Pages

Biskut Bunga Cina

                                            


Biskut bunga cina ini anatara biskut lama yang menjadi kegemaran ramai sehingga kini. Namanya mungkin tidak sepopular biskut Dahlia tapi ianya unuik dengan rasanya yang sedikit berbeza walaupun mempunyai rekabentuk yang hampir sama.

Seperti biasa saya ambil resepi lama ini daripada buku resepi lama mak, memula melihat pada bahan2nya saya rasa seperti kurang berminat tapi bila mak kata ianya sedap dan sangat rapuh dan gebu, saya tertarik untuk mencuba. Oleh kerana ini adalah resepi lama, maka sukatan bahan2nya adalah dengan sukatan cawan.



Saya memang saya kurang puas jika ianya bebentuk bunga tapi tanpa daun, maka saya terapkan bentuk daun bagi menambah keserian biskut ini.

Sebelum tu kita lihat dulu resepi biskut ni:-

Bahan2nya:-

2 cawan tepung ubi
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega
1/2 tsp baking powder
2 biji kuning telur
susu pekat secukupnya

Cara2nya:-

1. Pukul gula dan mentega sehngga gebu
2. Masukkan kuning telur dan gaul sebati
3. Masukkan tepung yang telah di ayak terlebih dahulu. Sebatikan
4. Uli bersama susu pekat manis sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Bolehlah dibentukkan bunga menikut kreativiti masing2.
6. Bakar dengan suhu 160 degree selama 20minit.



Selamat mencuba dan pasti anda akan suka akan kelainan rasanya.