Pages

Sejenak di pekan Tawau dan Semporna, Sabah

Percutian keluarga lagi, kali ini kami memilih Pekan Tawau dah juga pulau berhampiran Sempoarna Sabah negeri di bawah bayu. Kebiasaan yang kami selalu lakukan adalah pabila Airasia mengeluarkan tiket tambang murah dan jimat buat pakej keluarga, suami akan bertanya saya, ke manakah destinasi impian saya...hehe dan seperti biasa juga saya akan jawab ikut suka awak sebab kalau kita sekeluarga bercuti kemana saja pun saya akan gembira. Yelah siapa yang tak gembira jika saat manis bersama insan tersayang, ditambah pula di tempat orang dengan suasana baru. 
Jadi suami pun membuat keputusan pada tarikh 22 - 24 Februari 2014 maka terbanglah kami sekeluarga ke Tawau, Sabah.


Jadual penerbangan kami pada pukul 10.20 pagi, jadi kami tidak tergesa-gesa sangat awal pagi. Siap check in awal jadi sesampai disana kami hanya terus menunggu pesawat sahaja kerana tiada bagasi yang besar. 

Sesampai disana dalam pukul 2pm, kami menunggu kereta sewa yang telah ditempah lebih awal dari pihak hotel tempat kami bakal menginap.... rupanya agak jauh juga dari airport nak ke hotel.... so kami menjamu selera dulu di airport sementara menunggu tapi mak aii harganya boleh tahan.... ala kadar ajelah mengisi perut...hehe

Kami menginap di budget hotel je, selain daripada rate penginapan yang murah, yang penting ianya berada di tengah-tengah pekan Tawau dan berhampiran dengan pasar dan juga deretan kedai.... senang nak mencari makanan. Penting tu..... kami juga dah google apa yang menarik dan mengatur perjalanan untuk aktiviti esok hari.... menuju Semporna adalah agenda utama kerana kami ingin melihat pulau-pulau indah, selebihnya kami akan lihat kepada keutamaan anak-anak. Takut mereka letih.... 


                                 



                          



                         


Okey...sebaik tiba di hotel dan dah pastikan penginapan sempurna, saya dan suami keluar untuk membeli makanan, anak-anak semuanya dah tak larat nak berjalan, jadi saya tinggalkan di bilik hotel saja. So saya dan suami mula menyusuri deretan kedai dan akhirnya kami sampai di Pasar Tawau. Pasar basahnya sudahpun tutup kerana sudah lewat petang tapi pasar kering masih dibuka sehingga pukul 4 pm. Sempat saya membelek beberapa barangan yang terdapat disitu...erm.... saya akan datang ke sini lagi sebelum pulang ke semenanjung untuk membeli ikan bilis, ikan kering dan rumpai laut yang sangat popular untuk kecantikan kulit tu...hehe


                              


                         



Malamnya kami sekeluarga berjalan ke pasar malam setelah dimaklumkan oleh pekerja hotel tempat kami menginap. Disana hanya ada jualan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan tidak dijual dipasar malam tersebut kerana ianya bersebelahan dengan deretan kedai makan. 

Kami membeli durian dan juga buah kelapa, terdapat juga buah pokok terap. Tak sangka ianya dijual di situ. Saya tahu pokok terap ni, buahnya sebiji mcam buah cempedak dengan rasanya yang manis tapi saya belum pernah makan lagi. Kebetulan buah tersebut belum masak lagi, perlu diperam  jadi kami tidak membelinya.... hehe in shaa allah rezeki di lain kali.


Keesokan paginya, awal pagi lagi kami dah bertolak ke Semporna dengan menaiki kereta sewa. Sepanjang perjalanan permandangan pepohon dan bukit bukau yang menghijau memukau mata. Terasa sejuk segar dengan tiada kesesakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke Pekan Semporna.

Sesampainya kami di sana, kami pergi bersiar ke pasar dulu sambil membeli bekalan sepanjang perjalanan di dalam bot laju nanti. Memang telah dipesan oleh pemandu bot berkenaan agar kami membawa air minuman sendiri. Saya dah terasa macam seksa saja perjalanan ini nanti kerana air minuman pun harus dibeli.... ok takpe lah, ikutkan saja.




