HONEYMOON TAHUN KE -15...... PADA 27 DISEMBER - 30 DISEMBER 2011
Percutian jauh buat pertama kalinya bersama anak-anak. Sebelum ni pergi dengan kawan, mak, boss dan sekarang bersama keluarga tercinta. Teruja sangat dan tak sabar. Sebenarnya percutian ni dah dirancang sebelum saya melahirkan lagi, masa buat tempahan tiket Air Asia tu, kebetulan tengah promotion biasalah Air Asia kan selalu begitu. Berbunga-bunga je rasa dihati terutama anak-anaklah sebab mereka belum pernah naik kapal terbang. Kecuali Along yang pernah merasa tapi setakat naik jelah tapi tak bergerak masa dia jadi extra cerita Awan Dania bersama Scha Al Yahya dulu. Dari situ jugalah lahirnya nama Nur Dania Sara...hehe
Disaat-saat akhir, kami buatkan passport anak-anak dan baru masukkan nama Dania. Masa tu dia baru berusia 7 bulan. Bayangkan baby seusia Dania dah kena buat passport, kalau dulu baby masuk bawah nama ibu sahaja. Masa bergambar nasib baik dia pandai pandang camera jadi cantik saja jadinya gambar passport Dania.
Masa ni jugalah kami mula melayari internet untuk dapatkan info tambahan dan juga rumah yang selesa buat kami sekeluarga menginap. Kami merancang tak mahu bermalam di hotel, kami mahu rumah yang berhampiran dengan Jalan Dago... hanya berjalan kaki untuk ke Factory Outlet. Baru la puas bershopping dan berjalan.
Kejadian kelakar berlaku semasa kami nak berlepas. Disebabkan penerbangan pada awal pagi jadi pukul 4 pagi dah kena keluar rumah. Malam sebelumnya dah la saya tidur lewat sebab nak pastikan segala nya sempurna , yelah bawa baby ni kena hati-hati terutama ditempat orang. Ubat-ubatan paling penting. Kami tiba awal walaupun berhenti bersarapan di Dengkil. Sesampai di sana, masyaallah ramai nya manusia. Macamana nak check -in ni. Adoii...saya mula menggelabah, Perut dah sakit. Tegur orang depan barisan saya, minta potong line. Tapi masih panjang, tetiba dimaklumkan computer down. Ya allah. Saya ke kaunter terus, staff tu kata kalau boleh dia akan cuba sedaya upaya sebab katanya kami dah terlewat sangat. Saya jadi kecut, pandang wajah anak-anak yang dah teruja sangat nak pergi. Ya Allah tolonglah kami. Tetiba dia kata okay puan boleh terus ke pesawat, dah last call. yahooo... berlari sambil gendong Dania, mak penatnya, subuh-subuh saya dah berpeluh. Masuk dalam pesawat saya keletihan. Danish dan Danial tersenyum aje. Syukur alhamdulillah.
Dalam pesawat Danish dan Danial sibuk tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Awan yang berkepul dan berarak seolah melihat lautan yang luas. Baru mereka kagum. Perasaan inilah yang saya risaukan tadi, kalau terlepas tadi pasti mereka takkan dapat bayangkan bagaimana rupa awan dari dekat. Kapal terbang bergegar pabila berlanggar dengan awan.... heheh saya sayu melihat keletah mereka.
Setibanya di sana, saya dah hilang penat kerana puas tidur dalam pesawat. Dania juga tak banyak ragam. Senyum saja dengan muka tembamnya. Kami menjamu selera dulu dilapangan terbang sebelum menaiki teksi terus ke Rumah Ebo, guest house tempat kami bakal menginap. Bagaimanalah rupa rumah itu. Ianya terletak di
Jl. Imam Bonjol 27 – Bandung 40132 – West Java – Indonesia
website : rumahebo.wordpress.com
Mula-mula melangkah masuk saya dah suspen, yelah baru je menonton filem box office di Astro pasal Pocong Ngesot di Indonesia. Rumah mereka seperti itu hahaha dah seram, suami kata, takpelah nak pindah ke hotel ke? Saya memilih untuk terus menginap di situ kerana saya tak mahukan hotel lagipun last minit booking pasti susah. Tekad kerana mahukan kelainan... jeng... jeng... jeng.....
