Apam Sri Ayu Pandan
BAHAN-BAHAN:
- Bahan-bahan lapisan hijau:
- 2 biji telur saiz A
- 1 cawan /200g gula kastor
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- ¼ cawan /60ml jus pandan
- ¾ cawan /190ml santan kotak
- 1 ½ cawan /190g tepung gandum
- ½ cawan /60g tepung jagung
- (**boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa tepung jagung)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- Bahan-bahan lapisan kelapa:
- 2 cawan kelapa parut
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu kecil garam halus (letak sikit-sikit dan rasa)
CARA-CARA:
- Cara-cara untuk lapisan kelapa:
- Gris sekata acuan dengan minyak masak.
- Gaul kelapa parut dengan tepung ubi dan garam halus.
- Masukkan adunan kelapa parut dalam acuan, lalu tekan sehingga padat ke dalam acuan.
- Kukus kelapa parut selama 10 minit.
- Cara-cara untuk lapisan hijau:
- Kisar halus potongan daun pandan dengan air, lalu tapis jus daun pandan.
- Masukkan santan kotak pada jus daun pandan.
- Untuk bahan kering, ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
- Adunkan telur dan gula kastor sehingga kembang serta menjadi adunan berwarna kuning pucat.
- Tambah ovallete dan sambung adun sehingga adunan menjadi putih dan pekat.
- Masukkan pewarna hijau serta adunan santan dan pandan secara berselang-seli dengan bahan ayak. Adun kesemua bahan sekejap sahaja.
- Masukkan kedalam piping bag dan paip masuk kedalam acuan kelapa parut.
- Kukus lebih kurang dalam 15 minit atau sehingga kuih kembang.
- Kemudian, keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan. Kuih Puteri Ayu siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment