Selamat Hari Jadi yang ke -12. Semoga menjadi anak yang soleh, cemerlang dan berguna kepada agama dan bangsa. Moga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Tanggal 20 Jun 2012, genaplah 12 tahun usia Danial Imran. Saya pun buatlah persiapan untuk meraikan hari jadinya. Kebetulan tarikh tersebut jatuh pada hari Rabu, waktu persekolahan maka sambutan ni dibuat waktu makan malam. Dia pun dah balik sekolah, papa pun dah balik dari pejabat. Jadi kami sekeluarga dapatlah meraikan Danial.
Sebetulnya dia memang gembira tapi yang lebih menggembirakan dia adalah esok dia mahu cuti dan mengajak saya untuk pergi membuat kad pengenalan. Seronok sangat buat kad pengenalan macam sesuatu yang sangat bermakna buat dia mungkin dia merasakan dirinya yang semakin dewasa kot....hahaha. Okaylah esok mama akan bawa pergi Jabatan Pendaftaran Negara di Rawang. Kebetulan saya sendiri pun nak buat kad pengenalan baru. Lebih baik buat sebelum arahan dikeluarkan kalau tidak pasti akan ramai beratur menanti giliran.
Kalau waktu saya dulu, buat kad pengenalan memang sangat mengujakan sebab terasa diri dah semakin dewasa dan kata orang bila kita dewasa, kita bebas nak buat apa saja. Hahaha.... boleh lah sangat, kannn.... Arwah abah dulu orangnya garang, sampai saya dah habis SPM pun, nak pergi kerja kat Mc Donald tak boleh, kat Swensens tak bagi sebab bersebelahan dengan pusat bowling. Katanya nanti tak ingat nak sambung belajar. Akhirnya saya bekerja juga sebagai kerani merangkap telefonis di sebuah syarikat insuran di Sentul, Merchantile Insurance Sdn Bhd di bangunan IGB Plaza. Hah yang itu dia bagi sebab kerja waktu pejabat dan bergaya dewasa sikit. Siapa kata dah ada kad pengenalan kita bebas buat apa saja. Buktinya pada diri saya sendiri.
Jadi buat Danial, jangan nak bebas sangat walaupun dah ada kad pengenalan, tahu tak bila kita dah ada kad pengenalan lagi susah. Nak kena bawa ke hulu kehilir, tak boleh tinggal, silap haribulan kena tahan dengan polis kena cop pendatang haram pula.
Ops dah melalut saya, berbalik kepada sambutan harijadi Danial, saya siapkan makan malam ala Barat. Sedikit ringan sebab saya nak mereka jamah kek yang saya buat tu. kalau makan nasi, alamatnya kek saya akan kekal begitu sehingga esok....hahaha.
Saya buatkan Kek Dam, ayam panggang bersama kentang, sedikit roti buatan sendiri dan air limau serai berpudina.
Selepas sembahyang maghrib, saya mula menyusun makanan di atas meja. Dannial memerhatikan saja dari jauh, akhirnya dia menghampiri saya dan berkata "mama buat untuk orang ke?" Eh! buat-buat tak tahu pula budak ni, saya lihat dari ekor mata, wajahnya sedikit emosi mungkin terharu dan malu. Yelah melihatkan kasih sayang seorang ibu walaupun saya selalu merungut keletihan bila mereka tak mahu dengar arahan saya. Agaknya la kot...hahaha
Tiada nyanyian lagu harijadi pun, biasalah budak lelaki terutama yang baru perasan dewasa ni memang tak akan mahu begitu, Danish yang baru tadika pun dulu dah malu nak buat parti harijadi, "orang nak rahsiakan umur orang berapa" hehehe itulah alasannya bila di tanya kenapa tak mahu buat parti. Kecil lagi dah pandai nak berahsia mengalahkan artis popular lagi.
Sama seperti adiknya, Danial juga tak mahukan sambutan, cukup sekadar makan bersama keluarga saja sudah memadai. Selalunya memang begitu, kami lebih selesa menyambut dengan cara begitu bersama keluarga. Masa bersama lebih dirasai. Sederhana dan privacy....hehehe.
potongan pertama menampakkan hasilnya |
...bagi birthday boy rasmikan kek dia dulu.... |
Sebetulnya kek dam ni adalah pertama kali saya mencubanya. Kebetulan beberapa hari sebelum ni saya dah mula google kek apa yang sedap untuk dicuba untuk dijadikan kek harijadi buat Danial. Bila terpandang kek ni saya rasa nak mencuba kerana keknya hanyalah kek butter tapi sangat lembut. Hanya perlukan sedikit warna penambah seri dan teknik serta kreativiti untuk menyusun menjadikan perrsembahannya begitu menarik. Terkial-kial jugalah masa membuatnya. Terima kasih buat blogger Kak Azlita yang sudi berkongsi resepi teknik dan kreativiti beliau di blognya. Saya selalu mengikuti setiap masakan beliau yang sangat cantik dan berseni.
Selepas makan, barulah Danial berbisik kepada saya bahawa dia mahukan kasut bola sebagai hadiah harijadinya.....hhmmm baru terfikir agaknya. Selamat hari jadi, moga panjang umur, murah rezeki dan hidup diberkati.... amiin.
No comments:
Post a Comment