Kek minyak ini adalah antara kek kegemaran anak-anak saya. Kek ini memang sedap lembut dan gebu serta cantik dgn olahan warna pelbagai mengikut citarasa dan juga dengan pelbagai perasa. Cara penyediaannya mudah dan ringkas tetapi kena teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
tergodakan dengan warna dan kegebuannya.....!!?? |
Saya sebetulnya mula tertarik dengan kek ni melalui laman sosial Facebook... dikatakan kek yang sangat mudah untuk disediakan dan dengan menggunakan periuk Noxxa pun boleh dapat hasil yang menarik jadi satu mula mencuba. Tapi waktu itu saya tidak berapa sukakan hasilnya sehinggalah saya terbaca melalui blog kegemaran saya iaitu Kak Azlita Masam Manis teknik yang betul dan akhirnya saya terus jatuh cinta dengan kek ni.
tengoklah Dania bukan main suka sangat bila kek ni siap...tak sabar nak makan...hehe |
Kek ini bukan sahaja menjadi kegemaran anak anak saya malah adik beradik dan keluaga mertua juga menyenanginya.... jom kita semak resepi dan teknik yang betul untuk menyediakannya...
KEK MINYAK
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment