Macaron .. manisan comel berwarna warni yang berlapis antara dua cookies yang seperti roti burger dan ditengahnya dilapisi chocolate ganache, cream atau jem. Sangat cantik di pandang dan terasa ingin menjamahnya hanya kerana warnanya yang begitu menangkap pandangan mata. Pelik, tetiba sahaja macaron ni macam meletup aje di pasaran. Kenapa ya? Rasanya pastilah sedap tapi terlalu manis bagi saya cuma kalau diambil bersama secawan nescafe tanpa gula, memang kena......
Oleh kerana kecomelannya itulah juga membuatkan saya ingin mencuba. Saya memang tak selalu keluar jadi untuk membeli memang jangan mimpilah, ditambah pula dengan sikap suami yang tak berapa mahu mencuba jadi adik ipar saya telah mencuba membuatnya. Saya bergegas untuk merasa ......... hahaha tapi tak tahu apakah itu rasa yang sebenar. Dia juga tak pernah merasa hanya membayangkan sahaja. Jadi saya mencuba dengan menggunakan meringue sahaja. Rangup.... kata suami dan dia sukakannya tapi macaron sebenarnya ada dicampurkan serbuk badam.. ....hmmm
Akhirnya, biras saya belikan khas untuk saya, merasa buat pertama kalinya pada Syawal 2011. Arghhh..... saya sudah tahu rasa sebenarnya dan ...... saya mula mengikuti di laman web.. Pelbagai tips dan petua yang diberikan untuk mendapatkan macarons yang cantik dan beberapa kali juga saya mencuba dan banyak kali juga saya kecundang dan akhirnya...jeng...jeng...jeng..... saya berjaya Yeayyy
Dlm proses membakar.... |
Gembiranya rasa berbunga-bunga sebab dapat kaki yang seksi itu ... itu yang mahal. |
Resepi
FRENCH MACARON
Bahan-bahannya
80gm putih telur
65gm gula castor
140gm gula icing
80gm serbuk badam
Caranya:-
- Pukul putih telur sehingga kembang
- Masukkan gula castor dan terus memukul
- Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga menjadi meringue
- Kemudian masukkan serbuk badam dan kacau sebati dgn kaedah kaup balik
- Dan juga bolehlah diwarnakan mengikut warna kegemaran..
- Adunan tadi dimasukkan ke dalam piping bag, tebukkan hujungnya dan bolehlah picitkan sebesar syiling 50 sen di atas kertas yang telah dilapikkan di dalam loyang pembakar. Pastikan adunan tadi jatuh merata dan tidak bermuncung di permukaannya.
- Biarkan adunan tadi mengering selama lebih kurang 1 jam atau sehingga bila disentuh dengan hujung jari dan ia tidak melekat di jari kita.
- Bolehlah dibakar dengan suhu 120 degree selama 30 minit .
- Biarkan sejuk dan lapiskan dua keping macaron dengan inti kegemaran anda.
No comments:
Post a Comment