Bila tiba musim buah mangga berlambak kelihatan kat pasar malam memang antara yang selalu saya terbayang adalah kek ataupun dessert yang akan dapat saya olahkan buat keluarga tercinta. Saya tak pandai sangat mencipta resepi mahupun membuat kuih yang canggih2 tapi saya suka memasak dan palin bahagia buat saya apabila hidangan yang saya hidangkan itu akan dapat menambat ahli keluarga. terasa hilang segala penat lelah menyediakannya ...
Sejak kek ini mula diviralkan di alam maya ini saya tidak akan pernah miss menyediakan kek ini bila tiba musim buah mangga ini. Paling sedap sekali apabila dapat buah mempelam yang berbau harum antara pilihan saya adalah buah mempelam Baganapali.... mmg sangat harum dan sedap rasanya selain dari warnanya yang cantik kuning keemasan.
Mari kita semak resepi yang akan saya kongsikan ini...nanti sama-sama kita boleh sediakan buat keluarga tercinta terutamanya suami kerana kanak2 kurang gemar kot dengan rasa kek ini.
Mango Cheesecake
Base:
160g biskut marie, dihancurkan
20g brown sugar
100g mentega, dicairkan
Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan base & tekan dalam loyang springform bersaiz 8 inci yang telah digris dengan mentega.
2. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk.
Filling:
A
500g cream cheese
130g gula kaster
30g tepung jagung
B
1sb jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
150g isi mangga
C
3 biji telur
D
150g uht whipping cream
Mango topping:
A
1 1/2 sb serbuk halal gelatin
60g air suam
B
1 biji isi mangga
Sedikit mango filling
50g gula kaster
80g air
Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan a hingga lembut & berkrim.
2. Satukan bahan2 B dalam blender. Kisar hingga halus. Masukkan kedalam adunan cheese tadi. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul sebati.
4. Kemudian, masukkan D & pukul hingga sebati. Tuang adunan kedalam loyang yang berisi base tadi.
5. Bakar selama 1 jam 15 minit atau hingga masak pada suhu 160C guna api bawah sahaja.
6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk selama 5 jam.
Cara2 membuat mango topping:
1. Satukan bahan A, biarkan 5 minit. Kemudian, double boilkan hingga larut sepenuhnya. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan A & kisar hingga halus. Letak dalam mangkuk. Masukkan larutan gelatin tadi, gaul rata guna handwhisk.
3. Keluarkan kek dari peti sejuk. Tuang mango topping atasnya. Susun kepingan buah mangga yang telah dipotong nipis membentuk seperti bunga mawar bermula dari bahagian tengah kek. Ulang sehingga habis ke bahagian tepi kek. Sejukkan semula hingga topping mengeras baru dipotong.
No comments:
Post a Comment