Pages

Apam fruity


Antara koleksi design apam

APAM FRUITY, sebenarnya apam ini lebih kurang sama dengan resepi apam polka dot. Cuma bezanya adalah pada sukatan baking powder yang digunakan dan apam ni lebih lembut berbanding apam polka dot. Ini juga boleh diisikan inti dan dihias pelbagai corak juga. 

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan dan di bulan ramadhan kebetulan jatuhnya tarikh ulangtahun Dania yang ke 9, makanya mama mencabar dia untuk sediakan satu juadah yang boleh dibuat berbuka dari airtangan dia. Ibarat sebagai hadiah dia buat keluarga tersayang waktu berbuka nanti. Jadi pilihan dia adalah nak membuat kuih apam, semestinya kegemaran dia dan diapun memang suka bermain dengan warna. Okey mama layankan saja.

Sebelum tu mari kita tengok resepinya

Bahan-bahannya:-

140gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
110gm gula halus
75ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 tbsp ovalette
1 tsp esen vanilla/ esen fruity berries
Filling ikut citarasa
Pewarna ikut kreativiti

Cara-caranya:-

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang
2.Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak terlebih dahulu berselang seli dengan susu.
3. Masukkan ovalette dan esen vanilla. Putar sebati sehingga kembang gebu dan likat
4. Bahagikan mengikut warna pilihan
5. Paipkan adunan didalam mangkuk kertas di dalam acuan cawan plastik
6. Kukus dengan api perlahan selama 20 minit sehingga masak.

#Nota penting: jangan gunakan api yang kuat utk mengelakkan apam merekah.

#Tips apam gebu ialah letakkan ovalette diakhir sekali selepas tepung diputar sebati.

Adunan yang siap dibancuh dan diwarnakan.

Setelah semua adunan dan segala kelengkapan siap tersedia, dia mula menyusun mangkuk kertas ke dalan acuan cawan plastik.





Mama menunjukkan contoh pertama kepadanya dan dia memerhati penuh minat, dan mungkin dengan penuh rasa tak sabar hendak berkarya.... hehe. Memang mama dah pesan padanya supaya dia yang akan meneruskan sehingga adunan abis. Mama hanya akan pantau sahaja.


Mama mnunjukkan contoh pada Dania


Dania memerhati penuh minat


Dania mencuba dengan kreativiti sendiri


Hasil seni Dania dengan pemantauan mama

Alhamdulillah, hasil selama hampir 1jam, Dania berjaya menyiapkan ke semua adunan dengan jayanya. Semestinya lah di bawah pemantauan mama. Boleh tahan juga hasil kerjanya... Proud of you baby... in shaa allah pasti akan lebih cantik jika minat dan rajin.



Dan tibalah masa untuk mengukus dan dia menyusun dengan begitu berhati2, takut tertumpah. Baru dia faham agaknya mama selalu akan marah jika datang mengganggu kalau mama tengah buat kuih sebab katanya kalau tertumpah mesti jadi tak cantik apam ni. Pandaipun nak kuih yang cantik.


apam yang siap dikukus
Alhamdulillah, apam siap dikukus dan naik dengan begitu cantik sekali. Dania teruja sangat dan tersenyum2 sambil menyusun di dalam pinggan. Bangga dengan hasil air tangan sendiri... dia cakap nak buat lagi... okey mama suka jika anak yang minat. 


menghidang pun nak cantik





bangga dan teruja dengan hasil kerja sendiri



Kenangan Dania menzahirkan kuih apamnya mama abadikan di dalam video ini. Proud of you my girl, boleh visit youtube channel Aida Azarina.

Add caption


No comments:

Post a Comment