Saya memang penggemar kuih ataupun biskut yang berperisa dan beraroma kelapa. Tambahan pula kalau dicampurkan sekali didalan adunan...memang saya takkan menolak ...hehe
Alkisah resepi ni saya mencari hasil google sahaja setelah saya asyik teringatkan akan rasanya. Banyak resepi biskut yang saya jumpa cuma inaya tidak menepati citarasa saya. Saya rindukan resepi ini kerana rasanya yang asli dan tidak berlebih2. Resepi orang dulu2 simple tapi sangat sedap, gebu rapuh dan berlemak rasa kelapa panggang tu.
Al kisah biskut ni bermula dari saya berkunjung ke rumah seorang teman lama di penghujung Syawal beberapa tahun yang lalu. Biskut di rumahnya kebanyakannya telah habis dan hanya berbaki biskut hasil airtangan ibunya ini sahaja. Dia menjamu saya setelah memohon maaf tiada apa yang dapat dijamu kepada saya. Tak mengapa laa, saya datang hanya untuk bersilatulrahim sahaja dan kunjungan saya juga agak mengejut. Sambil berbula saya jamah juga biskut ini, dan makkk aaiiii sedapnya. Lama dah saya tak rasa biskut sebegini, dulu mak ada buat tapi katanya dia terlupa resepinya.
Saya pulang dari rumah nya bersama kenangan dan memory akan rasa biskut ini tanpa sempat bertanya resepinya. Dan pada 2 tahun lepas, setelah saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya, maka banyak masa terluang yang dapat saya gunakan untuk mengasah skill memasak saya dan mencuba resepi kegemaran saya, makanya saya terus teringat akan biskut ini. Alhamdulillah, saya temui resepi biskut yang saya minati.
Jadinya sebelum saya kehilangan resepi ini , saya coretkan di sini untuk rujukan sendiri di masa akan datan juga buat anak2 tersayang.. Ini adalah biskut kegemaran mama.
Resepi Biskut Kelapa Legend
1 1/2 cawan majerin/planta
1 cawan gula mesin
1 biji telur
secubit garam
1 1/2 cawan kelapa parut disangai perang( beli siap tak sedap ehh)
1 tsp esen vanilla
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
caranya:-
1. Pukul majerin dengan gula hingga sebati)tak perlu kembang)
2. Masukkan telur, garam dan esen vanilla
3. masukkan teppung dan uli hingga jadi doh lembut
4. canaikan doh dan terap dengan acuan
5. Sapukan permukaan biskut dengan kunin telur dan boleh dihias dengan roasted coconut flakes.
6. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 120 degree
No comments:
Post a Comment