Bingka ni amat mudah untuk dibuat dan rasanya juga amat sedap. Boleh dihidang untuk menu minum petang atau bila2 masa sahaja. Bahan-bahannya juga mudah sahaja cuma memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang sebegitu.Jika tidak boleh juga disatukan sahaja dan terus dibakar tanpa membuat 2 lapisan.
Biskut cream crackers ini digunakan sebagai salah satu bahan yang diperlukan. Jadi eloklah juga daripada biskut kita yang terkadang tidak habis atau sudah masuk angin. Jadi tidak lah membazir daripada terbuang begitu sahaja, kan..
Bingka Cream Crackers
Bahan-bahannya;
20 keping biskut cream crackers
85gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710ml santan / susu segar
secubit garam
1 tbsp butter
1 tsp pandan emulco/pewarna hijau
1 tsp coklat emulco
1 tsp esen vanilla
sedikit bijan hitam dam putih untuk hiasan
Cara-cara membuatnya;
1. Panaskan oven dan oleskan loyang dengan butter
2. Kisar semua bahan hingga hancur (kecuali bijan dan pewarna)
3. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dengan pandan emulco dan satu lagi biarkan warna putih. Asingkan sesenduk adunan dicampur dengan coklat emulco.
4. Tuang adunan vanilla dalam loyang dan lorekkan adunan coklat membentuk marble. Bakar selama 25 minit.
5. Keluarkan dan tuangkan adunan pandan, taburkan bijan hitam dan putih. Bakar selama 45 minit atau hingga masak.
6. Tunggu sehinnga sejuk dan kemudian bolehlah dipotong.
Baiklah selamat mencuba ye dan selamat menjamu selera juga.
No comments:
Post a Comment