|
laman yang dikelilingi bilik-bilik tetamu |
|
laman selesa untuk anak-2 berehat dan bermain |
|
suasana laman di depan bilik |
|
keliling taman tu ada longkang yg dipenuhi ikan. |
|
dlm longkang ada kura-kura |
|
ni ikan yang dipelihara kat dalam longkang |
|
danish main nyorok2 dgn angah kat sini |
|
depan rumah ada kedai runcit comel ini |
|
dihadapan rumah |
|
petang ada kuda utk anak2 jalan2 - depan rumah tau |
|
duit abis kat sini je beli jajan...ada maggi siap masak juga + kopi |
|
anak2 boleh main kat tepi jalan - dekat pdg bola |
|
macam rumah opah dia pulak dibuatnya.. |
|
pokok di halaman |
|
bersantai di balkoni menunggu maghrib |
|
laman hadapan yg luas |
|
lobby mcm ruang tamu rumah |
|
makan kat taman depan bilik |
Sangkaan saya meleset, rupanya rumah itu sangat selesa dan tenang. Terasa suasana seperti di rumah sendiri. Wah!! ini lah yang saya mahukan. Petangnya berjalan kaki ke factory outlet. Tak sampai 10 minit berjalan.
|
jalan kaki ke factory outlet Jalan Dago |
|
gerai comel di pinggir jalan. |
|
merata ada, musim durian kot |
|
dah sampai.... |
|
sapa tak nak naik ojek boleh naik kuda..hihi |
|
shopping lagi malam hari |
|
sambil menunggu mama abiskan duit papa.. |
Terus cari makanan, beli tepi jalan, of course nasi dan pecelele favorite hubby dan ayam penyet.....kenyang dan alhamdulillah.
|
tak sabar nak makan |
|
penjual macam Ariel Peterpan ..... haha |
|
makan kat laman waktu malam sambil buka baju.... |
|
ikan mas pun makan.... |
|
Danish ketawa baca ni.... tak nak bontot katanya geli |
|
tak nak ojek boleh naik kuda.... |
Esok nak jalan, dah tanya kereta sewa di Rumah Ebo, hanya RP 400,000 untuk berjalan satu hari. Pagi-pagi lagi supir dah tunggu depan rumah. Lepas sarapan (yang disediakan) kami berangkat menaiki 4WD Suzuki. Amat selesa dan yang paling penting kita tak payah nak susah berangkut sana sini. Bawa barang baby, chartered kereta satu hari...senang.
Destinasi pertama ke Tangkuban Perahu.... lokasi gunung berapi yang masih lagi aktif.
|
Cantik kan?? |
|
Masing-masing kesejukan dan terhoyong hayang ditiup angin. |
|
Punyalah sejuk, rasa nak berpelukan antara satu sama lain... |
|
Sayup pandangan dikelilingi gunung berapi |
|
Dania seronok sebab berangin kuat |
|
Danish tak boleh kontrol badan sendiri.... kena paut |
Sesampai di sana...anak2 dah teruja. Turun dari kereta lagi teruja, rupanya cuaca redup baru lepas hujan. Agak berkabus, angin bertiup kencang dan sangat sejuk. Alamak, Papa, Danial dan Danish pakai seluar pendek...hahaha terketar-ketar. Tak sangka pula sejuk sampai macam tu sekali. Dulu masa datang dengan mak takde pula sejuk sampai ke tulang hitam. Dulu siap boleh turun sampai ke lurah lagi. Tapi hari kami pergi ni tak boleh turun, kabus tebal dan jalan licin. Yelah sebab ia melalui denai hutan...bahaya.
Kami hanya bergambar di puncak sahaja. Sayup mata memandang permandangan gunung berapi disekeliling kami. Indahnya ciptaan Allah. Terhoyong hayang kami semasa ambil gambar ditiup angin yang sangat kuat menambahkan lagi kesejukan.
|
angin yg kuat sampai saya nak terjatuh.... |
|
memang seronok berada di sini... |
|
Dania menjilat kesejukan angin yang kuat...hehehe |
|
punyalah ramai orang kat deretan kedai di puncak tu.... |
Seronok berada di puncak tu, rasa macam nak berlama-lama pula tapi banyak lagi tempat nak dituju, Kasihan kay suami dan anak2 yang berpakaian singkat kesejukan lagi....hehe sejuknya, macam kat Fraser Hill pula rasanya...bezanya kat sini sejuk lebih sikit oleh kerana angin bertiup kencang terutamanya di pinggir lurah gunung berapi tu. Rasa macam nak terbang......tudung dah berkibar macam bendera dah...
|
penjual yang mengekori kami paksa beli strawberry... |
Di mana-mana ada saja penjual. Yelah mereka tiada pekerjaan lain. Kepadatan penduduk Indonesia memaksa mereka untuk bertindak agresif dan kreatif untuk mendapatkan rezeki. Peniaga mengekori kami seolah-olah memaksa untuk beli barang dagangan mereka, akhirnya sempat juga kami sambar strawberry yang sangat manis tapi rupanya dah dicelupkan air gula.... takpelah at least mereka berniaga.
