Pages

Caramel Chocolate Moist Cake




                         



                        




Kek Karemel lagi...... tapi yang ni lain. Sedap sangat dengan rasa coklat dan karemelnya membuatkan gabungan ni terasa amat istimewa. Bayangkan saja, suami saya yang memang suka komplen pasal kek tapi untuk yang ini dia tak komplen malah siap cakap awal-awal lagi, " esok saya nak bawa gi office, boleh?"  haha apa saja untukmu sayang.... yelah takkanlah saya nak kata tak boleh pulak kan?
                         

                     


Paling menggembirakan hati saya bila dia suruh saya membuatnya lagi, jarang suami saya begitu. Kebiasaannya dia hanya akan makan dan diam saja. Kalau dia mahu membawa ke pejabat pun dia akan minta waktu dia nak bertolak ke pejabat awal pagi, itupun hanya sekadar bertanya saja. Tapi untuk yang ini dia siap berpesan agar saya tidak lupa...hhmmm faham sangatla saya kalau begitu sikapnya...bermakna dia memang gemarkan kek ini.


Pada saya sendiri, kek ini memang sedap. Rasa coklat dan karemel bersatu membuatkan dia agak berbeza dengan Kek Ombak Rindu. Kek coklat yang lembut dan lembap dengan basahan dari karemel  membuatkan kita terasa sangat puas menjamahnya. 





Rakan-rakan yang melihat kek ini sudah tergoda dengan penampilannya. Jadi ramai yang bertanya-tanya kerana ingin mencuba membuatnya.... baiklah sahabat semua yang bertanya, di sini saya kongsikan resepinya dan berharap agar anda semua dapat membuatnya juga. Pasti kalian akan berpuashati seperti mana saya merasainya.





Okey...mari kita lihat senarai bahan-bahan yang diperlukan..... mudah sahaja tiada bahan yang pelik untuk menyediakan kek ini ye...hanya bahan biasa... jom ke dapur...


Caramel Chocolate Moist Cake

Bahan-bahannya;

2 sudu gula pasir - dihanguskan dalam loyang kek (jgn sampai pahit pula ye). Ketepikan

Bahan untuk karemel;

1/2 cawan susu cair
50gm gula castor
3 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanilla

1. Satukan susu, gula dan esen vanilla, sebatikan sehingga gula larut kemudian 
2. masukkan kuning telur. Kacau perlahan (jangan sampai berbuih nanti tak cantik karemel kita.)
3. Tuangkan ke dalam loyang gula hagus tadi
4. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 170 degree dengan kaedah waterbath/bain marie

okey sementara itu bolehlah sediakan bahan untuk kek pula....

Bahan A

3/4 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (saya letak 1/2 cwn saja)
1 cwn gula (saya letak 1/2 cwn saja)
1 cwn minyak masak

* saya kurangkan kerana tak suka manis sgt dan gemarkan rasa coklat yang agak kelat sedikit). Jadi kalau nak manis boleh tambah ye.

Satukan semua bahan dan masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga gula larut dan adunan menjadi sedikit berkilat. Sejukkan

Bahan B

3/4 cwn tepung gandum
1 tsp soda
1 tsp baking powder

Semuanya diayak .

Bahan C 

4 biji telur

Dipukul sehingga kembang,


Okey, untuk membuat kek ni kita satukan bahan B dan bahan C berselang seli ke dalam bahan A. Diakhiri dengan bahan kering. Sebatikan dan tuang perlahan-lahan kedalam loyang karemel tadi. Kemudian bakar semula dengan kaedah yang sama selama 1 jam 15minit atau sehingga kek masak. Sejukkan dan baru boleh diterbalikkan, kalau tidak karemelnya akan hancur. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba.














No comments:

Post a Comment