Pages

Hokkaido Cake with custard filling


Ermmmm sedapnyaaaa ... itulah ungkapan yag mula-mula sekali akan keluar dari mulut anda tatkala menikmati kek ni.... hehe 




Kek yang sangat mulus dan gebu ni bertambah lazat dengan custard yang lemak manis di dalamnya. Rupanya kek ini agak popular dan dijual merata-rata. Saya saja yang ketinggalan lantaran memang jarang membeli kek di kedai jadi tak tahu kek terkini dalam  pasaran. Nampaknya kena selalu berjalan  melihat kek terhangat di pasaran lah nampaknya selepas ini hehe. 

Melihatkan rupanya saja dah mengecurkan air liur nak mencubanya. Bila buat baru tahu betapa enaknya gabungan kek chifon yang gebu bersama inti kastad yang lemak berkrim. Tak rugi pada sesiapa yang ingin mencuba. Penyediaannya yang mudah dan tak menggunakan bahan yang terlalu banyak, ringkas sahaja.

                           


Mari kita intai resepinya dahulu. 

sedang dibakar di dalam oven


beginilah rupanya bila siap dibakar


HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan piping bag.



Paipkan custard di dalamnya dan saljikan dia untuk kesan lebih menarik


CREAM CUSTARD FILLING


1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila 

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.









No comments:

Post a Comment