Pages

MOIST BUTTER CAKE




Kek butter atau mentega ni kalau dulu zaman saya masih kanak-kanak memang inilah kek yang selalu mak buat pabila tiba tarikh istimewa ataupun hari raya. Ingat lagi mak saya akan hiaskan dengan icing untuk harijadi kami adik beradik. Masa tu, itulah kek paling istimewa sekali. Kalau nak beli kek kat luar tu memang takde la.... dulu memang susah nak jumpa kedai kek orang melayu jadi itu adalah antara punca kenapa kami tidak membeli kek di kedai....

Tapi sekarang kedai kek orang melayu dah berlambak, dengan kemudahan internet, kita nak membuat tempahan melalui online pun banyak bakers yang terdiri dari orang melayu kita. Kek pun dah bermacam2 rasa dan dihias dengan pelbagai gaya hiasan untuk tampak cantik dan menyelerakan. Tapi kek butter ni yang paling digemari....dan ianya merupakan kek asas yang sering digunakan terutama untuk kek yang menggunakan hiasan icing, buttercream ataupun fondant.  Tapi bagi saya... cukup sekadar ianya sebegitu juga sudah memadai kerana ianya tampak cantik, tahan lama dan sedap juga terutamanya kalau kita menggunakan butter yang mahal sikit seperti SCS ataupun Anchor....ditambahkan pula adunan nya dicampurkan dengan serbuk badam akan merubah rasanya menjadi begitu enak. 



Beberapa hari lepas saya sediakan kek ni atas permintaan anak dara kenit saya ni. Dia ni jenis yang sangat suka makan kek yang berwarna warni mungkin tarikan dari warna itu juga la yang biasanya akan menarik minat anak kecil makan. Jika tidak dia hanya akan colek krimnya saja. 

Tengokla muka seronok dia bila dah dapat yang dihajatkan....hihi

Lihat tu, sebaik saja kek siap dia dah suruh saya potong untuk dia dan ambil gambar bersama potongan kek tu. Seronok tak kira la dia dapat kek tu, kesian pula saya melihat keletahnya kerana memang dah agak lama juga saya tidak masakkan kek untuknya. Terharu bila dia kata "Mama... sedapla kek mama ni ... warna dia Dania suka sangat" Alahai anak mama, sebagai ibu tersentuh juga rasa hati ini dengan penghargaan anak sendiri..... syukur saya dapat memenuhi permintaan dia. Padahal... mudah saja untuk sediakan kek ni, meh kita lihat resepi untuk sediakan kek ni


MOIST BUTTER CAKE

Bahan-bahannya

250gm butter
200gm gula castor
2 tsp ovalet
4 biji telur
270gm tepung superfine
1 tsp baking powder
60gm susu pekat manis
2 tbsp susu segar
sedikit esen vanilla


Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan
Pukul butter, gula, esen vanilla dan ovalet hingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memutar.
Masukkan susu pekat dan susu segar berselang seli bersama tepung. 
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan
Oleskan loyang dengan butter.
Tuang adunan bertindih tindih mengikut turutan warna yang digemari.
Bakar dengan suhu 160 degree selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba

boleh juga diolah ikut cara seperti ini untuk kelainan

nampak menarik jugakan...hehe



No comments:

Post a Comment