Tanggal 17 - 23 April 2013 kami bercuti lagi ke Jakarta dan tujuan sebenarnya ke sana adalah untuk menghabiskan masa senggang kami di sebuah pulau yang dikatakan sangat cantik. Ianya juga digelar Pulau Cinta dimana terdapat sebuah jambatan yang sangat sinonim dengan nama Jambatan Cinta. Dikatakan jambatan itu dibina atas dasar cinta antara dua insan yang duduk berasingan pulau dan penghubungnya adalah jambaan itu yang berukuran sejauh 800 meter.
Sesampainya kami ke Jakarta kami telah bermalam di Hotel Mercury di mana hotel ini berhampiran dengan Muara Angker iaitu jeti untuk ke Pulau Tidung. Jadi boat kami akan bertolak jam 9 pagi dari Muara Angke. Malam itu kami berjalan disekitar situ saja untuk mengisi perut..memasing dah tak sabar nak ke pulau keesokan paginya. Kami harus bangun awal al maklumlah Jakarta memang terkenal dengan jalan yang selalu macit...jadi kami tidak mahu ketingalan boat.
Masa memula nak menaiki boat anak-anak saya dah kelihatan tersenyum sesama mereka ... girang sangat barangkali dengan percutian ini... yelah kami akan lari dari kesibukan kota...berada dipulau yang sangat terpencil dan tenang tanpa sebarang kemajuan yang diagung-agungkan oleh kemajuan teknology zaman melenium ini,
Perjalanan menaiki boat laju ini mengambil masa lebih kurang 1jam setengah untuk sampai ke Pulau Tidung. Seperti biasa peluang yang ada kami gunakan untuk bergambar kenangan...
Saya juga turut merasakan kegembiraan dan dalam masa yang sama debaran juga bermain dibenak...adakah pulau ini benar-benar akan menggembirakan kami sekeluarga...... buat saya memang tidak menjadi masalah kerana kegembiraan buat saya adalah bilamasa saya berada disamping keluarga tercinta tidak kira walau di mana pun. Risaukan anak-anak saya... bimbangkan apa yang diharapkan oleh mereka diluar daripada apa yang ada di pulau tersebut.
Sesampainya kami ke pulau itu kami dah teruja dengan permandangan yang sangat indah dan sungguh damai sekali. Jiwa terasa tenang dan kehadiran kami disambut oleh senyum manis penduduk setempat. Kami telah membuat tempahan awal jadi setibanya kami di sana, kami telah ditunggu oleh seseorang dan membawa kami terus ke rumah penginapan. Rumah tumpangan Enjoy dan pembantu kami di sana bernama En. Windy....budak muda yang sangat lembut dan baik orang nya..
Ini adalah permandangan dari rumah penginapan kami, disediakan tempat rehat dan tempat barbeque menghadap laut yang telah diempang bagi mengelakkan ombak kuat. Jadi memang sungguh damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Lihatlah sendiri.... cantik kannn
Kami sekeluarga berehat di situ sementara menanti matahari terbenam.
Petang itu kami benar-benar menikmati keindahan pulau tersebut sementara mentari terbenam dan malamnya kami akan berbarbeque di situ....
Subuh-subuh seusai solat subuh kami bersama menaiki basikal atau sepeda bilang penduduk setempat menyusuri jalan terus ke arah jambatan cinta. Sempat juga anak terjun laut berkubang... hehe
Kami juga pergi ke satu tempat yang diberi nama saung dimana tempat itu telah cantik dihias dan pantainya juga tenang tanpa ombak. Ada kedai kopi dan juga pondok kecil di pinggir pantai tempat berehat.
Selepas itu kami dibawa ke tengah laut untuk aktiviti snorkeling tapi hairannya...di tengah-tengah itu airnya cetek dan terdapat terumbu karang yang cantik...subhanallah...indahnya. Anak-anak pun seronok menyelam dan saya juga tidak risau kerana airnya tidak dalam walaupun ditengah laut.... pelikkan.???
Kami tiba ke pantai semula selepas aktiviti snorkeling waktu itu sudah hampir hujan, tapi sebaik kami tiba tiada hujan yan turun malah cuaca kembali cerah dan kami meneruskan aktiviti menaiki banana boat. Saya hanya jadi pemerhati saja kerana Dania waktu itu sangat kecil untuk turut serta.
Setelah puas beraktiviti malam harinya kami hanya duduk dirumah penginapan dan saya memanggil tukang urut ke bilik...sementara mereka yang lain bersantai di tepi pantai.... keesokkan paginya kami lagi sekali ke Saung untuk mandi manda sebelum pulang jam 1 petang....
Begitulah berakhirnya percutian kami di Pulau Tidung...pulau yang sungguh mendamaikan. Saya bisik pada suami...saya ingin datang lagi ke sini...rasa tidak puas menikmati suasana pulaunya....harap umur saya panjang dan jika diizinkan Allah saya mahu ke mari lagi bersama family...waktu itu pasti anak2 telah menginjak dewasa. Kami akan menyusuri memori ini sekali lagi...in shaa allah.
No comments:
Post a Comment