Pages

Mango cake

KEK MANGO

Kek ni saya gunakan kek span biasa saja cuma dalamnya saya lapiskan dgn filling kastad vanilla serta buah mangga segar yang dipotong dadu. 


Kemasan luar saya gunakan whipped cream yang diputar dengan topping buah mangga segar yang diblend bersama sedikit gelatin sayuran untuk memejalkannya selepas kepingan nipis mangga di susun berbentuk bunga mawar. Juga kemasan dikeliling kek.


Hasilnya memang sangat cantik dan kelihatan sungguh menyelerakan. Tapi tak semua mangga yang akan menghasilkan lenturan yang cantik. Untuk kek ini saya menggunakan buah mangga Baganapali dari Pakistan. Kebetulan tengah musim buah mangga jadi harganya agak murah berbanding sebelumnya. Saya dapatkannya di pasar malam sahaja dengan harga RM 6 sekilo. 


Lihatlah potongan kek ini sungguh menyelerakan dan rasanya yang agak ringan dan lembut serta campuran buahan segar mangga memang membangkit selera. Suami saya memuji walaupun dia bukan penggemar kek berkrim. Tapi untuk yang ini dia memang tidak akan menolak. 

Sambal Jering


Sambal Jering

Sambal kalau takde dalam setiap hidangan orang melayu memang tak sah. Terutama untuk hidangan makan tengahari. Disebabkan itu juga orang melayu kaya dengan aneka jenis sambal selain yang paling popular adalah sambal belacan. 

Jadi untuk hari ini, saya nak share sikit pasal sambal jering. Kebetulan saya ada beberapa biji buah jering muda yang sangat sedap dan lemak pemberian dari seorang rakan. Pada mulanya saya nak membuat sambal tumis ikan bilis bersama jering. Tapi memandangkan jeringnya ada tak sampai 10 biji maka saya buatkan sambal untuk dimakan bersama ulam saja. 




Sambal Jering

Bahan- bahannya

8 biji cili api ( boleh tambah kalau nak pedas)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan. 
Segenggam ikan bilis

Kesemua bahan ni digoreng kemudian ditumbuk halus. Akhir sekali masukkan jering dan ditumbuk kasar. Boleh tambah gula utk menambah perisa. 

Siap untuk di hidang.