Pages

MANGO CREPE

Makan dingin sangat menyegarkan......



Sekali pandang seperti tiada apa yang istimewanya crepe ni tapi bila dah rasa baru tahu kenapa ramai sangat yang sering menyebut tentang crepe ni. Lazat rupanya, kulitnya yang lemak -lemak manis bersama inti yang manis rasa buah. Inti bolehlah ditukar ganti mengikut citarasa masing-masing. Kepada penggemar durian bolehlah buat inti durian. Tapi saya gunakan buah mangga lantaran bukan musim durian jadi susah nak dapat kat sini. Kenapalah resepi ni tidak saya ketahui semasa musim durian yang lalu. 








Crepe ibarat lempeng mat saleh la. Tapi lempeng kita ni tak pelbagai dan biasanya dimakan bersama sambal tumis. Lempeng mat saleh ni dimakan bersama inti manis dan dilipat cantik ibarat kain. Hehehe.... memang mereka ni suka kepada yang manis-manis. Silap haribulan bukan sahaja badan je naik siap dapat penyakit lagi kalau diikutkan resepi mereka ni. 







                                            


Melihatkan crepe yang semakin popular ditayangkan di facebook, dikalangan rerakan saya juga sibuk memperkatakannya lantas membuatkan saya juga turut terpanggil untuk mencuba...... hhmmm saya mula menggoogle dan mencari perbezaan setiap resepi yang diberi. Akhirnya saya memilih untuk mencuba yang ini. Tak susah untuk membuatnya. Percubaan saya membuahkan hasil yang sangat menggembirakan.... haha suami yang mulanya mencebik bila saya kata nak cuba buat kerana bagi dia, ianya hanyalah sejenis lempeng. Hhmmm ... nanti, bila dah siap baru tau kenapa okay.......


Resepi;

MANGO CREPE

Crepe

140gm tepung kek (superfine)
20gm tepung jagung
80gm gula castor
500ml susu segar (saya guna susu cair bersama air)
30gm butter - dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 tsp esen vanilla


Caranya;

  1. Ayak tepung kek, tepung jagung dan garam
  2. Masukkan 1/2 drp susu ke dalam tepung dan kacau sebati hingga tidak berbintil
  3. Kemudian masukkan kuning telur, gula dan baki susu. Kacau sebati
  4. Masukkan butter dan kacau. kmdn tapis adunan.
  5. Tutup bekas dan simpan seketika di dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit.
  6. Bolehlah didadarkan senipis yang mungkin.
  7. Tidak perlu diterbalikkannya semasa memasak. 



Dadarkannya seperti membuat kuih ketayap



....dah mula nak memotong mangga....

Inti;

300gm whipped cream
1/4 cawan gula icing
1tsp gelatin
1 tbsp air panas.
Mangga yang dipotong dadu.


Caranya;


  1. Cairkan gelatin bersama air panas dan ketepikan
  2. Pukul whipped cream sehingga kembang
  3. Masukkan gula icing dan terus memukul
  4. Akhir sekali masukkan gelatin dan pukul lagi.
  5. Kemudian bolehlah digaulkan bersama potongan kuib mangga tadi
  6. Bubuh sesudu diatas crepe tadi dan lipatkanlah mengikut kreativiti anda.


.. dan beginilah hasilnya...





No comments:

Post a Comment