Pages

Crepe lagi

Crepe lagi......



Dah demam crepe, merata-rata ada orang menjual crepe. Ditambah lagi harga durian pun tengah murah. Tapi yang saya guna adalah durian dari kelas pertengahan D24, itupun dan cukup membuatkan saya tak tidur malam. Memang wajar ianya digelar raja buah..... 

Tapi sayang, suami saya tak begitu menggemarkan durian crepe ni, baginya durian enak dimakan begitu saja ataupun dibuat tempoyak. Kalau saya buat kuah atau campurkan dalam bubur memang dia takkan sentuh. 





Jadi untuk menarik minat dia untuk sama-sama menikmati kelazatan crepe ini, saya gantikan dengan pelbagai rasa, alhamdulillah dia sangat menyukainya dan berulang kali juga dia meminta saya menyediakan untuknya. Nampaknya dia memang sudah jatuh cinta dengan crepe ini, tahu kenapa???/ Kerana rasa kulit crepe yang lazat campuran dari 7 jenis tepung dan juga keenakkan cream castard yang lemak berkrim. Pabila dihidang sejuk dengan campuran buah kesukaan memang seolah-olah sedang menikmati ais krim.... memang lazat. 

Okay, mari kita lihat dulu bahan-bahan yang digunakan untuk membuat crepe ini. Mudah saja tapi mungkin agak renyah kerana menggunakan 7 jenis tepung dlm kuantiti yg sgt sedikit..yelah saya buat hanya untuk isi rumah saya saja...kalau yang berniaga tu bolehlah gandakan adunan ye...jom......mari kita ke dapur.


Crepe


2 tbsp tepung superfine
4 tbsp Self Raising Flour
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung hong kong
2 tbsp tepung ubi
2 tbsp tepung kentang
2 tbsp tepung kastad
2 tbsp gula caster
500 ml susu segar / susu cair
3 tbsp butter ~ dicairkan
2 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Dalam satu bekas satukan ke semua tepung dan garam.
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit



Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
Setiap lapisan 1 helai plastik
Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.


Inti crepe ini adalah penyumbang sebenar pada rasanya. Pada inti cream kastad inilah punca kesedapan dan kelazatan tak terhingga kerana walaupun tanpa buah-buahan atau perisa tambahan sudah cukup membuatkan kita laju menjamahnya. Di pasaran ada yang menyediaakannya hanya bersama whipping cream dan durian atau perisa lain. Ini agak memuakkan bagi saya. Dan semestinya suami saya yang kaki komplen turut juga menolak penyediaan seperti itu. Jadi resepi ini saya ambil sebagai resepi pilihan saya dan alhamdulillah suami menggemarinya. Segalanya memang selalu dialah jadi kayu pngukur saya untuk memperbaiki masakan saya...pendek kata dialah quality control saya....haha.

Hhmmm...untuk cream kastad pula, kita masakkan seperti ini. Mari kita mulakan....



VANILLA CREAM CUSTARD 

200 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter - dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-caranya

  1. 1.Campurkan semua bahan kecuali whipping cream dan butter.
  2. Kacau menggunakan whisker sahaja dan kemudaian masak di atas dapur sehingga pekat. Pastikan guna api kecil.
  3. Apabila adunan dah pekat dan sedikit meletup-letup tutup api dan biarkan seketika.
  4. Masukkan butter dan kacau sehingga adunan kastrd menjadi berkilat. Kemudian biarkan sejuk di dalam peti ais.
  5. Pukul whipping cream sehingga kental. Bolehlah dicampurkan ke dalam adunan kastad dengan kaedah kaup balik. 
  6. Adunan kastad boleh disimpan di dalam peti sejuk dan akan tahan sehingga seminggu.

No comments:

Post a Comment