Kuih tradisional melayu memang terkenal dengan rasa lemak santan kelapa. Kalau sesiapa yang terasa nak menambah lemak, bolehlah makan kuih ni selalu... hehe. Tapi betullah kata orang " tak melayu lah kalau tak berlemak" dan oleh kerana rasa lemak itu lah yang menjadikan kuih tradisional kita masih kekal status evergreennya dan sesuai dihidang pada bila-bila masa dan dalam upacara apa sekalipun.... tak lapuk dek zaman !!!
Kuih ini tidak lah sesusah mana pun untuk menyediakannya, dan sebenarnya untuk mendapatkan rasa yang memenuhi citarasa sendiri, kita boleh olah kembali sukatannya. Kurangkan gula bagi yang mahukan kurang manis, dan kurangkan santan bagi yang mahukan kurang lemak tapi janganlah kerana ingin kurangkan lemak santan itu ditukarkan kepada susu rendah lemak pula.... tak patut sangatlah kannn kerana itu akan mengubah terus rasa asli kuih itu. Kalau nak cuba juga apa salahnya...silakan.
Kuih talam keladi ni memang kegemaran saya dari zaman kanak-kanak lagi. Lapisan bawah kuih tersebut yang diadun dengan rasa lemak masin beserta potongan kiub ubi keladi itu menambah rasa kelazatan keladi itu sendiri. Gabungan rasa dengan lapisan atas yang lemak manis menjadikan kuih talam ini sangat mesra berada dalam mulut sehinggakan kita tak terasa muak untuk menikmatinya.
Percubaaan saya yang pertama kalinya membuahkan hasil yang sangat sempurna bagi saya. Yelah bila kita dapat menghasilkan kuih ini dengan tangan kita sendiri memang akan rasa hati berbunga-bunga sangat. Terasa puashati sangat. Lepas ni saya akan cuba membiasakan diri dengan membuat kuih tradisional ini agar tidak hilang kemelayuannya. Kena latih anak dara saya agar meminati masakan kuih melayu. Dan kerana itu jugalah resepi ini saya adaptasikan khas untuknya jika mamanya mungkin tak sempat nak mengajar dia nanti...
Jom kita tengok resepinya dulu.
Kuih Talam Keladi
Bahan2 untuk lapisan bawah
2 cawan tepung beras
3 tbsp tepung ubi
1 1/2 tsp garam
6 tbsp gula
300ml santan (saya kurangkan jadi 200ml je)
700ml air (Saya tambahkan jadi 800ml)
300gm keladi (yang dipotong kiub dan dikukus seketika)
Cara membuatnya;
- bancuh semua bahan dan ratakan
- tapis dan masak seketika sehingga keluar wap sahaja
- tutup api dan masukkan keladi yang telah dikukus
- Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang bersaiz 10 x 10 x 3
- sebelum tu lapik loyang dengan plastik di dasarnya bagi memudahkan kita memotong nanti
- Kukus selama 25 minit.
Bahan untuk Lapisan atas
1 1/2 cwan tepung gandum
200gm gula
3 biji telur
200ml santan
500ml air
pewarna ungu dan perasa keladi
Cara membuatnya;
- Bancuh semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
- Masak seketika sehingga keluar wap
- Tutup api dan bolehla di tuangkan perlahan-lahan ke atas adunan yang telah dikukus tadi.
- Kukus lagi 30 minit.
- Buka penutup pengukus setelah masak
- Kuih bolahlah dipotong setelah ia betul2 sejuk.
Kalau arwah abah saya masih ada, dialah orang yang paling suka agaknya kerana dia memang peminat ubi keladi. Sayang sekali semasa hayatnya saya kurang berminat untuk mempelajari ataupun menyediakan kuih tradisional ni.
No comments:
Post a Comment