Pages

Kuih kaswi


Kuih mudah dan ringkas sahaja bahan2nya tetapi sungguh sedap. Paling penting adalah tekstur bergoyang2 kuih tersebut selain daripada rasanya. Kalau salah sukatan memang akan jadi gagal. 
Kuih ni paling best kalau dapat dihidang bersama kelapa muda parut, terasa lemak dan lembut kelapa parut yang bergabung dengan rasa kuih yang manis gula merah. Resepi ini janganlah diringkaskan contohnya kalau takde air kapur pun takpe...tak boleh ye. Ada sebabnya kenapa air kapur itu diletakan di dalam resepi. Ianya juga janganlah berlebihan pula tidak mengikut sukatan kerana jika terlebih air kapur akan menjadikan tekstur kuih sedikit keras.... okey faham ye...

Sebetulnya kuih kaswi ada 2 perisa, perisa gula merah dan juga pandan. Tapi pada saya enak lagi perisa gula merah....sebabnya jangan ditanya, ikut selera masing-masing. ;)

Jom kita tengok resepi ni, setelah dicuba berkali2 barulah saya dapat sukatan yang memenuhi citarasa saya. Mungkin ada lagi yang lebih sedap tapi setakat ini, resepi ini yang menjadi buat saya..... hehe



Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahannya;

1 1/2 cawang tepung gandum

3tsp tepung ubi

1/2 cawang gula pasir

1/2 cawan gula merah

3 tsp air kapur

4 1/2 cawan air

1 tbsp minyak masak

sedikit garam


Cara-caranya:-


1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 2 cawan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

2. Didalam bekas lain satukan tepungair kapur bersama baki air. 

    Kemudian masukkan air tapisan gula yang telah sejuk.

3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam serta minyak.

4. Kukus selama 25 - 30 minit.

5. Setelah sejuk, barulah dipotong untuk mendapatkan [potongan yang cantik.


Tips : Gunakan pisau plastik yang telah disapukan minyak masak untuk mendapatkan potongan yang licin.


 




No comments:

Post a Comment