Pages

HARIJADI MAK KE 63 - 2014

Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi
Timbullah bonda, timbul lah munculkan diri

Selamat hari jadi Bonda Musalmah Yusuf

Hehe...entah kenapa tatkala menyediakan kek buat mak, mulut ini asyik sangat menyanyikan lagu ini berulangkali...macam seronok pula. Hari ini, bersamaan 19hb September 2014 ulangtahun mak yang ke 63, dah 14 tahun mak hidup hanya bersama kami tanpa arwah abah di sisi. Alhamdulillah mak masih kuat dan sihat, tiada penyakit berbahaya dan masih aktif lagi. Menjahit lagi tau....kalau raya habis baju cucu menantu semua dia jahitkan. Sekarang adik bongsu saya bekerja di butik pakaian muslimah, mak saya amik pula upah menjahit sambilan bunga kerawang kat tudung tu... bosan duduk seorang kat rumah katanya. Upahnya banyak pula tu sampai kekadang boleh mencecah sampai RM 500 sebulan.  Alhamdulillah. 

Kami adik beradik berpakat membuat kejutan sambutan harijadi mak dan saya bahagian menyediakan kek.... jadi saya dah sediakan sebiji kek Red Velvet sebab mak saya suka kek itu. Dan saya dekokan dengan kuntuman bunga mawar merah jambu. Harap mak suka....hehe haruslah sukakan...dah anak dia yang buatkan...


Inilah kek Ulangtahun bonda saya.... cantik tak? Berpeluh buat tau!!!!







Nampak tak kesan air embun tu.... itu bukan air tau.... saya titikkan jelly bagi menampakkan kesan titisan embun... melambangkan kasih sayang mak pada kami sesejuk embun pagi.... cewahhhh!!!









Sebetulnya kami merancang untuk adakan majlis di luar pada hari sabtu tapi oleh kerana sekarang musim hujan setiap petang jadi buatlah pada hari ini selepas solat maghrib......lagi elok kot sebab jatuh pada tarikh yang sebenar...hehe















mak saya terharu dengan kejutan ini...hehe berjaya!!



Lihatlah mak saya yang benar-benar terkejut dengan majlis kecil ini khas untuknya. Sampai menitis airmata kerana terharu dan kami ramai-ramai menyanyi untuk dia... tapi bila dah habis menyanyi dah cucu dia pula yang menyibuk nak memotong kek..hehe  siapa lagi.... Nur Dania Sara.


tengokla tu...poyo je dia pulak tiup lilin



tengok tu... memotong ssampai tiga tangan...hehe





Selepas meniup lilin dan bergambar memotong kek, saya pulak ambil alih memotong kek...hehe seperti biasa saya nak selitkan gambar untuk memori di sini.







Begitulah isi di dalam nya, kek red velvet yang saya blok kan tp ada kesilapan sikit dari susunan di situ,,,, hhmmm takpe saya akan cuba lagi.....janji mak saya makan. Hari istimewa dia, so saya buatkan juga istimewa untuk mak dengan penuh kasih sayang yang abadi berpanjangan.


Jemput makan semua....


Berakhirlah majlis buat mak dengan gelak ketawa kami sekeluarga. Sayangnya tak cukup semua anak menantu yang hadir. Harapan menggunung agar akan tetap terus sihat, panjang usia, bahagia bersama kami semua dan juga moga mak senantiasa di bawah lindunganNya Yang Maha Esa di dunia dan akhirat. 

Kami semua sayang mak...!!!!

No comments:

Post a Comment