Hhmm... yang Dania pakai ni topi sekali dengan bag dari bulu arnab katanya, beli jugalah selepas mereka merayu-rayu kepada kami supaya membeli. Setelah tawar menawar kami beli juga dengan harga RM 15 untuk topi ni dan bagnya sekali. Okeylah juga....taklah mahal sangat.
Ini sebelum kami meniggalkan Tangkuban Perahu, dipinggir gunung tu terdapat pokok-pokok kayu yang hanya mempunyai batang tanpa daun. Difahamkan pokok tersebut jadi sedemikian rupa kerana terkena asap dan lava gunung berapi, jadi daun-daunnya tidak mahu tumbuh walaupun pokok itu masih lagi hidup....cantik sangat. Ciptaan Allah...subhanallah.
Destinasi seterusnya ialah ke Ladang Teh berhampiran....
|
sesegar angin bertiup, menyejukkan pandangan mata... |
Ladang Teh mereka tidaklah luas sangat, tak macam Cameron Highland. Tapi cukup indah dan damai dengan suasana tenang dan udara sejuk segar. Air paip yang keluar pun macam air batu, sejuk segar je rasanya.
|
gerai berhadapan ladang teh |
Ditepi ladang tersebut terdapat daun-daun teh yang sedang dijemur kering menggunakan cara lama. Hanya dibiarkan kering dengan cahaya matahari je, tak mcm Cameron Highland, ada kilang yang memproses daun teh. Tak banyak pun hanya cukup untuk kegunaan sendiri barangkali.
|
pembuatan teh tradisional |
Berhadapan terdapat gerai makan yang sangat unik. Berdindingkan anyaman seperti tikar mengkuang, dengan style duduk bersila ala-ala restoran Jepun serta hidangan yang disajikan hanya makanan ringan, kuih-muih dan dessert saja bersama kopi. Tiada hidangan berat.
|
ni best... pisang kukus parut keju aje.... walla sedap. |
Kemudian kami ke Ladang Strawberry dan Nursery bunga.....
Dalam perjalanan terdapat deretan kedai buah-buahan yang tersusun rapi...... paling banyak buah nenas dan labu kuning. Yang hijau tu buah avocado atau kat sana mereka panggil alpokat....besar-besar geram sangat...teringat jus alpokat yang lazat dan creamy tu....slurrrpppp
|
nursery bunga berhadapan ladang strawberry |
|
boleh petik sendiri...bukan gratis dong hehe |
|
cafe |
Sama seperti di Malaysia juga, buah strawberry boleh dipetik sendiri, di cafenya ada dijual jus strawberry, ice cream strawberry, teh strawberry...segalanya strawberry..... Tapi keripik strawberry nya nggak ada..... hahaha.
Berhadapan ladang strawberry ni terdapat nursery pokok bunga, difahamkan oleh pekerja kat situ, bunga-bunga dipetik akan dihantar ke Jakarta. Kebetulan kami sampai masa tu baru lepas dipetik bunganya jadi tak banyak yang tinggal.
Bunga orkid ni dihantar ke hotel-hotel untuk jadi hiasan di lobi hotel..... besar dan sangat cantik.
|
rumput yang akan diberi kepada lembu makan... subur sangat. |
|
roses... ada yang sebesar muka saya |
|
rose...dwi warna |
|
pondok di tepi nursery tempat berehat. |
|
kenderaan yang digunakan untuk mengankut rumput |
Setelah puas dan penat bergambar dan berjalan, kami dibawa pula oleh supir tu ke lokasi seterusnya. Waktu sudah hampir petang, perut sudah bernyanyi. Jadi kami dibawa untuk makan tengahari. Kami Ke Restoran Kampung Daun, restoran kepunyaan Bob Duank antara yang terkenal di Bandung...
|
cantik gerai-gerai yang disediakan. |
|
kawasan ni seolah-olah makan di dalam hutan kampung...sgt klasik |
|
meja makan yang disediakan |
|
berjalan mencari meja kosong |
|
berehat sebentar di tepi sungai yang mengalir...penat |
|
antara hiasan yang terdapat...kereta lembu |
|
deretan kedai menjual pelbagai juadah...mcm bazaar |
|
antara hiasan brgn antik...seterika lama |
|
mesin jahit lama dan typewriter juga |
|
sudut yg menjadi tumpuan |
|
letih memusing |
|
bermaksud selamat jalan...balik dah |
Oleh kerana terlalu ramai orang, kami di bawa pula ke restoran seterusnya, yang lagi terkenal dan cantik, Restoran Sapu Lidi kepunyaan Bob Doank juga. Kreatif sungguh dia ni, dan kaya mungkin . Ini juga terletak berhampiran di atas tanah yang sangat luas. mari saya tunjukkan keluasan dan keunikan restoran ini. Sayangnya makanan kami tak dapat rasa juga, kebetulan waktu rehat pejabat, semuanya penuh dengan orang yang berpusu-pusu, sudah tentu sedap masakannya.