Beginilah suasana pasar Semporna, barangan yang tersusun rapi dan kemas. Bersih saja persekitarannya. Kami berjalan menyusuri pasar tersebut sambil membeli bekalan nasi bungkus dan kuih muih untuk dibawa bersama nanti.



         

Setelah itu kami menunggu di Jeti Semporna sambil bergambar kenangan. Bot laju kami tempah tiba agak lewat sehinggakan hampir suami saya mahu membatalkannya. Agak kesal juga diwajah suami pabila dikatakan kami bermasalah kerana belum mendapatkan insurans. Hhmmm terasa agak gusar mendengarkannya kerana negara baru saja digemparkan dengan serangan tentera Sulu di Lahad Datu. Semporna adalah daerah yang terlibat dengan perintah berkurung, terdetik dihati haruskah kami meneruskan niat untuk melawat pulau-pulau di Semporna ini.




Akhirnya bot kami tiba dan setelah lengkap berpakaian kami pun mula bertolak ke Pulau yang dijanjikan. Kami dijanjikan akan dibawa melawat 3 buah pulau bersama aktiviti snorkeling antaranya adalah Pulau Maigak dan Pulau Sibuan. Ini adalah pulau yang paling cantik pada saya. 

Sepanjang perjalanan di dalam bot laju kami tidak boleh bangun dan bercakap. Dengan deruan enjin bot yang sangat bising serta kelajuan melampau yang membuatkan kami terhempas-hempas di dalam bot tersebut. Memang sakit badan dibuatnya...... tapi seronok bila melihat Danial dan Danish tersenyum simpul suka akan keadaan sedemikian.... adoi kita yang tua ni dah sakit bontot mereka boleh tersenyum simpul pula. Saya terbayangkan bagaimanala agaknya jika wanita hamil, mau keguguran dibuatnya.....haha.







Mula-mula kami dibawa ke pulau Maigak, pulau yang kecil dengan penempatan yang sangat sedikit. Hanya terdapat dalam 10 keluarga sahaja di pulau ini. Difahamkan oleh pemandu bot kami, mereka yang tinggal di sini memang tidak pernah meninggalkan pulau ini. Mereka hanya makan hasil laut dan minum air tadahan hujan. Kanak-kanak yang memang tidak pernah bersekolah. Ya allah sayunya hati saya melihat anak-anak Bajau Laut ini. 

Di persisiran pantai terdapat beberapa buah pondok di atas air. Rupanya mereka memang menginap di situ dan akan berpindah randah mengikut badai ombak yang membawa pondok mereka berpindah. Saya terbayangkan jika tsunami melanda... ya allah insafnya saya dengan nasib mereka. Saya jauh lebih beruntung dari mereka. 



Suami sempat merakam kanak-kanak Bajau Laut yang sedang bermain, bila ditanya mereka menjawab sedang membuat bola dari gumpalan tanah liat, abu dan air. Setelah dijemur kering ianya akan dijadikan bola... teringat saya pada alat permainan anak saya yang saya buang kerana sudah terlalu banyak di rumah. Kalaulah saya dapat beri kepada mereka, pasti mereka akan rasa sungguh seronok.





          


Setelah itu kami dibawa pula ke Pulau Sibuan, sungguh indah permandangan di sini. Pasir pantai yang memutih serta air laut yang sungguh jernih ... ya Allah tenangnya kat sini. memang tak teringat dah masalah lain. Hanya diri kita dan kehidupan di sini. Saya membayangkan suasana diwaktu malam, tanpa bekalan elektrik hanya terdengar desiran ombak je berlampukan cahaya bulan.... seronok kan? Teringin nak merasai bermalam di pulau ini, tapi takut pula kerana anak-anak ada bersama, tidak mahu meletakkan mereka dalam risiko bahaya.











