Pages

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi



Rasai keindahan percutian ala di Kota Kedesaan Perancis...



pandangan suasana yang menyambut  kehadiran kami...cantik tak??

Percutian bagi kami adalah masa untuk merehatkan diri dan minda dari aktiviti rutin harian. Walaupun sebenarnya ia memenatkan kadang-kadang buat saya. Yelah bila balik dari bercuti, bebanan kain baju untuk dibasuh menanti. Itu yang membuatkan saya rasa nak bercuti di tempat-tempat yang dekat sahaja jadi berlama-lama di dalam kereta tidak akan terasa. Yelah bila duduk lama dalam kereta rasa lenguh juga. Terutama bila terlena dalam perjalanan, biasanya kalau tanpa pelapik leher tu, saya akan rasa terkehel tengkok dibuatnya....hahaha suami kata siapa yang suruh awak terhangguk-hangguk di dalam kereta. Mengajuk saya tidur....benci.

Jadi lokasi percutian ni kami pilih pada 25 Februari 2012 yang lalu. Lokasi ni dekat sangat dengan rumah saya jadi, kami pergi bermalam di sana untuk satu malam di hujung minggu. Teringin nak merasa keindahan malam ala-ala Kota Kedesaan di Perancis... hehehe yelah nak ke France dengan anak-anak, kempis poket cik abang lagipun dalam negara pun tak habis pusing lagi, explore dulu puas-puas.

Colmar Tropicale terletak di Berjaya Hills Resorts, Bukit Tinggi Pahang Darul Makmur. Dengan ketinggian 2,600 kaki dari paras laut dan dengan keluasan tanah 80 ekar tanah hutan sudah cukup untuk membina sebuah kota dengan gaya ala perkampungan di France. Pembinaan kawasan ini di ambil dari aspirasi kawasan bandar sebenar Colmar di Alsace, Perancis dengan mengambil elemen-elemen kawasan persekitaran perkampungan lama seperti Riquewihr, Turckheim dan Kayserberg.

     


Kami sampai di sana pada pukul 3petang. Anak-anak dah seronok sangat dan tak sabar-sabar nak sampai kerana malam sebelumnya dah tunjuk kat anak-anak di internet lokasi yang akan di tuju. Bayaran masuk akan dikenakan sebanyak RM 12 seorang. Sesampainya kami di sana, saya seperti biasa akan bersama anak-anak meninjau persekitaran sementara suami sibuk uruskan pendaftaran masuk. Sempat juga bergambar sebelum masuk ke bilik.

                       


Bilik yang kami dapat bertentangan dengan lobi resort, memang sangat indah permandangan dari sini. Bilik ini mempunyai 2 bilik dan dua bilik air, ruang tamu dan juga dapur. Amat selesa dan sangat cantik hiasan dalamannya.

  

ruang tamu yang luas


master bedroom yang besar dan selesa

bilik air dengan kemasan yang cantik

ada bathtub idaman Danish...hehe

second bedroom 

kitchen yang kemas dan simple

rehat sambil menonton tv atau music dari luar

pandangan dari balkoni 



dari menara


terasa benar-benar berada di Perancis


kawasan belakang menghala ke kolam renang









Waktu petang hari itu kami habiskan masa berjalan-jalan sekitar kawasan yang indah ini. Taksubnya dengan senibina dan senihiasan kawasan persekitarannya. Memang indah dengan suasana sejuk segar kawasan tanah tinggi ini sungguh menyegarkan dan seolah-olah diri memang berada di luar negara.



bermain bersama swan hitam dan putih



   



Setiap sudut kawasan resort ini memang indah dan kita akan merasakan ingin mengabadikan kenangan diri kita di setiap sudut itu. Tidak jemu memandang dan merasai keindahan kota buatan ini.






    









keseluruhan kota dari menara

Di waktu malam lagi bertambah indah dengan sinaran lampu dan suasana meriah dengan para pengunjung yang menanti pertunjukan yang akan diadakan. Pertunjukan itu ditarikan oleh penari yang berpakaian agak seksi sikit jadi tak payah la saya letakkan gambarnya ya. Anak saya dah tarbiah dah.... "kenapa kita tengok perempuan menari tanpa tutup aurat". Allahuakbar.....sabar je lah hihi. Macam ada pesta tari menari di istana dengan kehadiran seluruh rakyat jelata, macam cerita cinderella tu...hihi berangan jap...










