HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO NUR DANIA SARA
Sekejap je masa berlalu, 27 April 2014 yang lalu anak dara kenit saya sudah pun berusia 3 tahun. Sekarang dia dah pandai request macam macam untuk harijadinya. Oleh kerana dia selalu melihat saya buatkan kek untuk orang jadi dia telah memilih tema Hello Kitty untuk tahun ini....entah apa la agaknya yang dia akan pilih untuk tahun hadapan erk.....hehe
 |
Inilah kek untuk Dania tahun ini. |
Sebetulnya saya memang telah sediakan kek untuk Dania dan saya merancang untuk makan kami sekeluarga sahaja bersama hidangan kegemaran dia iaitu pulut. Kebetulan juga malam sebelumnya suami saya dah borong mangga yang masak ranum seumpama harum manis. Warna yang oren terang dan rasanya yang begitu manis memang sesuai sangat la untuk dimakan bersama pulut... teringat pula kunjungan semasa di Haadyai. Sedapnya pulut mangga...
 |
muka tak sabar nak potong kek.... |
Tapi suami pula berhajat nak ajak nak ajak ibu dan mertua saya sekali meraikan harijadi Dania dan sambil makan pulut mangga, jadi terus jadi majlis kecil buat Dania. Suka tak terkiralah dia bila semua sepupu dia ada sama meraikan harijadinya.....
 |
muka nakal birthday girl |
 |
kek sudah kena colek |
 |
kecacatan yg sungguh ketara...huhu |
Belumpun majlis bermula sementara menanti kehadiran ibu saya, Dania dah tak boleh tahan dan akhhirnya kek dia sudah cacat gara-gara jari dia yang tak reti duduk diam tu... ermmmm senyum ajelah....huhu
 |
Tengok tu.... tak sabar sgt dah tu |
 |
tadaaa .... itu lah rupa dalamnya... checekered pink ombre.. |
 |
terasa nak makan tak??? hehe |
 |
Tangan opah dia sedang makan pulut mangga....mertuaku |
 |
tengok muka cousin dia yg sedang cemburu...hihi |
Tengokla tu, sibuk nak pakai juga telinga berlampu tu, konon nak cantik la.... padahal benda tu longgar untuk dia.... haish ikut ajelah Dania, this is your day....hihi
 |
Juadah ringkas di hari istimewa Dania Sara.... |
Begitulah berakhirnya majlis kecil bersama menu ringkas di hari jadi Nur Dania Sara yang ke tiga.... Dania sangat seronok bila diraikan dan dinyanyikan untuknya. Doa mama agar anak mama ni akan membesar sihat dan menjadi anak yang membanggakan papa dan mama, agar menjadi anak yang baik untuk keluarga, agama, masyarakat dan seterusnya negara. Aamiin ya rabb
No comments:
Post a Comment