Kek rainbow memang sangat popular walaupun ianya hanya sjenis butter cake je. Cuma yang saya dapat ni resepinya telah diolah menjadikan kek ini sangat lembut dan lembap sehinggakan kita rasa susah untuk berhenti dari menjamahnya. Kebiasaannya kek ini akan dihias cantik dan ada juga yang di gubah dalamnya menjadi seperti dam. Apabila dipotong, kita akan merasa teruja dengan susunan warna terang seindah susunan warna pelangi.
Kebetulan kek ini juga yang diminta olehh adik ipar saya untuk harijadi 3 orang anak nya yang berkongsi bulan yang sama. Dia juga meminta dihiasi dengan gambar anak2nya. Oleh kerana anaknya ada 5 orang dan saya sendiri kenal sangat perangai anak buah saya yang memang seketurunannya dengan anak saya yang akan merasa dengki yang amat jadi saya letakkan kelima2 gamba mereka di atas kek itu. So sekarang saya plak yang terlupa harijadi siapakah sebenarnya...haaha. Lantaklah labu......
Kek ini saya lapiskan dengan cream cheese dan luarnya saya anyam bakul putih tu dengan cream dan hiasan bunga tu dari swiss meringue butter cream. Jadi tidaklah muak sangat bila kita menjamahnya.
lihatlah lapisan rainbownya.... so colorful |
Oleh kerana ini adalah party untuk kanak-kanak dan anak buah saya yang agak ramai berkumpul ditambah dengan keceriaan kombinasi warna kek serta keceriaan mereka terkinja-kinja. Jadi kek tersebut habis licin dijamah. Kami yang dewasa ini juga seolah-olah turut sama berebut. Bangga juga rasa hati bila mereka kata kek saya sedap dari kek yang dibeli dari kedai kek yang mahal.....hhmmmm alhamdulillah yang penting mereka menghargai hasil air tangan saya.
Lihatlah tu, masing2 sedang sabar menunggu giliran...hehehe
No comments:
Post a Comment