Pages

Tofu chiffon

ALAHAIIIII.........

Lembut dan gebu ..... mini tofu chiffon. Memula rasa macam pelik juga bila mendengar tofu boleh dijadikan kek tapi rasa hilang pelik bila teringatkan arwah Uteh dulu selalu ajar saya cara memakan tofu lembut ni selain dari dikukus dengan kicap cair dan ditaburi daun bawang dan bawang goreng. Satu lagi cara yang pada mulanya dianggap pelik juga oleh saya maklumlah tofu lembut ni kan mahal sedikit dari tauhu biasa jadi arwah abah memang jarang beli. Lagipun kalau beli nanti tak cukup pulak untuk keluarga saya yang besar ni. Arwah uteh ajar saya cara makan segera dan lagi menyelerakan iaitu tuang dengan susu pekat manis. Makan sejuk-sejuk...perghhhh memang sedaplah sebab saya memang suka makan tauhu. Bila makan terasa macam makan puding yang sangat lazat..... hehehe waktu tu lah, bebudak lagi, otak masih hijau...hahaha


Rupanya yang sangat mulus kan?? Tapi rasanya kalau atasnya perang dan garing ikit mesti lagi menarik

Makan satu memang tak cukup.....
 Bila tengok saja resepinya terus cuba membayangkan macamanalah agaknya rupa kek ni yea.... tapi sebut chiffon dah terbayang dah dia mesti gebu macam chiffon tu. Terus teruja rasa nak buat juga sebab stok tofu ni memang selalu ada kat rumah. Selalu campurkan dalam bubur Dania, jadi niat tu dah boleh dizahirkan dah.....

Niat asal nak buat Hokaido Cake kerana baru-bari ni pergi ke rumah adik di Klang, bercerita pasal kek tu. Memang kek ni pun saya pernah terdengar juga ceritanya konon harganya mahal, seketul mencecah harga RM 8.00. Takpelah nanti saya akan cuba juga buat kek tu dan kongsikan di sini


Isi dalam yang berbintik2 ditaburi dengan poppy seed.
 Kalau Hokaido kek indah dihiasi dengan lelehan lava kastadnya, kek ni ditaburi manik-manik poppy seed. Cuma saya rasa, lagi cantik kalau atasnya warna perang seolah-olah garing sedikit. Mungkin kerana dia dijadikan cupcake jadi tempoh memasak yang singkat tak sempat nak garingkan atasnya..... nanti saya cuba yang garingkan sedikit atasnya...



Semalam, selepas siap membakar, seperti biasa sejak dah berblog ni, saya mesti akan abadikan dulu gambar hasil jemari saya ni untuk diselitkan didalam blog ni. Yelah berkkongsi disamping untuk rujukan diri sendiri. Masa tengah snap gambar tu, anak dah tanya dah boleh makan ke? hehehe, sebenarnya saya pun nak rasa juga, tp tunggulah dulu.

Dengan gigitan pertama,mereka dah cakap dah, " Ooooo kek cheese erk?" Hhmmm memang pun rasa macam kek cheese yang selalu saya buat cuma mungkin baunya saja ada naik sikit bau tofu tu... Barulah puashati bila dah tau dan rasa kek ni. Rupanya begini rasa kek ni.....

.... boleh bayang tak rasanya dengan susu soya dan tofu ... macam cheese..

Caranya taklah renyah sangat, bahannya pun mudah saja. Untuk 12 ketul cupcake ni saya gunakan adunan 3 biji telur sahaja. Tapi kalau nak besar bolehlah doublekan saja adunan ni ye....

Resepi

Bahan-bahannya

Bhn A
  • 3 biji kuning telur
  • 20gm gula
  • 40gm corn oil
Bhn B
  • 80gm tofu (dihancurkan)
  • 40gm susu soya
Bhn C
  • 75gm tepung kek
Bhn D
  • 3 biji putih telur
  • 60gm gula
  • 1/2 tsp cream of tartar

Cara membuatnya;

  1. Pukul bahan A sehingga menjadi krim dan berwarna pucat
  2. Masukkan bahan B kacau sebati
  3. Masukkan tepung dan gaul kaup balik. ketepikan
  4. Pukul putih telur sehingga kembang
  5. Masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi sehingga menjadi putih dan gebu
  6. Gaulkan bersama adunan tepung tadi dgn kaedah kaup balik
  7. Taburkan dengan poppy seed
  8. Bakar dlm ketuhar dengan suhu 170 degree selama 40 minit. Siap.




No comments:

Post a Comment