Kami berjalan menyusuri pantai sambil menikmati keindahan pantai yang memutih, kelihatan beberapa orang kanak-kanak Bajau Laut  mengekori kami dengan baju lusuh dan rambut keperangan kerana kering dan kusam sambil dibibir mereka menyebut "money...money....money". Mereka meminta duit dari kami, tapi kami memang telah dipesan oleh pemandu bot agar tidak memberikan apa-apa kepada mereka. Terfikir juga didalam hati ... apa perlunya duit buat mereka sedangkan mereka tidak pernah meninggalkan pulau itu.... kalaulah saya membeli jajan yang banyak, boleh juga saya agihkan pada kanak-kanak tersebut.









begitu permai pulau ini..laksana sekeping poskad...hihi



Kami berjalan lagi mengelilingi pulau yang kecil ini tetapi penempatannya lebih ramai dari penduduk di Pulau Maigak tadi.  Kami melalui denai berhampiran dan kelihatan perigi yang hampir kering dan agak keruh airnya. Difahamkan itu ada perigi yang membekalkan air tawar buat minuman dan memasak penduduk setempat. Aduhh... terasa sedihnya mereka hidup persis negara kita belum merdeka sedangkan kita telah ada menara KLCC yang menjadi kebanggaan negara dan telah merdeka dan terus maju lebih dari 50 tahun. Pastinya mereka akan merasa bertuah dan akan terus memilih untuk tinggal di pulau ini jika mereka tahu hiruk pikuk kota. Kedamaian di sini memang tidak akan ditemui di tempat lain.

Bayangkan saja bayangan awan pabila mentari melabuhkan tirainya diwaktu senja dan mentari mula mengintai diwaktu subuh....bersama desiran ombak yang memukul pantai. Saya suka...  hehe sekejap ajelah.



saya suka pada gambar ini, seorg ayah bersama anak kecilnya....



Kami terus melangkah sambil meninggalkan jejak di pasir pantai, sesekali saya melepaskan pandangan kepada laut yang membiru dan kelihatan pondok- pondok kecil tanpa tingkap yang sangat daif. Rupanya ada keluarga yang tinggal di dalam pondok kecil itu...






Kami melalui diantara pondok kaum Bajau Laut ini. Mereka tersenyum memandang kami mungkin terasa pelik melihat kami asyik mengambil gambar persekitaran kawasan tempat tinggal mereka. Akhirnya saya berhenti di sebuah pondok dan meminta izin untuk bergambar di atas pondok mereka... dengan hati-hati saya memijak setiap anak tangga dari kayu batang kelapa... sungguh unik. 




Tiba-tiba keluar dua orang gadis Bajau Laut tersenyum memandang dan saya mengajak mereka bergambar bersama saya. Sambil tersenyum mereka juga seolah-olah memang menantikan pelawaan saya untuk turut sama bergambar. 





Serba sederhana binaan rumah mereka, saya sukakan rumah yang diatas air itu..... sangat kecil dan comel dan suasana didalamnya sangat redup dan sejuk... walaupun diwaktu tengahari.






Saya tidak risau berada di bawah rumah mereka kerana difahamkan mereka tidak membuang hajat di laut... mereka akan menggali lubang di dalam belukar untuk tujuan itu..... hehe.





Setelah puas memusing ..akhirnya kami meninggalkan pulau itu dan kami masih lagi diekori oleh kanak-kanak tadi. Semasa bot kami mula hendak bergerak, saya hulurkan note RM 5 kepada salah seorang dari mereka. Pabila bot kami mula meluncur laju saya lihat kanak-kanak tadi melambai kepada kami. Mungkin dia ingin mengucapkan terima kasih atas pemberian saya tadi...






Selepas itu kami dibawa pula ke satu lagi pulau yang lain, di situ tidak kelihatan penempatan. Mungkin disebelah balik pulau tersebut kerana kami berehat dibawah sepohon pokok yang rendang merimbun berhadapan laut. Angin yang bertiup amat membuai rasa penat kami memusing sepanjang hari. Kami makan tengahari di bawah pohon itu kemudian anak-anak mandi laut dan snorkel di pinggir pantai. Walaupun dipinggir pantai sahaja, tetapi dasarnya tetap cantik dan bersih.


