Mekar mengembang bak kembangan tulip.......
Apam ni sangat sedap rasanya dengan kombinasi yogurt yang lemak-lemak masam memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Anak-anak saya termasuk Si kenit Dania tu, kalau saya buat kuih apam ni, pasti berulang kali menjengah dapur. Tak sempat nak tunggu sejuk dah lesap dalam mulut munggil dia.
Suami yang tak berapa suka makan kuih apam pun boleh tergoda melihatkan kecantikan rupa paras dan warna warni ceria apam yang bak bunga tulip yang sedang mekar menguntum.... hehehe
Saya mula berminat untuk mencuba setelah melihatkan gambar yang di post di facebook oleh seorang teman. Wah! cantik mekar kuih orang ni. Korek punya korek akhirnya dapat juga tahu resepi dari nya, dan beberapa kali jugalah merujuk balik kepadanya sebab pertama kali buat apam ni tak mahu pecah. Geram je rasa di hati. Setelah mencuba buat kali kedua barulah tahu, rupanya apam ni manja sikit, ada tricks yang perlu kita tahu untuk mendapatkan yang mekar sebegini.
Okaylah jom kita lihat bahan-bahan yang perlu digunakan...
Bahan-bahannya;
1 1/2 cawan gula castor
1 tbsp ovalette
2 cwan tepung gandum
1 cawan yogurt perisa asli
2 biji telur
1/2 tsp double action baking powder
1 tsp esen vanilla
Caranya mudah sahaja,
1 1/2 cawan gula castor
1 tbsp ovalette
2 cwan tepung gandum
1 cawan yogurt perisa asli
2 biji telur
1/2 tsp double action baking powder
1 tsp esen vanilla
Caranya mudah sahaja,
- campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan pekat macam yogurt.
- Siap untuk dikukus. Pastikan kukus cukup panas kalau tidak apam tidak akan pecah.
- Peringatan :- baking powder jangan terlebih kalau tidak apam tidak akan pecah juga
- Kukus selama 20 minit.
Mudahkan. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment