Cantik kan???!! |
Pulau Pinang adalah antara destinasi yang paling kami suka kunjungi. Selain tempat makannya yang cukup sedap dan popular, sebetulnya ada banyak kenangan manis saya di negeri ini. Disinilah bermulanya saya belajar hidup berdikari jauh dari keluarga dan segalanya bermula di sini. Susah senang hidup hanya ada kawan-kawan saja.
Lagi satu, Penang ini adalah negeri yang telah mendapat pengikhtirafan dari luar negara selama bertahun2 lamanya sebagai negeri warisan sama seperti Melaka dengan tinggalan sejarah yang menjadi tumpuan pelancung. banyak tempat menarik dan rata-rata boleh dikatakan apa saja yang ada di Penang memang menarik perhatian saya. Salah satunya yang baru saya dapat tahu adalah Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple.
Avatar Secret Garden taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna warni seakan-akan di dalam filem Avatar. taman ini merupakan salah satu tempat yang telah diubahsuai menjadi taman mini yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-lampu LED. lampu-lampu ini akan berrtukar warna yangman hal ini akan mewujudkan permandangan yang sangat cantik dan indah.
Mungkin ramai yang masih lagi tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secreet Garden mempunyai daya tarikan sendiri. Jadi jika ke Penang jangan lepaskan peluang untuk merasai pengembaraan di dunia Avatar.
Sebetulnya saya juga baru sahaja mengetahui tentang tempat ini, memang saya dah pesan awal2 pada suami, untuk kunjungan ke Penang, saya berharap akan dapat singgah ke tempat ni. Suami bersetuju dan malam setibanya di Penang, kami sekeluarga ke sini. Agak terpencil juga tempat ni, yelah kedudukannya di dalam bandar dan agak tersorok di celah2 rumah penginapan penduduk setempat.
Rupanya ia adalah sebuah tokong Buddha yang telah diubahsuai menjadi tempat seindah itu oleh penganut agama Buddha di situ bagi mencari dana utk tokong tersebut. Caj yang dikenakan adalah RM 1 sahaja untuk setiap orang.
Taman itu tidaklah sebesar mana pun, rasanya berbaloi lah dengan bayaran yang dikenakan. Tapi kami dapat juga menikmati keindahan taman cahaya yang dihias indah persis cerita Avatar yang tengah menjadi filem box office sekarang. Berangan sekejap bila mendongak melihat lampu2 tu..hehe
Saya dan anak2 memang tak lepaskan peluang untuk mengabadikan gambar kami di taman ini.
Keseronokan yang membawa anda seolah2 di dalam alam fantasi.
Mungkin dari masa ke semasa, tempat ini akan ditambah baikpulih bagi menambah daya tarikan buat pengunjung dari hasil kutipan dana yang diperolehi. Satu usaha yang bagus buat penganutnya disamping membuat baikpulih, ianya akan menarik panganutnya lebih kerap ke tokong dan paling tidak sumbangan kepada negeri sebagai salah satu daya tarikan pelancong. Memang cantik !!
No comments:
Post a Comment