Pages

Famous Amos Cookies





Biskut Famous Amos..... hhmmm sape yang tak tahu pasal biskut yang sangat sedap dan menggiurkan ini. Pada penggemar biskut dan coklat, ini adalah kombinasi yang paling hangat, sesiapa yang lalu sahaja di kedai atau booth cookies yang glamour ini pasti akan tergoda untuk membeli. Rasanya yang lazat itu membuatkan kita tidak sedar mengunyah biskut ini tanpa henti. hehe tapi pada yang kurang kemampuan ..... hhmmm kenalah menahan nafsu sebab harganya yang sangat mahal...... rasanya harga biskut ini dengan berat 100 gram mencecah RM 5.00. Itupun adalah dalam 7-8 ketul je, tak aci kan? Sikit sangat .... jadi adalah lebih baik kita buat sendiri aje... boleh makan banyak-banyak pada bila-bila masa sahaja.... kannn??? huhu

Minum petang bersama kopi O panas.....mmg yummy


Biskut ni mmg tak sedar je kita makan tanpa henti.....


FAMOUS AMOS COOKIES

250 gm butter
100gm shortening
100gm gula castor
200gm gula perang

2 biji kuning telur
400gm tepung red rose
50gm tepung jagung
1tsp soda bikarbonate

100gm walnut cincang
100badam cincang
300gm coklat chips
100gm kismis
sedikit esen vanilla
perisa mocha (ikut citarasa sendiri)

  1. Pukul butter, shortening, gula perang dan gula castor sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan terus memukul.
  3. Ayak tepung bersama soda dan gaulkan bersama bahan kekacang, kismis dan coklat chips.
  4. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi.
  5. Biarkan adunan lembik sedikit untuk mendapatkan biskut yang rangup.
  6. Masukkan doh yang telah siap, ke dalam beg plastik dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang dalam 30 minit.
  7. Bulat2kan doh kecil2 dan susun di atas loyang
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 20 minit.
  9. Sejukkan dan siap untuk dimakan atau disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bulat-bulatkan mcm ni aje... senang kan??

Bila dah siap semua ... pastikan sama saiz ye!!!

Operasi membakar..

Dah nak dekat masak dah ni..... warna dah keperangan sket...

Dah siap.... boleh lah ngappppp!!!!


Nak buat door gift pun sedap gak ni.... bungkus cantik2





No comments:

Post a Comment