  






Sementara menunggu anak-anak mandi saya memanjat pokok dan bermain buaian yang digantung  sambil berayun saya hampir melelapkan mata kerana mengantuk. Yelah perut dah kenyang, dapat pula duduk berayun dibuaian memang terasa ingin tidur je...hehe.  Akhirnya saya bingkas bangun ajak suami berjalan menyusuri pantai dan kami terlihat bendera Angkata Tentera Malaysia berkibar di sebuah pondok kecil ditepi pantai. Dibelakangnya terdapat kem tentera rupanya ini adalah antara pulau kawalan tentera untuk memantau lanun atau penceroboh negara. Wah!! anggota yang bertugas lengkap bersenjata. Sempat berbual, anggota tersebut berasal dari kelantan. Terlihatkan mereka terasa selamat dan kerisauan dengan insiden sebelum ini berkaitan tentera Sulu sedikit reda...hehe selamat sikit. 







Okey...selepas itu kami pun pulang ke Pekan Semporna. Sepanjang perjalanan, kami hanya diam kerana masing-masing sudah keletihan. Tetapi satu kejadian yang agak mencemaskan kami kerana enjin bot tetiba terhenti dan kami berhenti di tengah-tengah laut yang sedikit bergelombang kerana hari menampakkan hujan akan turun. Kami dimaklumkan enjin bot tersangkut pada akar rumpai laut. Rupanya kami berhenti betul-betul ditengah kawasan penternakan rumpai laut. Saya jenguk ke dasar laut, dari air yang jernih itu memang kelihatan begitu banyak rumpai laut disekitar kami. Nampak sangat cantik. Pemandu bot melompat ke dasar laut tanpa alat bantuan pernafasan untuk melepaskan enjin dari tersangkut pada akar rumpai laut. Alhamdulillah dia berjaya dan kami terus pulang dan sampai ke pekan semporna sekitar jam 5 petang.



Kami terus memandu pulang terus ke Tawau. Dalam perjalanan pulang suami singgah membeli kuih untuk bekalan memandu pulang ke Tawau. Tapi saya tertidur...hehe letih dan sakit badan terhempas di laut tadi.




Keesokkan paginya kami bersarapan di kedai makan berhampiran. Kami dihidangkan dengan nasi bungkus, Nasi Kuning dan kopi susu. Wah!!! sedapnya kopi. Terasa kepekatan kopi asli tempatan.








Selepas itu kami berjalan menuju ke pasar Tawau kerana saya ingin membeli Ikan kering, ikan bilis dan segala jajan untuk keluarga di semenanjung.





Di pasar basah terdapat begitu banyak ikan yang segar, besar dan murah. Sedang saya asyik mengambil gambar tetiba seorang budak pasar menghulurkan ikan yang pelik pada saya sambil menyuruh saya membeli hanya RM 5 seekor. Melihatkan rupanya saja saya tidak berselera untuk menjamahnya pon apatah lagi untuk membelinya. Saya diberitahu itu adalah ikan Fugu atau ikan buntal yang beracun. Hanya orang yang pandai menyiangnya sahaja yang berani menjamahnya dan kebiasaannya orang Filipina yang berani membelinya. Rupanya yang agak mengerikan dengan bibir yang persis Anita Sarawak dan gigi yang tajam dan sungguh putih bersih. Eeii memang saya tidak akan beli.... hehe

Kami membeli isi ikan tuna yang segar dan murah dengan harga RM 10 sekilo serta udang galah yang besar cuma RM 20 sekilo. Puas kami membeli, kemudian kami singgah digerai makan berhampiran dan meminta mereka menggorengkan ikan dan udang yang kami beli tadi berserta nasi bungkus dan sambal belacan. Hahaha makan tengahari kami sebelum berangkat pulang dengan penerbangan pada pukul 3 pm. 

Puas makan makanan laut, berjalan melihat pulau yang indah serta memborong makanan kering hasil laut serta sedikit jajan, Akhirnya kami berangkat menuju ke airport untuk pulang ke Semenanjung.

Selamat Tinggal Tawau. Saya akan datang lagi kerana saya ingin pergi ke Pulau Mabul yang indah itu. Bila la agaknya saya akan sampai ye.... saya pasti pergi, in shaa allah. Moga diberi kesempatan oleh Allah....