Pages

DAGING MASAK KICAP




Tugas seorang ibu ni, kadangkala meletihkan sebab kerja nya tak pernah habis, kena selalu buat overtime dan tiada cuti, cuti sakit jelah itu pun untuk beberapa jam aje...... Walaupun penat tapi masih boleh tersenyum lagi sebab dengan melihat telatah anak-anak dan soalan cepumas mereka, membuatkan ianya menjadi satu hiburan dimalam hari tatkala nak melelapkan mata. Soalan cepumas biasanya datang dari Danish la. Ada saja nak nak dikatakan dan ditanyakan, jawab salah tak jawab pun salah. Salah jawab nanti akan kena kat diri sendiri balik..... hehe




Kesibukan kerja harian dan melayan kerenah Dania kadang-kadang tak menang tangan saya untuk menyiapkan semua kerjarumah. Jadi kalau itu berlaku saya akan masak lauk yang paling mudah dan berkhasiat lengkap serta cepat. Antara menunya adalah DAGING MASAK KICAP.

Tahu kenapa? Masak hanya satu lauk ini sahaja dah lengkap segala keperluan harian,. Daging , kentang dan sayur (kadang-kadang saya bubuh carrot dan tomato )sedikit..... oklah tu. Mama tengah penat ....

Bahan-bahannya;

500gm Daging -dipotong nipis
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili masak - diricih nipis
Daun bawang untuk hiasan




Bahan untuk menumis:

1 tsp jintan manis
1 tsp jntan putih
1 tbsp lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Kesemua bahan ini hendaklah dikisar halus.



Kita juga perlukan :

1tbsp cuka
1tbsp sos tiram
2tbsp kicap pekat




  1. Mula-mula tumiskan bahan yang telah dikisar halus tadi
  2. Kemudian masukkan ubi kentang, hirisan bawang dan cili masak
  3. Waktu ini bolehlah dibubuh garam dan gula. Biarkan seketika
  4. Kemudian masukkan daging beserta kicap, sos tiram dan cuka
  5. Tambahkan sedikit air, gula dan serbuk perasa.
  6. Biarkan sehingga daging dan ubi kentang empuk.
  7. Setelah masak bolehlah dihiaskan dengan daun bawang untuk memberi warna hijau pada juadah anda.





 Masak lauk ni senang sebab semua boleh makan, suami dan anak2 pun suka termasuk Dania juga. Tak pedas hanya terasa panas lada hitam tu je. Jadi inilah lauk ringkas dan pantas...tetapi lengkap.!!!

No comments:

Post a Comment