     

Esoknya pagi-pagi kami dah bersiap-siap untuk meneruskan misi menjelajah persekitaran kota ini. Jangan buang waktu berlengah-lengah, jom cepat.... suasana agak lengang mungkin masing-masing masih diulit mimpi dalam sejuk pagi ini. Yelah memang sedap kalau berselimut, tak sedar nanti dah tengahari. Rugi...rugi..jangan buang waktu. Manusia dalam kerugian kalau bangun dah dinihari, kan???  

 


   





Kami bersarapan dulu, mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya. Perkhidmatan shuttle disediakan untuk memudahkan para pengunjung menuju destinasi -destinasi piihan seterusnya. Sementara menantikan ketibaan shuttle tersebut, apalagi posing time la. Tak puas lagi ni ....


Jambatan yang menyambut kedatangan tetamu




    

Dania buat muka comel....

taman berhampiran....


sabar menanti shuttle tiba










sampai ngantuk menunggu....


beratur, jangan berebut...

Jeng...jeng...jeng... dah sampai..... jom kita pergi ke destinasi seterusnya.... JAPANESE VILLAGE


kena daki dulu...tinggi tau.... letih


selamat tiba...belum masuk lagi...

Opah dah keletihan mendaki tadi....hehe

suasana taman ke Japanese Village


disusuri oleh taman air yang indah

terdapat ikan Kap peliharaan

nampak tak perempuan berkimono di pondok itu
Di dalam Japanese Village ini terdapat beberapa pondok yang bertujuan untuk para pengunjung bergambar dan juga berehat. Beberapa orang yang siap berpakaian tradisi Jepun, kimono berjalan-jalan sekali sekala, mungkin para pekerja bagi menampakkan suasana kedesaan Jepun. Terdapat juga satu pondok untuk pengunjung merasai terapi urutan ala-Jepun. Perkhidmatan tersebut akan dikenakan bayaran tetapi saya tak sempat nak merisik berapakah bayarannya. Disediakan juga Coffee House untuk menghilangkan dahaga.

Difahamkan di sini kita akan berpeluang untuk merasai suasana dan turut dapat menyertai upacara minum teh Jepun lengkap berpakaian kimono lagi dengan bayaran RM 28 sahaja. Pakailah selama mana sekali pun dan bergayalah dengan gaya apa pun di kawasan kedesaan Jepun ini. Wah satu pengalaman baru tuh.... mungkin orang yang berkeliaran lengkap berkimono tadi tuh adalah antara pengunjung yang ingin merasai suasana ini.


terasa nak pakai kimono plak.........

teruja lihat ikan yang besar itu....

boleh di raba ikan ni...huish bestnya

jom duduk sekejap...penat la


Di kawasan ini kita akan disajikan dengan bunyi kicauan burung dan siulan serangga serta bunyi derusan air yang mengalir. Ikan Kap yang sangat jinak dan cantik berwarna-warni menghiburkan pandangan mata setelah penat mendaki. Ikan Kap tersebut berenang jinak di air cetek sehinggakan kita akan dapat menyentuhnya dengan tangan. Sungguh seronok anak-anak saya bermain di kawasan ini sementara saya duduk di pondok berhampiran menghilangkan lelah.





ni silap aribulan kalau baring boleh terlena terus ni....



namanya pun pondok menunggu.... tunggu sekejap

lubang tu untuk apa tak tau....

seronok juga .....

ni pondok di mana cenderahati di jual..


batu-batu ditumbuhi lumut yang cantik.... 


ni ke restoran berhampiran dan taman tp pokok dah mati

Setelah puas berjalan di kawasan ini akhirnya kami ke restoran berhampiran untuk membeli air. Dahaga sungguh berjalan dan mendaki, kalau tahu begini pengalaman yang perlu di tempuh, dah pasti saya akan siapkan bekalan air mineral dan sedikit jajan untuk anak-anak. Berhampiran restoran ini terdapat taman bunga tapi sayang banyak pokok-pokok yang sudah mati. Jadi kami terus turun menuruni bukit untuk menanti ketibaan shuttle untuk membawa kami pulang ke resort. Kami harus check-out dan pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Taman Arnab untuk anak-anak bermain bersama arnab.

Pada saya tempat ini memang indah dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berbulan madu mahupun yang telah berkeluarga.  Keindahan suasana kedesaan ala Perancis ini memang menjanjikan memori indah buat kita. Ada beberapa tempat lagi yang tak sempat kami jengah, kerana suami bergegas ingin pulang ke rumah kerana esok dah mula kerja. Cuti dah habis.........