Pages

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE


Nama kek saja dah membuatkan kita tertanya-tanya...macamanalah agaknya rupa kek ni. Kek ini selalu dimakan oleh orang Rusia ke sampai namanya harus mengabadikan nama negara tersebut. Melihatkan saja gambar kek ni membuatkan saya terasa ingin mencuba membuatnya. 


Kebetulan harijadi anak sulung saya hampir tiba jadi saya memutuskan untuk menyediakkan kek ini. Sebenarnya dia inginkan kek coklat sepenuhnya coklat bermakna segalanya coklat dan tiada unsur lain selain coklat. Okeylah...saya sahut permintaannya... haha


Setelah kek siap didekokan dan menanti untuk dipotong, dia dah tersenyum. Teruja barangkali atau mungkin terharu kerana saya bersusa payah membuatnya. Sebetulnya saya juga ingin mencuba..hehe


Suapan anak buat seorang mama....

Coklat kalau dapat dekat Dania, mmg tak sah kalau tak kena baju.... haish


Taaraaaa.... beginilah rupa kek ini ... cantik kan??? Saya juga teruja melihatkannya. Suami senyum agak sinis mungkin tak percaya saya yang membuatnya atau dia juga turut berbangga.... hehe

Kek ini juga sedap dihidangkan bersama aiskrim dan buah strawberry bagi mengurangkan rasa manis coklat. Dihidangkan sejuk memang sedap...alah kalau dah coklat dan kek memang gandingan yang sangat biasa. Tapi saya sendiri seronok melihatkan hasilnya setelah dipotong. Susunan filling berselang seli coklat putih dan coklat menjadikan seperti susunan petak dam.... terus terlintas difikiran...apa yang Russian nya?. Muungkin orang Rusia yang mereka cipta tata rias kek ni kot. Apa sajalah labu..... yang penting memang hasil kek ini cantik dan lazat. 




Paling penting sekali anak dara saya gembira dan ucapan dari saya semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak solehah NUR SAHIRA IMANI......aamiin.

No comments:

Post a Comment