Pages

Biskut Samperit

Biskut ini adalah antara biskut yan menjadi kegemaran Dania. Dari kecil dia memang suka sangat makan, rasanya yang rapuh dan lemak berkacang serta taburan warna warni manik tu menambah selera dia menjamah agaknya.

jujurnya saya juga suka akan rasanya, resepi mungkin telah dimodenkan kerana dari segi penambahan rasanya bersama serbuk kacang badam meman enak sekali.

Tak percaya?? Mari lihat resepinya dan cuba buat dan rasa, memang betul2 sedap resepi ini.







Resepinya:-

Bahan2nya

360gm tepung gandum
120gm tepung jagung
325gm mentega
150gm gula icing
80gm serbuk badam
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla

Caranya,

1. Sebatikan mentega dan gula
2. Masukkan bahan2 lain dan uli sehingga mendi doh yan lembut
3. Gunakan acuan dan paipkan.
4. Hiaskan dengan colorful rice sugar
5. Bakar dengan suhu 160 degree selama 15 hingga ke 20 minit menikut oven masing2.

No comments:

Post a Comment