Pages

Kuih Nona Manis



Kuih nona manis ni rasanya semanis dan sesedap rupanya. Teriongat dim awal saya kenal akan kuih ini, hati begitu kagum dengan cara pembuatan jika dilihat dari hasil kuih tu, Bayangkan saja, kuih yang lembut itu boleh elok je ada setompok inti berwarna putih dengan rasa lemak masin. Bila bergabung dengan adunan luar berwarna hijau yang manis dan beraroma pandan itu, memang sungguh sempurna rasanya. Hati tertanya2 dan semangat untuk mencuba berkobar-kobar. Nak juga buat walau dah terbayang kesukarannya itu. 

Tapi yang membuatkan saya jadi sangat gembira bila cara pembuatannya, ya allah mudahnya dan tak sangka sebegitu cara buatnya. Dalam hati terdetik rasa kagum dengan seni orang dulu-dulu buat kuih. Kuih melayu memang sangat berseni dan tak kurang juga akan rasanya.... 

Bermula dari itu, saya kerap membuatnya dan ianya menjasi kegemaran puteri saya Nr Dania Sara seawal usianya 5 tahun dan sehingga kini dia masih kekal sebagai kuih kegemarannya. Saya juga pernah menjual kuih ini. Harganya seketul RM0.50. Agak mahal juga berbanding kuih lain yang berharga RM1 untuk 3 ketul.




RESEPI KUIH NONA MANIS


Bahan-bahannya


Bhgn A

    1 biji telur

    1/2 cawan gula halus

    1 cawan santan

    1 cawan tepung gandum


Pukul telur sehingga kembang. Satukan bersama tepung, gula dan santan. Kacau sebati dan ketepikan.


Bhgn B

1/2 cawan santan pekat

1/2 cawan air daun pandan

1.4 cawan gula

1.4 cawan tepung jagung

Secubit garam

sedikit pewarna hijau


Satukan semua bahan2 dan kacau sebati. Masak dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.

*Satukan Bhn A dan Bhn B. Kacau rata hingga adunan pekat dan licin


Bhgn C

1 cawan santan pekat

1 sudu besar tepung gandum

1/2 tsp garam

Satukan semua bahan dan masak atas api hingga pekat. Tunggu suan dan masukkan dalam botol sos plastik


Cara membuatnya :-


1. Sapukan minyak di dalam acuan lompang.

2. Tuang adunan hijau ke dalam acaun.

3. Tuang adunan putih menggunakan botol sos dalam keadaan botol menegak. Ia akan menghasilkan          satu tompokan bulat di tengah2 adunan hijau.

4. Kukus selama 7- 10 minit atau sehingga masak.

5. Tunggu sehingga sejuk kemudian keluarkan dari acuan. 

6. Hias dengan daun pandan yang dipotong serong.

7. Siap.

 






 

Bingka ubi kayu



Bingka ubi kayu adalah satu jenis kuih tradisonal yang sangat mudah dan sangat sedap. Kuih ini hanya memerlukan bahan yang sangat sedikit dan mudah je pun, bahan asas yang utama hanyalah parutan ubi kayu, santan dan gula merah. Atau boleh juga menggunakan gula pasir dengan sedikit pewarna kuning. 

Ini adalah kuih kegemaran saya dan banyak kenangan dengan kuih ini. Alkisah arwah datuk saya sangat rajin dan suka buat kuih ni. Di kampung segalanya ditanam sendiri sahaja. Saya pernah membantu mengorek ubi dan menyagat ubi ni. Sekarang ada yang suka blend sahaja tapi jangan hairan jikalau rasanya tidak sama. Pada saya jika diparut ubinya akan menghasilkan tekstur kuih yang lebih sedap dan lebih terasa.  

Jadi adalah lebih elok jika kita rajinkan diri sikit menyagat ubi walaupun agak sukar dan memakan masa tapi percayalah anda akan suka akan hasilnya. Satu lagi tips dari arwah atuk saya, ubi yang telah disagat jika boleh perah buang airnya kerana air ubi itu akan membuatkan bingka kita akan rasa sedikit kelat dan pahit.


Resepi Bingka Ubi Kayu


Bahan-bahannya

4 cawan ubi kayu yang telah diparut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
sedikit garam
sedikit mentega

Cara-caranya

1. Sagat ubi kayu dan perah buang airnya.

2. Campurkan gula merah ke dalam santan, hancurkan dan tapis,

3. Satukan santan, ubi kayu, gula pasir, sedikit garam. Kacau sebati

4. Lengserkan mentega diloyang, tuang adunan ke dalam loyang

5. Sudukan sedikit mentega di permukaan adunan.

6. Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree selama 40 minit.


Selamat mencuba.