Pages

APAM POLKA DOT


Apam Polka dot...apam ni masa mula2 diperkenalkan oleh adik ipar saya...masa tu memang saya tak pandai membuat kuih muih tu...takde kerajinan langsung nak memasak kerana takur tidak menjadi dan pembaziran pulak yan dapat. Sudahla penat kita tidak berbaloi, terbazir plak kan..elokla pendam aje niat nak membuat kuih tu tapi bila adik ipar saya tunjukkan pada saya hasil tangannya saya terasa tisak;lah susah sangat agaknya nak membuatnya sebab saya kenal adik ipar saya tu....kalau dia boleh masakan saya tidak...wah rasa tecabar pulak dalam diri...hihi



Apam ni tampak cantik sangat dan selepas saya mencuba dan belajar teknik2 untuk menghasilkan yang terbaik terus saya belajar pula design yang menarik dan pelbagai lagi rekebentuk yang bakal menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.... 


Apam ni sebenarnya sangat gebu dan dalamnya kita boleh isi inti...jem, kaya, coklat dan apa sajalah inti yang kita mahu. sangat menarik dan comel dn pelbagai warna yang memukau menikut olahan  dan kreativiti kita sendiri. Nak membuatnya pun mudah saja


Jom kita lihat resepi dahulu


APAM POLKA DOT

Bahan-bahannya

3 biji telur size A
260gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu segar / susu cair
3 tsp bakin powder
2 tsp ovalette
sedikit filling dan pewarna

Cara membuatnya

Masukkan semua bahan dalam mixer dan pukul sehingga kembang dan putih.
Susun kertas cupcake dalam acuan dan bolehlan masukkan adunan mengikut kreativiti sendiri kemudian kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

* kalau api terlalu kuat akan mengakibatkan permukaan apam akan merekah.





No comments:

Post a Comment