|
restoran dalam sawah padi |
Keindahan restoran ini, ianya berkonsepkan makan di dalam sawah padi. Semua pondok dibina mengelilingi sawah padi. Uniknya kita akan memesan atau memanggil pekerja restoran dengan memukul beduk yang terdapat disetiap sudut pondok. Para pekerja yang sentiasa berkeliaran akan datang melayani kita dengan mesra. Mereka tetap tersenyum dan sabar melayan walaupun dapur restoran terletak jauh dari pondok.... Pondok pula dibina di celah-celah sawah padi dan agak tersorok, jadi sangat privacy sekali.
Kami memusing mencari pondok yang kosong, hhmmm tiada yang kosong, ada yang makan kemudian siap tidur pula selepas itu, persis pesawah yang kepenatan...hahaha bestnya suasana itu. Sawah padinya pula tidak semusim, ada petak sawah yang baru disemai, ada yang sudah membesar, ada yang sudah berbuah. Kami menyusuri batas -batas sawah mencari pondok sambil bergambar. Luasnya kawasan restoran ini, terfikir betapa penatnya pekerja melayani pengunjung....
|
pondok kosong tp reserved...dah booked |
Kami berhenti disebuah pondok yang kosong tapi bila semakin hampir, hampa pula yang dirasa rupanya pondok ini telah ditempah. Haish laku sungguh restoran ni, sudahnya kami bergamba saja di situ. Sampaikan Danial kata " Mama, kita bergambar ajelah kat pondok bekas orang makan tu, nampak macam kita makan kat sini" hehehe kesian anak aku, teruja nak makan kat restoran ni kot atau mungkin dah lapar sangat...
|
berehat sebentar setelah penat memusing |
|
sampai sesat nak cari jalan keluar... |
Dan akhirnya kami di bawa ke sebuah restoran padang di bandar berhampiran Pasar Baru. Elok juga selepas makan boleh pergi shopping di sana pula. Di restoran ni anak-anak terkejut kerana pelayan akan membawa semua juadah dengan tangan sekali jalan, bermakna semua sekali di angkat. Penuh satu meja dengan lauk-pauk.
|
penuh satu meja lauk-pauk makanan padang |
|
keletihan kerana penat berjalan. |
Shopping time..... di pasar baru, memang gila membeli belah. Bayangkan saja pusat membeli belah 7 tingkat itu penuh dengan segala macam barang, kain, tudung, jubah, telekung, sejadah, pakaian, cadar, kasut dan sebagainya. Puas hati membeli belah kerana harganya yang ternyata murah dari Malaysia.
Di sini tak banyak ambil gambar sebab terlalu sibuk membelek apa yang mahu dibeli.... hehehe
Waktu pulang hampir senja, minta supir bawa singgah ke Kartika Sari, kedai kek yang paling popular untuk membeli kek sebagai buah tangan buat keluarga. Hai letihnya berjalan sehari suntuk. Tapi sungguh puashati dan lega kerana hampir ke semua tempat dah dilawati. Gembirakan hati anak-anak. Mungkin lainkali jika ada rezeki kami akan ke sini lagi untuk menjengah tempat yang tak sempat kami pergi, atau mungkin juga turun ke bawah mendekati kawah gunung berapi yang tak sempat kami pergi. Insyaallah.
Tiba masanya untuk kami berangkat pulang setelah puas bercuti dan berjalan.... sedih pulak rasanya nak meninggalkan keseronokan dan keindahan Bandung ni. Segala barang telah dikemaskan. Bag dah bertambah waktu nak balik ni....hehehe
|
bersarapan sebelum pulang. |
Bersarapan dulu sebelum menuggu waktu untuk pulang. Penerbangan tengahari bermakna masih ada masa lagi kalau nak keluar berjalan. Saya keluar berdua dengan suami, anak-anak tak mahu ikut kerana kepenatan. Saya dan suami sempat ke Factory Outlet berhampiran.... last shopping....hehe
|
balkoni menempat bilik-bilik bujang di tingkat atas |
|
baru terperasan rupanya kat taman ada pokok durian... |
|
jalan pulang dari Rumah Ebo |
|
di lapangan terbang untuk pulang |
|
ruang menuggu ketibaan pesawat |
|
bergambar sebelum menaiki pesawat |
|
kenangan indah di Bandung |
|
Selamat tinggal Bandung. Kami akan datang lagi. |
|
terbang pulang bersama kenangan indah..... |
No comments:
Post a Comment