Pages

Ombak rindu


Lazatnya kek ni..... memang rugi kalau sesiapa yang taknak rasa bila kek ni dah berada di depan mata. Rupanya yang cantik berwarna warni dengan lapisan karamel yang menggiurkan anak tekak memang membuatkan kita tidak sabar untuk merasainya.




Mula-mula terpandangkan kek ni terbayang macamanalah nak buat kek ni dengan dilapisi karamel pula tu.... masa mencuba merasa kek ni dalam hati terus berdetik, wah sedapnya kek ni, gebu lembut dan mencair di dalam mulut. Terus hati meronta-ronta nak buat kek ni. Mesti cuba juga buat walau sesusah mana sekalipun.... sedap punya pasal...hahaha



                                  

Sebelum itu, ucapan ribuan terima kasih saya buat adik iparku sayang, Zulinda Ismail kerana dialah orang pertama yang minta saya mencuba buat kek ini. Yelah kerana biasanya kami akan mencuba sesuatu resepi dan berkongsi hasilnya untuk simpanan kami. Kira macam QC lah untuk memastikan resepi simpanan kami adalah yang terbaik dan telah diuji kesedapannya. Thanks Linda.




Bayangkan kek ni boleh habis dalam sekelip mata sahaja. Betapa popularnya kek ini sehinggakan namanya juga turut diubah menjadi tajuk cerita yang sedang hangat di pawagam lakonan Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin. Hah! begitulah popularnya kek ini. Tapi sebenarnya nama asalnya adalah Kek Karamel, entah  dari mana datangnya tetiba berubah menjadi ombak rindu. Mungkin melihatkan rupanya hati berombak deras ingin menjamahnya dan selepas itu hati menjadi terindu-rindu mengingatkan kek tersebut....haha 


Tapi biasalah adat manusia kan yang takut dengan cabaran, mula terfikir susah ke nak buat kek ni. Mesti kerjanya sangat renyah yelah setiap sesuatu yang lazat itu mestilah dihasilkan berbaloi dengan usaha yang dilakukan. Takpe, tengok resepi dulu...




Sebetulnya dah beberapa kali saya membuatnya dan alhamdulillah  semuanya menjadi dengan elok. Tidaklah sesukar mana membuatnya dan yang pasti bahannya juga mudah diperolehi. Okay jom kita tengok resepi dan mari kita cuba buat...





Caramel Cake

A -  Gula hangus

2 tbsp gula pasir, dihanguskan dan biarkan di dalam loyang


B - Caramel

1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga larut. masukkan esen vanilla. 
Kemudian masukkan kuning telur dan kacau sebati dengan perlahan. Jangan sampai berbuih
Tuangkan ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan


C - Adunan kek Bahan 1

70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak

140gm tepung  kek
1/2 tsp baking powder


Pukul telur, air dan minyak  sampai gebu dan putih
Masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang.
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder ke dalam adunan tadi perlahan-lahan dengan kaedahh kaup balik. Ketepikan


D - Adunan kek bahan 2

6 biji putih telur
70 gm gula castor
1 tsp cream of tartar

- Pukul putih telur sehingga kembang dan putih, masukkan cream of tartar dan gula. Pukul lagi sehingga menjadi meringue.
- Kemudian satukan bahan 1 dan bahan 2 dengan kaedah kaup balik. Kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan anda.
- Bolehlah mulakan melapis adunan yang siap berwarna tadi selapis demi selapis ke atas adunan karamel tadi sehingga habis.
- Bakar kaedah waterbath dalam ketuhar api bawah sahaja dengan suhu 160 degree selama 1 1/2 jam   atau sehingga kek masak. 
- Buka pintu ketuhar dan tunggu sehingga kek betul-betul sejuk sebelum diterbalikkan utk dihias dan dihidang.



Ni kek yang saya buat semasa pertama kali mencuba... bangganya
                                     


No comments:

Post a Comment