Tahun 2014 adalah tahun yang penuh warna warni dalam kehidupan saya. Segala suka duka, sakit pening serta baik buruk yang berlalu dalam hidup saya sepanjang tahun ini begitu memberi banyak pengajaran dalam mematangkan saya. Syukur alhamdulillah saya berjaya mengharungi setakuk lagi usia saya bersama insan tersayang serta buah cinta saya. Saya juga bahagia dengan kehadiran insan-insan lain yang terus mewarnai kehidupan saya, buat ahli keluarga, sahabat handai, kenalan dan taulan betapa saya sangat menghargai kehadiran kalian dalam hidup saya.
Tidak terhad kepada diri saya sahaja, negara juga berdepan dengan pelbagai insiden yang begitu menyayat hati. Kehilangan pesawat negara tanpa sebarang jejak, kemalangan ngeri pesawat negara kita ditembak dan juga bencana banjir yang paling buruk pernah berlaku. Pelbagai lagi insiden yang berlaku sepanjang tempoh tahun 2014..... biarlah semuanya berlalu. Saya tak mahu menoleh ke belakang lagi dan saya tak mahu mengenangkan perkara yang menyedihkan saya. Saya mahu pandang ke hadapan dan lalui kehidupan saya dengan bahagianya. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki saat ini dan moga Allah kekalkan apa yang saya miliki ini dan tambahkanlah lagi kasih sayang antara sesama kami.
Jadi, bagi memulakan tahun baru kami telah memilih satu destinasi, sebetulnya ini kali kedua kami sampai ke sini tapi berbeza dengan kali ini kerana saya membawa kesemua anak-anak saya dan juga beserta seorang teman lama yang sekepala..... wah kami benar-benar menikmati percutian kali ini terutamanya anak-anak saya kerana sebelum ini saya kemari tanpa mereka.
Kami bergerak pada 31hb Disember 2014 dan singgah bermalam di rumah Mami iaitu makcik kepada suami saya yang tinggal di Chemor. Jadi malam tahun baru kami tiada percikan bunga api hanya suasana kampung yang sunyi dan sepi.
Keesokannya selepas solat subuh kami bergerak ke utara dan kami tiba di Hatyai lebih kurang dalam pukul 3 ptg. Sebelum tu kami singgah di sebuah Mall untuk makan tengahari dan memborong Victoria Secret"s beberapa botol.
Kami tingal di hotel Lee Garden betul-betul ditengah-tengah pekan dan dikelilingi oleh gerai makanan. Kami berehat sebentar melepaskan penat dan petan nya kami ke Pasar Terapung syurga makanan di sana...kami menaiki tut tut aje dan lebih mudah kerana tidak mahir dgn kawasan setempat. Jadi kesempatan yang ada kami gunakan untuk berposing.
Di pinggir sungai itu memang rata-rata hanya menjual makanan dan minuman saja, kami berjalan menyusuri jalan lain terdapat gerai-gerai menjual pelbagai barangan lain termasuk kraftangan. Saya tertarik pada gerai yan menjual hiasan dari daun pandan. Pantas sungguh aunty tu menganyam daun pandan dan menghasilkan jambangan bunga mawar. Sempat juga saya belajar...haha balik nnt buatla ye...daun pandan punyalah banyak di rumah saya tumbuh segar.
Lihat sajalah kegembiraan diwajah anak-anak... dengan berlatarbelakangkan pasar terapung tu.
Kami bergerak pada 31hb Disember 2014 dan singgah bermalam di rumah Mami iaitu makcik kepada suami saya yang tinggal di Chemor. Jadi malam tahun baru kami tiada percikan bunga api hanya suasana kampung yang sunyi dan sepi.
Keesokannya selepas solat subuh kami bergerak ke utara dan kami tiba di Hatyai lebih kurang dalam pukul 3 ptg. Sebelum tu kami singgah di sebuah Mall untuk makan tengahari dan memborong Victoria Secret"s beberapa botol.
Kami tingal di hotel Lee Garden betul-betul ditengah-tengah pekan dan dikelilingi oleh gerai makanan. Kami berehat sebentar melepaskan penat dan petan nya kami ke Pasar Terapung syurga makanan di sana...kami menaiki tut tut aje dan lebih mudah kerana tidak mahir dgn kawasan setempat. Jadi kesempatan yang ada kami gunakan untuk berposing.
Sesampainya kami di sana, suasana riuh orang ramai sudah mula berkunjung ke pasar tersebut. Kami masih berjalan sambil bergambar sambil melihat-lihat makanan yang dijual sebetulnya masih memikikan apa yan inin dijamah di sana. Semua makanan yang dijual disitu semuanya kelihatan lazat dan cantik memang menggamit selera kita. Perahu yang bersusun dipinggir sungai itu menanti dengan juadah yang terhidang indah.
Kami beli saja apa yang sempat kerana orang terlalu ramai dan berebut-rebut tempat duduk kemudian kami berjalan lagi melihat-lihat disekitar sambil bergamba kenangan. Sekejap saja hari sudah menginjak senja dan beransur gelap.
Disebelah kiri adalah lemang kecil ...Dania suka sungguh, kami beli extra untuk dibawa pulang. Harga juga berpatutan 3 batang hanya RM 5 saja duit kita.
Air limau ni mmg best...terasa sungguh buah limaunya dan sungguh lazat menghilangkan dahaga. Bersebelahannya pula adalah makanan daun kaduk bersama kacang, kicap, cili, udang kering dan sedikit kelapa dibungkus dan dikunyah seperti sireh. Memang sedap.
Dari sana kami pulang ke hotel semula dan malamnya kami turun keluar lagi hanya berhadapan dengan hotel itu kami dapat melihat ribuan manusia membanjiri perkarangan itu kerana gerai menjual makanan, foot massage serta persembahan gajah juga ada. Kita dibenarkan untuk menyuap gajah makan tebu dengan membeli sepekat tebu berharga RM 5 saja. Dania memberanikan diri mencuba untuk menyuap gajah...saya pula yang geli....hihi
Keesokan paginya kami ke pasar berhampiran yang sememangnya terkenal dengan barangan yang tersangatlah murah. Sempat juga kami memborong beberapa barangan...kalau nak diikutkan hati memang semua nak diambil....terhalang kerana duit je tak cukup...haha.
Lihatlah makanan yang dijual dihadapan hotel...memang seperti syurga dunia penuh dengan makanan dan semuanya lazat.
Kami benar-benar enjoy dengan trip ni dan memang akan ulang lagi ke sana sebab makanan mereka memang sedap dan sukar untuk diterjemahkan dengan kata2 hanya lidah yang dapat mentafsirkan apa yang saya maksudkan.....hehe. Pergilah dan baru tahu apa yang saya maksudkan....
No comments:
Post a Comment