Pages

Kek pisang gebu.


Kek Pisang gebu


Kek pisang memang kek kegemaran saya. Biasanya kalau dihidangkan dengan kek ni memang tidak akan pernah saya tolak. Dan selalunya kalau ada pisang yang dah masak, selain dari cekodok memang kek pisanglah yang akan saya buat. 


Sebenarnya kek pisang ni tidak susah sangat nak buat, tp lain orang lain caranya. Bagi saya dalam banyak2 resepi, ini adalah yang paling saya suka. Tekstur yang agak ringan dan  gebu buat kita tak jemu menjamahnya.

                     

Bagi saya kek pisang ni lebih enak kalau dibiarkan kosong tanpa sebarang lepaan baru sedap. Bagi menambah lagi keenakkannya saya akan menambah kacang walnut, kelapa parut yang telah dipanggang dan juga coklat chips. 


Jom kita tengok bahan2 nya:-

440 gm pisang dilecek
300gm gula halus
400gm tepung gandum
1 tsp soda
1 1/2 tbsp baking powder
350gm minyak

5 biji telur
1tbsp ovalette


Cara2 nya:-

1. Pukul telur dan ovalet hingga kembang.
2. Masukkan gula. Pukul lagi
3. Masukkan pisang
4. Low speed masukkan tepung yang telah di ayak.
5. Akhir sekali masukkan minyak dan sebatikan. 
6. Bakar dengan suhu 180° selama 40 minit. 




Kek ni memang sedap dibuat minum petang dengan teh panas. Dapat minum dengan mak memang menggamit nostalgia zaman kanak2 saya.  Ini memang kek kegemaran kami sekelaurga. 


Mango cake

KEK MANGO

Kek ni saya gunakan kek span biasa saja cuma dalamnya saya lapiskan dgn filling kastad vanilla serta buah mangga segar yang dipotong dadu. 


Kemasan luar saya gunakan whipped cream yang diputar dengan topping buah mangga segar yang diblend bersama sedikit gelatin sayuran untuk memejalkannya selepas kepingan nipis mangga di susun berbentuk bunga mawar. Juga kemasan dikeliling kek.


Hasilnya memang sangat cantik dan kelihatan sungguh menyelerakan. Tapi tak semua mangga yang akan menghasilkan lenturan yang cantik. Untuk kek ini saya menggunakan buah mangga Baganapali dari Pakistan. Kebetulan tengah musim buah mangga jadi harganya agak murah berbanding sebelumnya. Saya dapatkannya di pasar malam sahaja dengan harga RM 6 sekilo. 


Lihatlah potongan kek ini sungguh menyelerakan dan rasanya yang agak ringan dan lembut serta campuran buahan segar mangga memang membangkit selera. Suami saya memuji walaupun dia bukan penggemar kek berkrim. Tapi untuk yang ini dia memang tidak akan menolak. 

Sambal Jering


Sambal Jering

Sambal kalau takde dalam setiap hidangan orang melayu memang tak sah. Terutama untuk hidangan makan tengahari. Disebabkan itu juga orang melayu kaya dengan aneka jenis sambal selain yang paling popular adalah sambal belacan. 

Jadi untuk hari ini, saya nak share sikit pasal sambal jering. Kebetulan saya ada beberapa biji buah jering muda yang sangat sedap dan lemak pemberian dari seorang rakan. Pada mulanya saya nak membuat sambal tumis ikan bilis bersama jering. Tapi memandangkan jeringnya ada tak sampai 10 biji maka saya buatkan sambal untuk dimakan bersama ulam saja. 




Sambal Jering

Bahan- bahannya

8 biji cili api ( boleh tambah kalau nak pedas)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan. 
Segenggam ikan bilis

Kesemua bahan ni digoreng kemudian ditumbuk halus. Akhir sekali masukkan jering dan ditumbuk kasar. Boleh tambah gula utk menambah perisa. 

Siap untuk di hidang. 




Kek durian


Kek durian 




Kek Durian ... mula-mula dengar terasa macam susah nak terima di tekak. Entah apalah rasanya kek durian ye... Tapi bila kenangkan kelazatan durian bila dijadikan crepe, terbayang pula keenakannya.... 

Kebetulan sekarang tengah musim durian dan ulangtahun kelahiran anak lelaki ke dua saya pula yang paling hampir. Jadi saya memilih untuk menyediakan kek durian sebagai kek harijadinya. Dia juga memang penggemar durian. 

Saya mula menyediakan kan kek span vanilla dan dilapiskan dengan kastad vanilla serta isi durian. Luarnya saya lepakan whipped cream dan dihias dengan 3 ulas isi durian musang king. 

Wah harum semerbak satu rumah. 




Kepulangan anak bujang saya selepas pulang dari kerja ditengah malam. Saya menanti dengan rasa kasih sayang dan hidangan nasi juga. Tersenyum simpul dia melihat kek dan juga juadah untuknya telah tersedia. 

Kesempatan itu juga saya merakamkan ucapan dan harapan darinya, moga semuanya akan tercapai....in shaa allah. Moga Allah akan sentiasa merahmati kamu wahai anak.