SELAMAT HARI JADI
DANISH EMMIR DAN NUR DANIA SARA
DANISH EMMIR DAN NUR DANIA SARA
SEMOGA PANJANG USIA, JADI ANAK YANG BAIK, TAAT PERINTAH AGAMA, MURAH REZEKI DAN MAJU DALAM HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT...AAMIIN.
Ni lah rupa keknya setelah didekokan sepanjang malam bersama papa. Papa pun jadi seronok memberikan komen sambil menemankan mama. Leka membuatnya tak sedar masa berlalu. Mungkin dengan rasa minat dan kasih sayang terhadap anak maka walaupun kerja yang renyah menjadikan kita tidak terasa masa berlalu.
Hhmmm...okey ciri-ciri seorang kanak-kanak lelaki ada pada kasut sneakers tu dan ciri seorang kanak-kanak perempuan ada pada bunga-bungaan, kira okeylah erk. Bebudak, bukannya tau pun.
Danish bila terpandangkan saja kek ni terus cakap " Mama!! kasut tu nanti bagi orang makan tau!!" Dah agak dah, dia memang suka makan fondant ni, jadi memang dialah yang makan sebelah kasut tu, lagi sebelah cousin dia yang makan... lantak la Danish. Dania pula tak perna kisah pun, dia hanya suka masa meniup lilin dan memotong kek je...
Dalamnya kek coklat kerana memang kanak-kanak gemarkan kek coklat tapi entah ke mana pula gambarnya...resepi kek ni ada saya sertkan sebelum ini. Resepi yang biasa saya gunakan dilapisi mousse.
No comments:
Post a Comment