Millie crepe...sebenarnya dah lama mencuba tapi baru terperasan saya dah terlupa memasukkan dalam blog ni. Mencuba dulu pun masa tengah ramai orang asyik bercerita pasal crepe. Mentelah suami tak sukakan durian makanya saya buatla millie crepe perisa mangga. Sama sahaja langkahnya dengan crepe sebelum ini cuma bezanya yang ini kita tak perlu melipat cuma lapiskan saja dengan cream kastad dan taburkan buah mangga yang dah dipotong dadu.... memang terliur juga melihatkan gambarnya. Tapi bila dah rasa memang patut pun ianya popular...sedap sangattt
tak sabar nak menjamahnya |
Sebelum melapis crepe ini, kita perlu sediakan lapisan asas kek span sebagai dasar agar ianya mempunyai tapak dan tampak lebih menarik.
Dengan satu adunan tepung, kita akan dapat lebi kurang dalam 20 keping crepe ini. Jadilah setinggi ini...boleh tahan juga, sama besar saiz kek 8 inci dengan ketinggian mencecah 4 inci... besar kan????
ni potongan pertama.... |
Lepas potong baru terserlah keindahan lapisan crepe ni. Dengan taburan mangga yang dipotong dadu menambah lagi kelazatan rupa paras millie crepe ini. Bayangkan saja kalau digantikan buah lain seperti strawberry atau blueberry ke.... lagi cantik rasanya.
lihat lah lapisan yang menggiurkan itu |
Paling enak jikalau dihidang sejuk. Rasa lemak manis gabungan crepe bersama cream kastad serta buah memang sangat menyegarkan terutama sekali kalau dihidangkan waktu cuaca panas terik diluar...haha.
seperti biasa kena posing dulu untuk dimuatkan dalam blog hehe |
Okey...marilah cuba buat dan rasai sendiri kelazatannya.
No comments:
Post a Comment