terserlah warnanya kan... ntahlah saya pun tak pandai sgt bab photography ni apatah lagi untuk menggunakan camera mahal.... lagi lahhhh
Okey, mari kita lihat bahan-bahanya dan cara membuat kek chiffon pandan ni...
CHIFFON PANDAN
Bahan-bahan
Bahan A:-
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan minyak sayur ( saya guna minyak canola)
3/4 cawan santan ( Guna santan kotak je senang)
1/2 tsp garam
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
Bahan B:-
6 biji putih telur
1 tsp cream of tartar
1/2 cawan gula
Cara membuatnya:-
1. Pukul semua bahan A kecuali tepung sehingga gula larut.
2. Kemudian masukkan tepung. Ketepikan
3. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula dan cream of tartar.
4. Satukan adunan A dgn adunan B dgn kaedah kaup balik.
5. Sediakan loyang chiffon 24 cm, tanpa perlu dilengserkan. Tuang adunan dan bakar dgn suhu 170 degree selama 1 jam.
6. Setelah masak keluarkan dan telangkupkan loyang, biarkan sehingga sejuk sendiri. Keluarkan kek dgn menyisipkan pisau ditepi loyang. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment