Pages

Bruchetta And Brocoli Soup



Bruchetta iaitu sejenis roti keras di luar tapi lembut di dalam selalunya memang dimakan bersama sup yang agak pekat. Pertama kali saya melihat roti sebegini dihidangkan bersama sup di sebuah restoran...jadi timbul rasa ingin mencuba membuat sendiri. Ye la, saya bukan jenis orang yang rajin berjalan. Pertama kali mencuba, nampaknya berhasil. Haha terasa seronoklah juga bila berjaya menghasilkan hidangan seperti itu.

Saya gabungkan bersama sup brocoli dan memang bersesuaian kerana sup ini agak pekat dengan gabungan bersama kentang. Sesuai juga untuk kanak-kanak. Boleh juga kalau kita gabunkan bersama "cream of mushroom" ataupun "cream of chicken". Ikut citarasa sendiri...... okey mari kita lihat resepi rotinya terlebih dahulu.


Bruchetta

500gm tepung high protein
1 biji telur
220ml air
70gm shortening
1 tsp bread improver
1 paket yis mauripan

Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. perapkan selama 15 minit dan kmdn bolehlah dibentuk mengikut citarasa sendiri...Setelah itu biarkan seketika dalam 15 minit lai sebelum dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 190 degree selama 15 minit


Brocoli Soup

1 biji bawang besar holland di potong
3 ulas bawang putih
3 biji kentang
1 pokok brocoli
1 cawan air
sedikit garam
serbuk lada sulah
dan sedikit cream

Tumis bawang besar dan bawang putih sehinga layu, Masukkan kentang dan brocoli dan air. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan sebentar. Kisarkan semua bahan tadi dan masukkan semula ke dalam periuk, masukkan garam, serbuk lada sulah dan setelah mendidih tutup api. Tuang kan cream dan kacau rata. Siap utk di hidang...